Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 2 Oktober 2020

Hazle's TTC Journey - 1 - Pemeriksaan di Bintulu Medical Centre

Assalammualaikum semua.

Hari ni dewi nak story sikit pasal Rawatan Kesuburan.

Dewi dan suami buat pemeriksaan penuh kali kedua ni pada 28.09.2020

Untuk makluman kawan - kawan semua, dewi dan husband telah mendirikan rumah tangga selama 9 Tahun. Alhamdullillah, sepanjang tempoh 9 Tahun ini, alam rumahtangga ni alhamdullillah Allah SWT izinkan kami bahagia dengan kehadiran 2 orang anak angkat sebagai penyeri.

Kawan - kawan boleh cek di entry anak angkat kami ya.. kedua - dua anak angkat kami ni merupakan anak saudara suami dan kedua - dua mereka ni merupakan adik-beradik kandung. Seorang lelaki dan Seorang perempuan. Sekarang ni anak-anak dewi ni dah berumur 7 Tahun, dan yang kedua tu berumur 4 tahun. So, memandangkan anak-anak kami ni dah besar dan memandangkan faktor umur kami juga yang semakin meningkat maka kami membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan kesuburan dengan lebih detail lagi.

Untuk makluman kawan - kawan juga, sebenarnya pada tahun 2014 dewi dan suami ada buat pemeriksaan di Hospital Mukah. Masa tu, kami buat hingga part diagnos untuk semen suami. Bila dah dapat result, pihak hospital minta suami buat sekali lagi, kerana tak puas hati dengan hasil analisis… Tapi, suami kata , lain kali lah, tunggu ada masa lain… Bukan apa, bila nak buat analisis semen ini, kita kena buat masa tu jugak dan make sure specimen tu sampai dalam tempoh 1 jam ke makmal. Disebabkan itu, bila dah sibuk kerja, maka kami terus leka dan tak terbuat lagi pemeriksaan yang seterusnya sehinggalah Tahun 2020 ni. Parahkan bila asyik dengan kerja hingga lupa dengan keinginan sebenar kami untuk mempunyai anak sendiri.

So, setelah dewi buat sedikit research dekat mana nak buat pemeriksaan,.. dan setelah fikir nak buat dekat Sibu ke nak buat dekat Bintulu, maka kami decide nak buat pemeriksaan di Bintulu Medical Centre, Klinik Dr. Law Khee Noi. Masa tu, dewi request nak Dr perempuan, so operator kat situ suggest la jumpa Dr. Law ni.. Masa ni kami just decide nak tahu punca sebenar je kenapa kami takda rezeki untuk pregnant sehingga sekarang. So, kami pergilah buat temujanji pada 28.09.2020 dan buat beberapa ujian pada hari tu. Hari tu kami buat Ujian Semen dan Scan Rahim & Ovari. Alhamdullillah, rahim dewi nampak okay kata Dr.. Cuma kena tunggu keputusan semen suami. Selepas dapat result nanti, kena datang balik review dan buat pemeriksaan lain pulak.

Ok, nanti dewi cerita lagi k..

Terima kasih kerana membaca.

Lots of Love

Dewi Lee Hazle


Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...