Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahad, 29 September 2019

PENGALAMAN PINJAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM NEGERI BORNEO HOUSING MORTGAGE FINANCE


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Hai, berjumpa lagi kita.
Hari ni dewi nak cerita sikit pasal pinjaman perumahan ni..
Dewi baru je selesai urusan pinjaman perumahan bersama pihak Borneo Housing Mortgage Finance Berhad . Alhamdullillah. Sebagai Penjawat Awam Negeri, prosedur pinjaman perumahan lain sikit daripada  Persekutuan. Rasanya ramai yang nak tau,  lagi-lagi yang nak buat loan rumah menggunakan kemudahan pinjaman perumahan ni kan. Bagi Penjawat Awam Kerajaan Negeri Sarawak, boleh buat pinjaman public dengan Bank lain atau menggunakan kemudahan Pinjaman Perumahan Kerajaan Negeri dengan pihak Borneo Housing Mortgage Finance Berhad. Cuma, bagi yang nak buat pinjaman perumahan Kerajaan ni,  dewi nasihatkan  kena tunggu dah dapat pengesahan jawatan dulu lah ye baru buat loan.. Sebab nak loan rumah ni bukannya sekejap.. berpuluh tahun jugak … Dalam tempoh percubaan ini kita pun tak tahu sejauh mana perjalanan career kita ni.. Lagipun, pihak pemberi pinjaman dia nak tengok kita ni dah disahkan dalam jawatan atau tak..

Awalnya dewi tak nak buat pinjaman perumahan ni, sebab fikirkan loan tu untuk jangka masa panjang, serba salah jugak nak buat loan.. Tapi, sebab family dewi ni bukan orang berada, bila balik Sibu, rumah sewa mak ayah dewi ni kecil, tak muat untuk kami sekeluarga.. So, dewi decide nak ambik jugak pinjaman perumahan tu.. Rugi pulak kalau yak ambik, kan Kerajaan dah bagi kemudahan.. hehehe..
Dewi bincang dengan my husband, alhamdullillah husband pun setuju, memandangkan kami pun masih bekerja di area Mukah ni, family dewi di Sibu.. so, untuk memudahkan masa kami balik Sibu, why not beli je rumah kat Sibu… Rumah ni dewi beli untuk mak ayah dewi jugak sebenarnya, Kesian, mak ayah dewi masih menyewa sampai sekarang.. mak ayah dewi dapatla tolong jaga rumah masa kami ni kerja kat Mukah, jadi tak perlulah mereka nak menyewa lagi.. masa ni la dewi nak balas balik jasa mak ayah dewi ni.. Semoga Allah SWT memandang.. Aaaminnn ya Robb...


Okay.. kita tengok satu-satulah pengalaman dewi buat pinjaman perumahan ni ye..

Kisahnya bermula dari Disember 2018.

         Tarikh

                                               Perkara
Disember 2018
Dewi dan suami mula p tengok-tengok rumah-rumah yang sesuai di sekitar Sibu ni. Sebab  dewi ni jenis malas menunggu , so, carikla rumah yang boleh siap dalam setahun – 2 tahun gitu.. Antara kriteria utama yang kami semak :

1.    Rumah Single Story dan hampir siap.( Dewi tak nak ambik Double story sebab harga pun boleh tahan kalau yang dah siap... Then, kalau boleh dewi nak Corner Lot.. Hehehe... So, single story je la yang mampu, tapi bila tengok harga Corner Lot pun boleh tahan jugak..huhuhu)
2.    Area rumah yang dipilih mesti dekat dengan tempat kerja ayah dewi.
3.    Keadaan persekitaran taman perumahan – Tengok keadaan tanah, risau turun nanti kalau dah duduk.. Then, mesti bersih dan ada privasi dan menenangkan.
4.    Kawasan laman besar untuk berkebun.(Ni paling penting, sebab dewi dan husband orang ladang, so, macam tak best kalau rumah takda tempat cucuk tanam)
5.    Harga – Paling berbaloi (Buat perbandingan)
6.    Design rumah yang cantek.
7.    Syarikat developer yang establish. (Risau lak kena tipukan..)


23.12.2018

Pada hari ni dah cukup 7  buah rumah kami survey (kena cek entri lain kisah kami survey ni).. Dewi berkenan dengan sebuah rumah ni.. Corner Lot, Laman Besar, dan kawasan perumahan ni terletak  di kawasan berbukit.Harga RM360,000. (Maafla berkongsi harga pulak. Ni boleh dikatakan mahal, mahal hampir sama dengan harga Double Storey Semi D di area SibuJaya.) Dewi dgn husband fikir punya fikir, ambik je la rumah tu sebab jatuh cinta dengan lamannya yang besar dan rumah tu terletak di hujung jalan. Risau pulak orang lain grab rumah tu, sebab area ni memang hot sikit.. (Rumah ni dewi story di entry yang lain ye..)

24.12.2018
Dewi start study and research cara buat loan Kerajaan ni.. Mula-mula Dewi call EPF sebab nak tahu cara keluarkan EPF untuk pembelian rumah.
1.    Sales Purchase Agreement mesti ada nama Pencarum. Awalnya dewi dgn husband nak keluarkan EPF suami untuk bayar sikit jumlah pinjaman, tapi tak boleh pula.. Sebab husband dewi kerja swasta, dewi state govt. so tak boleh join loan.
2.    Dapat keluarkan 10% daripada harga rumah @ keluarkan semua Akaun 2.
24.12.2018
Kemudian, dewi call Borneo Housing Mortgage Finance Berhad. Sebab dewi nak tahu cara permohonan. Memang ada di website dia, tapi lagi bagus dengar sendirikan… hehe..

1. Kena apply menggunakan Sistem  e-GOHLAS.
2. Lepas disahkan oleh Ketua Jabatan barulah print out Borang Permohonan dari sistem tu dan kemukakan attachment berkaitan seperti yang ada dalam Senarai Semak.
3.  Pihak BHM akan minta Slip Gaji terkini untuk lihat kelayakan pinjaman. Biasanya yang ni mereka akan kira bila tarikh bersara, dan berapa tahun kita dapat buat pinjaman.
4.    Disebabkan harga rumah yang dewi nak beli ni melebihi kadar kelayakan gred RM320,000,cdewi cuba Tanya boleh ke tidak buat pinjaman melebihi kelayakan. Jawapannya boleh, Cuma untuk RM320,000 tu mereka akan guna Interest Rate 3% dan RM40,000 menggunakan Public Rate, 2 Interest Rate berbeza iaitu 5.5% bagi 3 tahun pertama dan tahun-tahun seterusnya 7.5%. Untuk tambahan loan ni kena sediakan Surat Permohonan Peribadi melalui Ketua Jabatan kepada pihak BHM.

26.12.2018
Call SFS – Sarawak Financial Secretary office yang memaklumkan, untuk pinjaman ini hanya penama yang bekerja di State Govt sahaja yang boleh diletakkan di dalam Sales Purchase Agreement (SPA). So, means, tak boleh ada nama suami dalam SPA tu.
Call BHM balik – untuk pinjaman perumahan ni , diorang tak tengok sangat komitmen luar, tapi diorang ada semak jugak untuk CTOS & CCRIS dan mereka hanya melihat pada Slip gaji. Risau jugak sebab dewi ni banyak beno komitmen luar.. hehehe…
26.12.2018
Call Agen- Mr. Kong untuk sediakan Sales Purchase Agreement.. Untuk kemukakan proses pinjaman perumahan ni segera.
29.12.2018
Jumpa Agen di rumah yang dipilih, suami g check semua supaya nanti tak nyesal dah decide.. Bila dah puas hati , dewi pun sign SPA. Walaupun loan belum approve, jangan risau tau, sebab dalam SPA ni ada klausa revocation yang menyatakan kalau loan tak approve, SPA ni terbatal. So, boleh proceed menggunakan SPA tu untuk apply loan. Dokumen SPA tu yang jadi attachment beserta dengan Layout Design rumah size A3 sewaktu kemukakan hardcopy Borang Permohonan.

Masa ni dewi dan suami serahkan Booking Fee sebanyak RM2000 untuk booking rumah tersebut.
15.01.2018
Permohonan dalam sistem sudah disahkan oleh Ketua Jabatan, dewi terus print, dapatkan sign untuk Surat Permohonan kemudian fotostat 1 salinan (utk simpanan sendiri) sebelum post original ke BHM.

Dokumen :
1.    Borang Permohonan Pinjaman GOHLAS
2.    Sales Purchase Agreement.
3.    Salinan resit Booking Fee
4.    Layout
5.    Surat-surat berkaitan Perkhidmatan

Lepas dewi post, terus call Pegawai Incharge di BHM tentang permohonan dah dipost. (Make sure korang contact Pegawai yang sama dari awal permohonan kita hingga selesai k.. Sebab dia yang tahu status permohonan kita dah sampai mana nanti kalau kita nak follow up.)
21.01.2019
Ini paling lawak, bila call BHM rupanya salah address dewi hantar. Address sebelum tu address lama BHM..( Korang kena semak betul-betul tau sebelum hantar).. Adduii masa ni dah makan masa 6 hari, dewi terpaksa call Skynett Kuching minta diorang hantar ke address terkini BHM. Nasib baik esoknya BHM dapat dah.
25.01.2019
Pegawai Incharge inform yang mereka perlukan dewi untuk lengkapkan Borang Takaful MRTT. So, dewi maklumkan tunggu CNY nanti dewi balik Kuching dan isi Borang Takaful tersebut.
07.02.2019
Dewi dan husband pergi ke ofis BHM di Kuching untuk isi Borang Takaful.
11.02.2019
BHM  minta dewi emelkan Borang Opsyen Pencen.
22.02.2019
Cek dengan pihak SFS sama ada pihak BHM dah kemukakan Borang Permohonan ataupun belum. – Jawapannya, belum terima.
01.03.2019
Call BHM – Masa ni BHM perlukan Penyata Gaji latest, so korang kena pastikan perlu sertakan jugak Penyata Gaji terkini ye, walaupun Borang Permohonan korang dah submit bulan sebelumnya.
04.03.2019
Emel Penyata Gaji terkini.
06.03.2019
Dewi dapat call dari BHM yang Borang Insurans tu perlu diisi 2 salinan. So, dapat je emel dari diorang, dewi terus isi & post pada hari yang sama.. Al maklum tak sabar nak dapat kunci rumah. Hahaha..
12.03.2019
Dokumen belum sampai di BHM.
19.03.2019
Borang Permohonan Insurans telah dikemukakan kepada Ibu Pejabat Insurans, masih menunggu kelulusan. Dewi dimaklumkan kelulusan tu biasanya ambik masa sehingga satu bulan disebabkan Dewi ambik pakej Tawarruq.. Aduuui… lamanya…
26.03.2019
Call BHM. Pending Approval Insurance.
03.04.2019
Call BHM. Pending Approval Insurance.
17.04.2019
Call BHM. Pending Approval Insurance.
02.05.2019
Finally , dimaklumkan Insurance telah diluluskan, tapi masih menunggu kelulusan Upper Management untuk dikemukakan kepada pihak SFS.
06.05.2019
Dokumen permohonan telah sampai di SFS. Pegawai di SFS akan proses segera permohonan.
07.05.2019
Permohonan Pinjaman Perumahan telah diluluskan di dalam sistem GOHLAS.
08.05.2019
Ambil surat kelulusan daripada SFS dan hantar ke BHM. Walaubagaimanapun, pihak BHM belum dapat sediakan offer letter segera. Kena tunggu jugak.
Pihak Lawyer pun tunggu original Offer Letter baru la proses dokumen loan untuk di sign dengan developer.
10.06.2019
Lawyer call untuk sign dokumen. Inform lawyer office kena tunggu masa ada balik ke Sibu.
29.06.2019
Sign Agreement di Lawyer Office & terus bayar Lawyer Fee.
Lawyer Fee RM9500 sebab diorang terus proses untuk tukar nama rumah dan tanah. Lepas dah sign ni, diorang refund balik wang deposit. So, kiranya dalam RM7000 la kena bayar.
06.07.2019
Cek rumah bersama agen.
18.07.2019
Sign borang elektrik dan borang air di pejabat developer.
25.07.2019
Dapat call dari pihak developer borang yang digunakan pulak salah… addduiii… kena sign semula di Sibu.
28.07.2019
Sign semula borang Lembaga Air.
05.08.2019
Cek dengan developer, dah okay or belum permohonan, - jawapan masih belum.
06.08.2019
Developer inform yang dewi ada bil tertunggak di Mukah, pergi cek rupanya memang ada tapi tak banyak RM90 je..
07.08.2019
Whatsapp & emel bil bayaran tunggakan.
08.08.2019
Follow up developer.
09.08.2019
Follow up developer.
13.08.2019
Follow up developer.
14.08.2019
Dokumen untuk meter elektrik dan air telah siap dan boleh buat pembayaran deposit. So, hari ni dewi pergi settle kan semua.
Deposit Meter Air + Pemeriksaan + Kos pemasangan = RM670
Deposit Meter Elektrik + Pemasangan = RM500
18.08.2019
Cek rumah , dah pasang meter air, meter elektrik belum lagi.
27.08.2019
Meter elektrik akan dipasang keesokannya. Hari ni dewi call developer, Tanya boleh ke tidak ambil kunci terus, developer maklum , yang pihak mereka belum menerima bayaran penuh daripada pihak BHM.  Mereka perlu pastikan cek bayaran dibank in baru dapat serahkan kunci. Tambahan, dokumen masih dalam proses stamping dan perlu dihantar ke Land & Survey, dan apabila siap, perlu dihantar semula ke BHM untuk pembayaran baki. Aduuiii… masih lama la agaknya.
04.09.2019
Follow-up Lawyer, dokumen dan di L&S tapi belum siap proses.
12.09.2019
Dokumen Perjanjian telah dikemukakan oleh pihak Lawyer ke pihak BHM.
17.09.2019
Follow up BHM tentang cek bayaran dan pihak mereka sudah mengemukakan kepada developer.
19.09.2019
Follow up, Lawyer belum menerima cek bayaran.
20.09.2019
Pihak Lawyer sudah menerima dan dah sudah di bank in kepada developer. Developer inform boleh ambik kunci daripada pihak agen.
21.09.2019
Alhamdullillah.. Akhirnya, jumpa agen & sign dokumen penyerahan rumah, dan menerima memorandum of transfer dan master key rumah.

Haaaa, cer tengok proses dia lamakan.. addddduiii… dari 29.12.2018 – 21.09.2019… dalam 8 bulan 24 hari..  merana jugakla tunggu.. kalau kena orang yang sabar okay jugak… ni dewi ni jenis tak sabor, hahaha.. tapi sebenarnya kalau ikutkan memang tempoh dia macam tu.. yang ni kan Pinjaman Perumahan Kerajaan, memang agak lamalah.. kalau kita guna bank komersial mungkin cepat sikitkan.. Tapi, tak apa, dalam masa tu dewi dan suami kumpul la duit sikit-sikit untuk adjust rumah baru ni.. (yang ni entri lain dewi cerita k)

Total Kos Untuk Proses Loan sahaja :

Deposit
RM2000.00(Refund selepas approve loan)
Lawyer Fee
RM9500.00
Meter Elektrik
RM500.00
Meter Air
RM670.00
TOTAL
RM10,670.00

Itula kos semasa proses loan.. Takyah risau sangat, sebab dalam masa beberapa bulan tu, kita boleh kumpul sikit-sikit untuk bayaran tu.. Insha Allah, kalau ikhlas mesti Allah SWT permudahkan..

Oye, dewi ada doa yang diamalkan masa dalam proses ni.. tiap lepas solat dewi baca doa ni..

Allahumma Robbal Bait, As aluka bijahi ahlil bait,
An tuyassiro li khoiro bait, Hattala naqul ya lait.

Dan kena rajin bersedekah jugak ye..

Insya Allah, kalau Allah izinkan, dipermudahkan urusan korang.

Okayla, sekian sahaja coretan kali ni..
Panjang pulak cerita makcik ni.. hehehe…
Semoga yang memerlukan mendapat gambaran dan ilmu sedikit.
Mana yang dewi tersalah buat tu jangan ikutlah ye, nanti ambik masa pulak. Hehehe..

Semoga berjumpa lagi next entry..

Assalammualaikum.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hai sis mok tyk ktk. Jumlah pinjaman dalam gohlas ya kta camney mok tentukan? Harga umah ajak kh?

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...