Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 21 Oktober 2010

Aidilfitri bersama Setuan Plantations 2010

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera.....
Maafla wat kwn2 n silent reader sekalian...hehehe...aku baru nak update blog ni...haddduhhhhhhh!!!!!!!...hehehe...
Hidup ni penuh dengan dugaan, cabaran, rintangan... yg kta tak kongsi sesama.. tp, tak kan aku nk share everything lak kan..hehehe..... 
Ok la, kte start lg yer...hehehe...

AIDILFITRI BERSAMA SETUAN PLANTATIONS FAMILY...
Lepas seronok nyambut raya dengan family, aku diajak oleh tunang ku utk berhari raya bersama staff2 syarikatnya.... Memang seronok... Kami g konvoi menziarah semua rumah bos2 tunangku... Ni fes tym aku jpa ngn diorang.. Memang segan giler..hehehe... Jpa wife diorang...Tp, memang mereka ni sgt peramah n baik sgt bile jpe....







Memandangkan semua rumah bos2 mereka di Bintulu, aku dengan abg berangkat ke Bintulu seawal jam 6 pagi coz janji untuk berkumpul sekitar jam 10 pagi. Kami berkumpul di rumah Tuan Ali, bos kepada tunang ku...Memang meriah....

Kami habis menziarah sekitar jam 4 petang..dan aku dan abg sampai di Sibu pada jam 7.30 malam... Huhhh....memang penaatttt...tp...besshh sangat,,...hehehe....

Selasa, 5 Oktober 2010

~MEMORI AIDILFITRI 2010~

Biarpun dah sebulan berlalu, namun kehangatan lebaran itu masih terasa...Beshnya lebaran kali ni.... really enjoyable.. Maybe raya ni adalah Aidilfitri terakhir kami sebagai bujang & dara...tp x leh cakap gtu kan,siapa tahu rezeki, Qada & Qadar Allah SWT kan... Mungkin tahun ni,,..tahun depan... or bila2.. Tunggu seru sampai kata orang....

Raya tahun ni kami sekeluarga beraya di kampung sebelah mak, Kampung Sekaan Kecil, Matu, Daro. For Abg,  of kos la dia beraya bersama familynya di Kampung Muara Tuang, Kota Samarahan. Biarpun kami menyambut hari raya  berasingan, namun dalam suasana kemeriahan semua ahli keluarga berkumpul, kami dapat mengubati rindu tanpa kami sedari..


Perjalanan kami pulang , dari Sibu ke Ladang Setuan, tempat abg bekerja..berehat sebentar di situ....dan meneruskan perjalanan kami ke Matu tanpa henti melalui Balingian, Mukah , Oya dan Igan.... But, malangnya..kami stuck di Feri Igan dan terpaksa menunggu berjam-jam lamanya untuk sampai ke feri...Kami stuck kira-kira 5 jam sebelum meneruskan perjalanan ke kampung setelah menyeberangi Sungai Igan... Akhirnya , kami sampai di rumah pada jam 11 malam di Kampung Sekaan Kechil, Matu...












Keesokannya aku menemani abg kembali semula ke Sibu dari Matu kerana abg terpaksa balik ke Kuching untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di sana. Setelah membeli barang di pasar Sibu, abg menemani ku hingga masuk ke Express Matu- Daro sebelum berangkat ke Kuching...  Sweet sungguh tunang ku ini.. Dia sangat2 menjagaku...Pada petang itu, aku selamat sampai di rumah pada jam 4 petang , dan abg selamat sampai di Kuching pada jam 6.30 petang...Alhamdullilah...






Kami sekeluarga beraya di Matu sehingga raya ke-3 dan kembali semula ke Sibu pada raya ke-4..
Aku pula berangkat ke Kuching menggunakan 2 buah bot express dari Daro ke Sarikei dan Sarikei ke Kuching untu beraya bersama abg dan keluarganya di Kota Samarahan pada hari raya ke-4, ke-5 dan ke -6 sebelum kami berangkat pulang ke Sibu semula...Aku selamat tiba di Kuching pada jam 5 petang dan my charming fiancee sudah sedia menanti kedatanganku di Terminal Express Pending...
Sesampainya di rumah, aku terus bersiap untuk bersama abg dan kawan2 berhari-raya ke rumah kawan2 abg yang lain..memang penat...but i love it....really enjoyable.. Setelah 2-3 hari beraya bersama family abg, pada hari raya ke7 , aku dan abg berangkat pulang ke Sibu pada jam 9.00 pagi dan selamat sampai di rumah pada jam 4 ptg..
















Rabu, 1 September 2010

 ~YANG SEMPURNAKANKU.......DEWI RADZELLE~

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh

Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu

Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu 




Menjelang Lebaran 2010

Lebaran menjelma lagi......Di hari yang mulia ini, molek kiranya, kita memaafkan semua kesalahan-kesalahan dan kesilapan-kesilapan insan-insan di sekeliling kita....bukan sahaja kepada ibu  ayah, sesama ahli keluarga, sanak saudara malah teman-teman selagi mana kita mengenali mereka...

Di hari mulia yang bakal menjelang tiba, kami berdua menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan dan keampunan kepada ahli keluarga, sanak saudara yang jauh mahupun dekat, teman-teman dan sahabat-sahabat rapat dan kenalan-kenalan yang mengenali Lee & Dewi. Sesungguhnya, kami insan biasa yang serba kamil yang tak lepas daripada membuat kesilapan yang boleh menyinggung perasaan dan menyakitkan hati teman-teman mahupun secara sedar ataupun tidak disedari.

Kadang-kadang kealpaan itu menyebabkan kita lupa norma-norma kehidupan yang sepatutnya yang kita jalani.. Sesungguhnya, Allah itu Maha Penyayang dan Pengampun...Semoga Dia mengampuni dan memberkati hidup kita dengan limpah kurniaNya....dan semoga hidup kita sentiasa di atas jalan yang benar menurut syiar Islam...~Ameen~


                         ~MAAFKAN KAMI........~

Isnin, 30 Ogos 2010

~dengki @ x puas hati?~

Bukan senang nak puaskan hati semua orang...Bukan jugak senang nak kenal dan fahami hati budi orang.. Kadang-kadang org yang pernah kita sayang pun kita tidak akan faham dan kenal maksud hati dia yang sebenarnya... Itulah yang menyebabkan perkara yang tidak diingini dalam hidup berlaku.. Terlalu percaya dengan org sehinggakan diri tertipu , terpengaruh tanpa ada usul periksa dan terus menerima kenyataan itu sebulat-bulatnya..

Memang tidak dinafikan, ada yang tak puas hati melihat kebahagiaan kami...dan dengan sengaja mencari pelbagai cara nak hancurkan hubungan ini..yang peliknya bila benda yang tidak diingini itu berlaku dan tidak mampu menggugat cinta ini, kami yang dipersalahkan... dikatakan pandai berlakon, menipu....or wat so ever...Sedangkan apa yang kami tahu manusia tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan..kami sedia memaafkan kesilapan masing-masing biar seberat manapun, kerana kami tahu, cinta kami lebih kuat daripada kesilapan itu sendiri..

Buat apa nak hancurkan hubungan org bila diri itu tak mampu nak dapat kebahagiaan seperti mana yang dimahukan..buat apa nak mengungkit kisah lama kiranya itu memang bukan jodoh kita...jangan kerana pernah dititlekan sebagai pasangan bercinta, dengan sewenang-wenangnya cuba menggugat hubungan cinta kami ini dengan sengaja mereka-reka cerita yang tidak ada... Jangan kerana sakit hati diputuskan suatu masa dulu, dengan sengaja nak balas dendam untuk melihat kami menderita....Ataupun, ada niat untuk merampas kembali dan menghancurkan cinta kami dengan niat untuk memiliki semula kerana melihat hidup telah bertambah selesa.

Sesungguhnya Allah bersama org yang benar dan ikhlas dalam bercinta,,,... Niat kami dalam cinta ini cuma 1, mendapat redha Allah sebagai pasangan yang sah sehingga akhir hayat kami.... Kami tidak ingin berdendam atau menyimpan buruk sangka...akan tetapi, janganlah berterusan mengganggu cinta kami.. Cukuplah dengan cara yang paling hina yang pernah dilakukan untuk menghancurkan cinta kami...Cukuplah dengan semua tipu daya yang sengaja direka untuk memisahkan kami.... Jangan gunakan rupa atau kelemahan kami untuk memerangkap kami sebagai si pesalahnya dan seterusnya menimbulkan syak wasangka dan fitnah untuk meruntuhkan hubungan kami....Jangan menuduh kami sebagai org yang sengaja menghantar diri kepada perkara yang kami tidak diingini. dan tolonglah jangan show-off dengan apa yang telah dilakukan dengan niat untuk menyakitkan hati kami....Hanya Allah yang tahu apa yang berlaku..dan kami percaya itu semua adalah dugaan dariNya untuk menguji sejauh mana cinta kami antara satu sama lain..Kami redha dengan apa yang berlaku.....

Insya-Allah,dengan izin Allah SWT, kami tidak akan tunduk dengan muslihat-muslihat itu.. Kami tidak akan biarkan ianya menghancurkan cinta ini...Kami akan tetap bersama untuk mempertahankan cinta ini selagi Yang Maha Esa mengizinkan..Hanya mati yang dapat memisahkan kami...kerana kami yakin cinta itu tetap ada hingga ke akhirnya untuk kami....dan kami sudah memaafkan apa yang berlaku....dan  Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa org-org yang dengki dan tidak berpuas-hati dengan adanya cinta kami ini....~Ameen~

Khamis, 26 Ogos 2010

~Missing him so much!!!~


Oh my God.....Im missing him so much...really-really missing him... x saba tggu weekend.. waiting 4 my charming fiancee...hehehe . Makin banyak benda yang unreliable jadi, makin rindu sa hati... ya la dugaan kata orang... sabar....sabar...sabar....sabar...sabar...dan sabar......Bersyukur benar coz nya sangat memahami.. Biar apa pun org kata pasalnya, hati ini lebih kenal siapa dia... terima dia seadanya dia dari dulu sampai sekarang....lupakan masa silam aku & dia....Sentiasa ingat katanya...."u was the most amazing girl i ever met,sayang"..."susah senang biarlah bersama".....n....."cinta abg hanya untuk sayang"......ya la jadi pendorong untuk terus memperjuangkan CINTA RADZELLE tok hingga ke akhirnya...luving him so much...the first & the last...LEE & DEWI...semoga diredhai Allah hendaknya....~ameen~

~indahnya senyuman & tawamu~





Rabu, 25 Ogos 2010

~Cinta ku hanya untukmu~

Tengah malam semalam,jam 12.04 am, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari abg.. Masa tu aku dah tdo dgn nyenyak but bila dengar phone terus aku angkat dalam keadaan mamai... Abg dengan tidak semena-mena meluahkan perasaan nya padaku, memohon maaf coz dia x dapat nak layan aku sepenuhnya disebabkan kerjanya yang melambak.. Abg jugak minta maaf kiranya dia ada berbuat salah untuk hari itu dan hari-hari sebelumnya.. Abg juga menyatakan, tiada orang lain yang bertakhta di hatinya selain aku..dan hanya akan mengambil aku sebagai isterinya dan hanya akan menjadi teman hidup aku sehingga akhir hayatnya.. Aku sangat-sangat terharu..tapi aku juga sangat-sangat takut..kenapa abg call aku tengah-tengah malam begitu hanya untuk menyatakan "cinta abang hanya untuk sayang" ...macam-macam yang aku fikir, abg ni buang tabiat ke apa...ke ada sesuatu yang menimpa abg yang aku tak tahu.. hati aku ni risau sangat semalam  sampai tak boleh nak tidur selepas dapat panggilan tue.. Macam-macam yang bermain dalam kepala otak aku ni..tapi, last-last aku tido jugak..

Disebabkan aku terlambat tido, aku tak tersedar sahur..Nasib baik ada abg..Abg seperti biasa give me a wake up call untuk bangunkan aku sahur....hehehe..terbalik dunia nih.. dah selesai makan sahur, aku pun call abg n tanya ada apa dengannya pada malam tu... nak tahu jawapan abg apa?...jeng..jeng..jeng..hehehe..Abg juz kata, he miz me so much..sangat-sangat.....tiba-tiba dia terbayangkan kalau-kalau aku dah tak ada lagi..huhuhu..baru dia dapat tahu rasa betapa dia sayangkan aku.. Aku juz ketawa bila terdengar abg cakap macam tu.. Abg kata abg takut aku cari lain, kalau dia x dapat layan aku sangat, call ke, mesej ke..
hehehe... Bahagia dan berbunga nya perasaan aku pagi tadi.. Aku bsyukur kerana diberikan lelaki yang tahu menjaga perasaan aku...

Abg sentiasa ingatkan aku, tak semua orang suka bila tengok kita bahagia... aku akui nasihat abg.. memang mesti ada yang dengki.. Justeru, abg sentiasa ingatkan aku supaya berhati-hati.. Pesannya, kalau ada org yang nak tabur fitnah , maklumkan padanya, biar aku tenang bila aku dapat berkongsi dengan abg.. Abg seorang yang sangat sabar.. memang tak dinafikan, sepanjang percintaan ini, memang banyak dugaan untuk kami bersama dan bahagia,...  Hanya redha Illahi , restu orang tua dan rasa cinta antara kami sahaja yang kami ada untuk menangkis semua dugaan itu.. Aku bersyukur kerana dia milikku dan rasa benar-benar bahagia bila abg nyatakan...Cintaku Hanya Untukmu, Sayang...

Ahad, 22 Ogos 2010

~Rindu Padanya~


Sudah menjadi kelaziman bagi setiap pasangan yang bercinta punya rasa rindu.. Kadang-kadang boleh menangis dibuatnya kalau perasaan rindu itu memuncak. Betapa kita mencintai dan menyayangi insan yang tersayang sehingga boleh menitiskan air mata Rindu itu indah andainya ditafsirkan dengan perasaan dan naluri untuk mengasihi dan mengingati seseorang. Jika ianya dicemar dengan perasaan dengki , marah dan tidak puas hati, semestinya perasaan rindu itu akan bertukar menjadi benci untuk bertemu.

Setiap insan dianugerahkan dengan perasaan rindu.Orang yang jahat bagaimana sekalipun, tetap akan merasai perasaan rindu. Tidak kira lah sama ada jauh ataupun dekat, rindu itu tetap ada dan sentiasa tersemat di hati andai dipupuk dengan perasaan cinta, kasih dan sayang. Rindu sukar diungkap dengan kata-kata..Hati sering malu untuk mengakui bahawa kita merindui seseorang sedangkan perasaan rindu di dalaam hati itu bergelora tanpa tenang...Semua kita pernah mengalaminyakan?.. Indah sekali perasaan rindu itu..




Kami bersyukur kerna diberi peluang untuk berjauhan sementara dan bertemu semula untuk mencambahkan bibit - bibit rindu yang mesti ada sebagai pasangan yang bercinta.. Kami bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberikan kami perasaan dan hati nurani yang suci untuk merasai kelazatan rindu itu sendiri. Bukan bermaksud untuk mengangkuhkan diri dengan perasaan rindu di antara kami, tapi itulah anugerah Illahi yang akan kami rasai selagi kerjaya kami memerlukan kami untuk berjauhan sebentar dan bertemu  untuk menyemai bibit cinta dan kasih di antara kami. Cinta itu memerlukan ruang.. Ruang itulah yang akan mencambahkan rindu kita dan menguatkan perasaan cinta setelah berjauhan untuk seketika.Betapa perlunya perasaan rindu itu kepada kita...

Walau bagaimanapun, rindu tidak semestinya kepada pencinta...juga kepada ibu ayah, adik-beradik, kaum keluarga dan sahabat- handai.. Namun, walaupun rindu sesama insan itu indah, rindu terhadap Illahi dan kekasihNya, Rasullullah S.A.W juga yang paling agung dan istimewa..rindu untuk melaksanakan suruhanNya..rindu untuk khusyuk dalam mengerjakan ibadah kepadaNya dan rindu untuk tawadduk dalam menegakkan syiarNya..Itulah rindu yang teristimewa..



Jumaat, 20 Ogos 2010

I LOVE U SO MUCH...........BECAUSE YOU LOVE ME...

Sayang.....
no matter how difficult life we have,....
i will love u till the end of my life....


Because you love me….

I don’t know if I can start life anew
For I was forsaken by loving and caring
My heart that hardened as rock
As if nothing can change the way it feels

But you came into my life
Waking me up with new hope and yearning
Wishing I should have known you
A long time ago…..

A long time ago when my heart
Is so sad, lonely and blue
My heart that stayed in misery
Full of dark clouds wanting to blow

Now that you have loved me
I can see the sun shining at night
Even the rainbow that appears
Wanting to share the love it carries

I thought I will never have
Happiness in my entire life
But because you have loved me
I am now full of love
Because you have filled up
The emptiness in my heart…..

That’s because you loved me…

~Bzy d bulan Ramadhan 2010~

Dalam menuju ke arah hari kemenangan bagi umat Islam yang berpuasa, Aidilfitri, kami mengalami kesibukan yang amat sangat.. Tapi, yang peliknya sempat jugak aku n abg update blog ni ..hehehehe.. Ni curi2 masa kerja bab tu boleh update.. Kalau malam, habis tarawikh jam 10.00 malam dah dibuai mimpi.. Penat katakan.. X sempat nak enjoy sana- sini...hehehe.. Nyway, dis tym ktorang nak kongsi aktiviti ktorang masa bulan puasa nih.. 

Monday 2 Friday, of course la keja kan... Ktorang tpaksa berpisah for all dis working days.. huhuhuhu.. Mana taknya , sorang d ladang..sorang d bandar....hehe...but.its ok..we luv our job...Memandangkan both of we kerja di syarikat swasta, makanya kami kena kerja sampai Saturday..hehehe.. But, its ok.. ada duit masuk kan.. Every Saturday, abg keja 1/2 day n going back to Sibu. But, for me, kena keja until 4 pm  n then going back home 2 c my love....hehe.. So, ktorang juz boleh jpa weekend only until we got married later..

Dalam bulan Ramadhan ni, aku balik keja at 6 pm..B4 balik umah , singgah sekejap d bazar Ramadhan tempat mak menjalankan bisnesnya.. At 6.30 pm baru ktorg balik umah & berbuka puasa bersama.. As 4 weekend, on Sunday abg n me akan tolong mak di gerai until berbuka puasa.. n abg as usual will going back to ladang at Monday morning... Thats our routine on this fasting month.. Very tired but enjoyable.. That is 4 our love memories...We are really happy to have dis beautiful life... (^_^)

Rabu, 18 Ogos 2010

~Tanpamu~... De_Radzelle

TANPA-6xth sense

Resah
Yang ku Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa cintamu aku resah
Tanpa kasihmu aku hampa
Tanpa dirimu aku mati..

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Aku tak mengerti
Takut.. Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Resah
Yang ku Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti



~Ikatan wif my lovely Fiancee~

         Alhamdullilah bila difikir ada jugak  yang nak kat aku ni...hehehe... rasa tak percaya bila jodoh itu semakin hampir, InsyAllah.. kata orang, pasangan yang bertunang ni darahnya manis.. Banyak dugaan, banyak juga godaan.. but, dont worry, as long as dia memang dijodohkan untuk kita, dia tetap kita yang punya..hehehe... Teringat lirik lagu nih..."Jangan kau bimbang sayang, di mana ku berada, dengan siapa ku bersama, jangan bimbang ku tetap kau yang punya..." Acelli, kalau diikutkan memang tak nak bertunang, terus kahwin, lagi tak banyak kerja.. tapi si terunanya nak merasa jadi tunang orang so kami buat la majlis kecik nak maklumkan pada orang yang kami ni dah ada ikatan pertunangan..

         Nak tau macam mana life kami sekarang?.. hehe.. Masa masih study hari tu, banyak sekali dugaan kalau nak jumpa. Mana tidaknya sorang di JB, sorang di Kuching.. kalau balik pun, terus ke Sibu. Tak sempat nak singgah di Kuching coz family dah tunggu di rumah. Mahu tak mahu terpaksa singgah di Kuching dulu sebelum balik semula ke JB. Samtym abg ke Sibu coz nak spend tym sama2. Memang memenatkan tapi nak buat macam mana, kami bukan orang setempat. But, now, alhamdullilah, abg dapat keja d tempat yang berhampiran dengan Sibu, di Ladang Setuan, Balingian. Walaupun tidak dapat berjumpa setiap hari, namun seminggu sekali itu sudah cukup memadai. Bila dah kahwin nanti hari-hari boleh jumpa kan. Tapi, bagi kami, walaupun selepas kahwin nanti, abg tetap akan balik seminggu sekali memandangkan tempat kerja ku di Sibu dan dia di Balingian.

       Life sekarang ni alhamdullilah, nak kata alwayz ok , tak mungkin lah, bak kata org, lautan mana yang tak bergelora, cewah....tapi sekarang ni, kami cuba nak settlekan apa2 hal sekalipun dengan discuss n negotiate baik2 selepas ada perang besar yang melanda kami dulu akibat orang ke-3.. Memang menyakitkan, tapi itulah hakikatnya yang harus diterima, sehinggakan terpaksa berulang-alik dari JB ke Sarawak semata-mata nak redakan keadaan. But, now, everything semakin ok, dan kami berharap segalanya tetap akan ok sehingga ke hujung nyawa tanpa ada halangan. Juz, sekarang ni, kami berserah ke hadrat Illahi menunggu waktu untuk disatukan.Doakan lah kami yer...(^_^)






                         Cincin masa bercinta...&....Cincin Tunang...

Selasa, 17 Ogos 2010

~youre my everything~




You're My Everything

You're my everything
The sun shines above you make the blue bird sing
The star that twinkle way up in the sky
Tell me I'm in love

When I kiss your lips
I feel the roaring thunder to my finger tips
And all the while my head is in the spin
Deep within I'm in love

You're my everything
And nothing really matter what the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes
You're my everything
Forever and the day I need you close to me
You're my everything
You never have to worry never fear
Coz I'm in near

For my everything
I left up from the land and see the sky above
I swim within her ocean sweet and warm
There no strong my love

When I hold your tight
And nothing that can harm you in a lonely night
I'll come to you and keep you safe and warm
There no storm my love

La..la..la..la...la..la..la...

You're my everything
the sunshine above you make the blue bird sing
The star that twinkle way up in the sky
Tell me I'm in love

When I kiss you lips
I feel the roaring thunder to my finger tip
Deep within I'm in love

You're my everything
And nothing really matter
You 're my everything
To see you in the morning with those big brown eye

Isnin, 16 Ogos 2010

~RAMADHAN AL MUBARAK 2010~


"SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA...SEMOGA RAMADHAN INI MEMBERI 1001 KEBERKATAN BUAT KITA SEMUA...."



Ramadhan ini adalah Ramadhan pertama untuk diri ini bergelar tunangan orang dan juga Ramadhan pertama untuk kami berpuasa di depan mata. Selalunya, pada setiap Ramadhan kami berjauhan dan tidak dapat menyambut Ramadhan hari pertama bersama-sama. Namun, syukur ke hadrat Illahi, kerana pada tahun ini, kami Lee n Dewi diberi peluang untu menunaikan ibadah ini bersama-sama tanpa ada halangannya... Alhamdullilah...dan InsyaAllah, semoga tahun depan umur kami dipanjangkan dan mampu untuk menunaikan ibadah puasa ini dengan ikatan yang lebih sah sebagai suami isteri. Doakan kebahagiaan kami. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmatNya ke atas kita semua.

Walau bagaimanapun,jangan ponteng-ponteng puasa tau...., biar sakit macam mana sekali pun selagi ianya tidak memudaratkan jangan meninggalkan puasa  kerana ianya merupakan salah satu dari Rukun Islam yang wajib kita kerjakan. Kadang-kadang ada yang sanggup menggunakan alasan sakit seperti gastrik, loya2, muntah, atau yang lainnya untuk melepaskan diri atau lari daripada berpuasa. Sesama manusia bolehlah kalau kita sengaja memberi alasan, akan tetapi kepada Allah Yang Maha Esa, Dia Maha Mengetahui nawaitu kita sama ada ikhlas ataupun tidak untuk mengerjakan ibadah puasa.

Perkara-perkara asas mengenai puasa di bulan Ramadhan ialah:
SYARAT WAJIB PUASA

1.Berakal-Tidak wajib bagi orang yang hilang akal seperti gila dan pitam yang berpanjangan (pengsan)

2.Akhil Baligh (cukup umur)

3.Islam

4.Kuasa berpuasa-Dikecualikan orang sakit yang kurang mampu puasa, orang tua dan sebagainya

SYARAT SAH PUASA

1.Islam

2.Berakal

3.Suci daripada haid atau nifas

4.Niat

5.Imsak iaitu menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa

Perkara yang membatalkan puasa:
 

1.Memasukkan sesuatu ke dalam rongga (mulut,dubur/qubul)

2.Muntah dengan sengaja

3.Keluar mani dengan sengaja

4.Bersetubuh dengan sengaja

5.Berbuka sebelum sampai waktu

6.Murtad

7.Datang haid atau nifas

8.Bersalin
 
Makruh semasa berpuasa
 

1.Bersugi/memberus gigi selepas gelincir matahari

2.Mencium, berpeluk/berdakapan secara berlebihan dengan isteri

3.Mencium bau-bauan samaada yang wangi atau busuk

4.Merasa makanan

5.Mengeluarkan darah seperti berbekam

6.Berlebihan berkumur-kumur
 
Orang yang diizinkan berbuka atau tidak berpuasa:
 

1.Orang yang sakit

2.Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km

3.Orang tua yang sudah lemah

4.Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak

Ahad, 15 Ogos 2010

~Sahabat, Kekasih dan Teman~

     " Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk."

 Bukan senang nak dapat sahabat,kawan dan teman yang benar-benar memahami kita. Bukan juga mudah untuk kita memahami kehendak orang lain seperti mana yang mereka mahukan, dan  bukan juga senang untuk kita memuaskan hati semua orang di sekeliling kita. Itu adalah lumrah alam. Setiap manusia punya hati yang berbeza, sukar untuk difahami, sukar untuk dimengerti..Tiada siapa yang dapat membaca fikiran dan hati kita kecuali Yang Maha Esa. Berkawan dari zaman persekolahan hingga ke alam remaja seterusnya dewasa , sebenarnya mengajar kita untuk memahami liku-liku kehidupan insan bergelar sahabat.Bukan senang nak memahami,tapi persahabatan dari kecil hingga ke alam dewasa sebenarnya banyak membantu kita.

     Namun,tidak dinafikan,kehidupan seseorang itu sering berubah...dari miskin menjadi kaya, dari kaya menjadi miskin, dari mulia menjadi hina, dan dari hina menjadi mulia...semua itu perlu difahami dan dimengertikan setiap insan bergelar manusia,kiranya kita ingin menjadi sahabat dan teman yang benar-benat memahami situasi kita. Janganlah disalah-ertikan apabila melihat sahabat baik sendiri maju dalam hidup, dengan menganggap umpama sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Tidak semestinya seseorang itu terus menjadi kacang lupakan kulit, kiranya tiada persengketaan yang berlaku...Tidak mungkin seseorang akan melupakan budi baik kita, kiranya kita sentiasa memahami situasinya. Jangan berprasangka buruk kiranya kita sendiri tidak berusaha untuk memahami dan memperbaiki hubungan persahabatan yang ada. Jangan beranggapan negatif kiranya kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang sahabat kita alami di dalam hidupnya.

      Tuhan itu adil. Tidak selamanya kita akan terikat dengan ego yang tinggi sehingga kita sendiri tidak mampu untuk menggapai dan menghalangnya. Percayalah hidup kita ini umpama roda yang berputar, masa senang dan masa susah sering bertimbal-balik. Di setiap waktu itu , kita memerlukan sahabat di kala senang dan di kala susah. Itu lah sahabat,kekasih dan teman yang terbaik untuk kita dalam melayari bahtera kehidupan dan gelombang hidup.Jadilah sahabat yeng terbaik yang pernah teman kita ada selagi kita hidup muka bumi ini... Sukar tapi itulah yang membantu kita di kala susah dan senang..Jangan pertikaikan hak sahabat kita untuk menjalani kehidupan yang sempurna dan bahagia. Jangan menjadi talam dua muka, yang berpura-pura baik di hadapan, tapi menikam sahabat di belakang. Tidak mustahil ada di kalangan sahabat kita nanti yang turut memperlakukan kita sedemikian rupa. Jangan mengelak utnuk berbincang dengan sahabat kiranya ada persengkataan yang berlaku yang tidak mampu kita elakkan. Musyawarah itu membawa berkat. Jangan dibawa ego yang tinggi kelak nanti kita tidak mampu untuk menampung ego itu lantas menimpa diri. Percayalah, sahabat lah yang akan lilin yang menyala di kala kita kegelapan...

Kau Sahabat, Kekasih dan Teman..

Ku harapkan sinar purnama hingga ke siang
Ku harapkan mimpi-mimpi bukan khayalan
Telah aku jelajahi seluruh benua
Mencari pengertian hidup yang sementara

Manusia beranika ragam dan rupa
Ada yang jujur dan ramai berpura-pura
Ku sangka dalam ilmu dan pengetahuan ku
Tapi ada waktu ku terkeliru

Ku dambakan bukan sekadar yang dinamakan
Kekasih yang menemani ke sana sini
Ku dambakan sahabat dan teman setia
Rela bersama suka dan duka

Jadilah kau sahabat ku, kekasih dan teman
Hanya itu yang ku harapkan
Dalam susah dalam senang kita seiringan
Semoga ikatan berkekalan




Khamis, 5 Ogos 2010

~Kehidupan~

Hidup umpama roda , sekejap di atas, sekejap di bawah, seringkali peribahasa ini bermain di fikiran., seringkali ianya menjadi pedoman, seringkali ianya menjadi sempadan, seringkali ianya menjadi pengajaran...Kadang-kadang kita alpa apabila kehidupan yang mengaburi mata kita dengan kemewahan yang palsu,kemewahan yang tak akan kekal buat selamanya, dan kemewahan yang akan terkikis seiring dengan masa. Kita sering terpedaya dengan harta dunia sehingga kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang Allah berikan.

Kita tidak akan mampu hidup berseorangan. Kita memerlukan teman hidup untuk meneruskan fasa-fasa kehidupan kita pada masa hadapan. Namun,tidak dinafikan ada juga yang tidak berteman. Itu terpulang dengan cara seseorang itu menjalani kehidupan mereka.Bagi kami,kami tidak akan mampu hidup tanpa salah seorang di sisi.Itulah matlamat cinta ini terjalin , untuk saling dilengkapi dan melengkapi, untuk saling mengerti dan dimengerti, dan untuk saling disayangi dan menyayangi.

Namun,hanya dengan perasaan cinta tidak akan cukup. Kita harus hidup berlandaskan syariat yang telah Allah tetapkan. Kita menjalankan kehidupan kita dari buka mata sewaktu bangun tidur sehingga terpejamnya semula untuk tidur dengan peraturan hidupdan syariat yang telah ditetapkan. Ilmu keduniaan janganlah diabaikan kerana dengan ilmu itulah kita mampu mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan dan memenuhi segala keperluan dan kehendakkita sebagai manusia.Itulah kehidupan...perlu ada ilmu akhirat, ilmu dunia dan rasa cinta.....

Selasa, 3 Ogos 2010

~Meniti hari ke gerbang bahagia~

Indahnya andai hidup ini tiada badai dan gelombangnya... jika dikira perjalanan hidup ini semakin singkat..semakin sampai ke penghujungnya, namun hati ini sentiasa memohon barakah dan rahmat dari Illahi , semoga diberi petunjuk dan hidayah untuk meneruskan hidup tanpa ada songsangnya caturan hidup ini.. Hari bahagia yang kami tunggu , InsyAllah akan tiba juga bila tiba masanya nanti.. Perancangan diatur serapi mungkin untuk menjadikan walimatul-urus itu seindah hari yang pernah kami rasakan... Pernah kami terdorong untuk mengadakan majlis ini sebesar yang mungkin, namun kami tersedar membazir bukan amalan mulia. Kiranya hanya ingin mendapat nama dengan hantaran beribu-ribu, dengan majlis yang besar-besaran tidak ada gunanya kerana kita tidak menyedari perasaan riak dan takbur telah menyelubungi naluri. Cukuplah kiranya majlis itu diadakan dengan penuh kesederhanaan untuk mendapat redha Illahi semoga kita lebih tenang dalam menjalani alam rumah tangga kelak.Jangan utamakan nama dan harta, utamakan redhaNya untuk kita.


Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...