Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 26 Disember 2019

Ros Alisha Hazle - Pidato 2019

Assalammualaikum dan Hai semua..

Alhamdullillah, kali ni dewi nak share pasal usaha nak memberikan pengalaman pidato Ros Alisha Hazle , anakanda dewi ni.. hehe...  

Anak dewi yang perempuan ni, sederhana ja sifat enterframe nya.. hehehe.. Tapi boleh dididik dan dipupuk lah semangat dia nak berjuang tu,.. Alhamdulllillah.

Ni gambar cik Ros Alisha Hazle ni semasa sesi tu..

























 Bawah ni saya kongsikan Teks Pidato bertajuk 

"Sarawak Ibu Pertiwiku"

Bismillahirrahmannirrahim. Terima kasih wahai pengerusi majlis,

Assalamualaikum pembuka bicara,
Kepada hakim yang bijaksana,
Tak lupa juga hadirin semua,

Di majlis ini kita bersua.

Yang di hormati barisan panel hakim yang berteraskan panji-panji keadilan, barisan guru , ibu bapa dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Nama diberi Ros Alisha Hazle Rosli , Sedidik Mutiara Balingian yang diwakili.Berdirinya saya di sini, ingin menyampaikan pidato bertajuk ‘Sarawak, Ibu Pertiwi’.

Baru Sekali Pergi Ke Selat
Kain Pelekat Di Atas Peti
Baru Sekali Kamek  Melihat
Udah Terpikat Di Dalam Hati
 

Sarawak,  Ibu Pertiwi ,  adalah negeri kita ini , tempat kita bernaung, tempat kita berdikari, tempat tumpahnya darah sejati.

Di sini , kita membina sebuah kehidupan bahagia di bawah pemerintahan Kerajaan yang aman, damai dulu dan kini.

Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Sarawak adalah negeri terbesar di dalam Malaysia.Sarawak memiliki penduduk seramai 2.4 juta orang. Sarawak terdiri daripada 27 kumpulan etnik utama dengan bahasa, tradisi dan gaya hidup tersendiri.  Antara etnik di Sarawak ialah Iban, Melayu, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah, dan lain-lain.

Sarawak juga mempunyai 12 bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri, dan juga Limbang.

Lihatlah… majmuknya komuniti di Sarawak.

Berbanggalah wahai tuan-puan sekalian. Bukan mudah untuk kita hidup aman dan bersatu dengan pelbagai kaum seperti di Bumi Sarawak ini.

Sidang pendengar yang dikasihi,

22 Julai 1963 merupakan  tarikh keramat, detik bersejarah Sarawak bebas dari jajahan British. Tarikh ini menjadi permulaan untuk anak jati Sarawak mentadbir tanah air yang dicintai. Juga, pada 16 September 1963, satu lagi sejarah telah tertinta. Sarawak menyertai  Malaysia dan terus mengorak langkah ke depan menjadi semakin maju dan maju , tahun demi tahun walau apapun cabaran diterima. 

Aduhai kitak sekalian…. bersyukurlah dengan nikmat merdeka dan keamanan ini. Kita harus berterima-kasih kepada pejuang masa lalu. Mereka telah bermandi darah dan keringat untuk memberikan kita ruang dan peluang mengecapi hidup sejahtera pada hari ini.

Hadirin-hadirat yang saya hormati.

Namun, dalam kita menoleh masa lalu, melihat masa kini, dan merenung masa depan,sesungguhnya banyak kejayaan tercapai sejak Sarawak merdeka.  Dengan arus pembangunan  yang semakin pesat, kita sebagai rakyat Sarawak harus menjaga keharmonian, mengekalkan adat warisan  dan budaya kita agar kedaulatan Sarawak,keunikan Sarawak , keindahan Sarawak , kemakmuran Sarawak , dan perpaduan Sarawak,kekal terpelihara.

Negeri bertuah ini..

Di sini kita dilahirkan
Di sini kita dibesarkan
Di sini taat setia dicurahkan.

Tanah air tercinta,
Di mana bumi dipijak
Di situ jejak bertapak.
Di mana tempat bernaung,
Di situ taat dijunjung.
Di mana darah tumpah,
Di situ kasih dicurah.

Negeri bertuah ini
Negeri kita!

Mari kita bangunkan,
Mari kita makmurkan,
Mari kita pertahankan!

Akhir kata, hadirin yang dikasihi sekalian,

Izinkan saya mengundur diri ,

Memohon maaf andai ada terasa di hati,Insha Allah, kita akan berjumpa lagi, Semoga pidato ini memberi seribu erti.

Sekian, Wabillahi taufik walhidayah, assalammualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

 
 
Lots of Love.
Dewi Lee Hazle


Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...