Raya tahun ni kami sekeluarga beraya di kampung sebelah mak, Kampung Sekaan Kecil, Matu, Daro. For Abg, of kos la dia beraya bersama familynya di Kampung Muara Tuang, Kota Samarahan. Biarpun kami menyambut hari raya berasingan, namun dalam suasana kemeriahan semua ahli keluarga berkumpul, kami dapat mengubati rindu tanpa kami sedari..
Perjalanan kami pulang , dari Sibu ke Ladang Setuan, tempat abg bekerja..berehat sebentar di situ....dan meneruskan perjalanan kami ke Matu tanpa henti melalui Balingian, Mukah , Oya dan Igan.... But, malangnya..kami stuck di Feri Igan dan terpaksa menunggu berjam-jam lamanya untuk sampai ke feri...Kami stuck kira-kira 5 jam sebelum meneruskan perjalanan ke kampung setelah menyeberangi Sungai Igan... Akhirnya , kami sampai di rumah pada jam 11 malam di Kampung Sekaan Kechil, Matu...
Keesokannya aku menemani abg kembali semula ke Sibu dari Matu kerana abg terpaksa balik ke Kuching untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di sana. Setelah membeli barang di pasar Sibu, abg menemani ku hingga masuk ke Express Matu- Daro sebelum berangkat ke Kuching... Sweet sungguh tunang ku ini.. Dia sangat2 menjagaku...Pada petang itu, aku selamat sampai di rumah pada jam 4 petang , dan abg selamat sampai di Kuching pada jam 6.30 petang...Alhamdullilah...
Kami sekeluarga beraya di Matu sehingga raya ke-3 dan kembali semula ke Sibu pada raya ke-4..
Aku pula berangkat ke Kuching menggunakan 2 buah bot express dari Daro ke Sarikei dan Sarikei ke Kuching untu beraya bersama abg dan keluarganya di Kota Samarahan pada hari raya ke-4, ke-5 dan ke -6 sebelum kami berangkat pulang ke Sibu semula...Aku selamat tiba di Kuching pada jam 5 petang dan my charming fiancee sudah sedia menanti kedatanganku di Terminal Express Pending...
Sesampainya di rumah, aku terus bersiap untuk bersama abg dan kawan2 berhari-raya ke rumah kawan2 abg yang lain..memang penat...but i love it....really enjoyable.. Setelah 2-3 hari beraya bersama family abg, pada hari raya ke7 , aku dan abg berangkat pulang ke Sibu pada jam 9.00 pagi dan selamat sampai di rumah pada jam 4 ptg..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan