Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Ahad, 22 Ogos 2010

~Rindu Padanya~


Sudah menjadi kelaziman bagi setiap pasangan yang bercinta punya rasa rindu.. Kadang-kadang boleh menangis dibuatnya kalau perasaan rindu itu memuncak. Betapa kita mencintai dan menyayangi insan yang tersayang sehingga boleh menitiskan air mata Rindu itu indah andainya ditafsirkan dengan perasaan dan naluri untuk mengasihi dan mengingati seseorang. Jika ianya dicemar dengan perasaan dengki , marah dan tidak puas hati, semestinya perasaan rindu itu akan bertukar menjadi benci untuk bertemu.

Setiap insan dianugerahkan dengan perasaan rindu.Orang yang jahat bagaimana sekalipun, tetap akan merasai perasaan rindu. Tidak kira lah sama ada jauh ataupun dekat, rindu itu tetap ada dan sentiasa tersemat di hati andai dipupuk dengan perasaan cinta, kasih dan sayang. Rindu sukar diungkap dengan kata-kata..Hati sering malu untuk mengakui bahawa kita merindui seseorang sedangkan perasaan rindu di dalaam hati itu bergelora tanpa tenang...Semua kita pernah mengalaminyakan?.. Indah sekali perasaan rindu itu..




Kami bersyukur kerna diberi peluang untuk berjauhan sementara dan bertemu semula untuk mencambahkan bibit - bibit rindu yang mesti ada sebagai pasangan yang bercinta.. Kami bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberikan kami perasaan dan hati nurani yang suci untuk merasai kelazatan rindu itu sendiri. Bukan bermaksud untuk mengangkuhkan diri dengan perasaan rindu di antara kami, tapi itulah anugerah Illahi yang akan kami rasai selagi kerjaya kami memerlukan kami untuk berjauhan sebentar dan bertemu  untuk menyemai bibit cinta dan kasih di antara kami. Cinta itu memerlukan ruang.. Ruang itulah yang akan mencambahkan rindu kita dan menguatkan perasaan cinta setelah berjauhan untuk seketika.Betapa perlunya perasaan rindu itu kepada kita...

Walau bagaimanapun, rindu tidak semestinya kepada pencinta...juga kepada ibu ayah, adik-beradik, kaum keluarga dan sahabat- handai.. Namun, walaupun rindu sesama insan itu indah, rindu terhadap Illahi dan kekasihNya, Rasullullah S.A.W juga yang paling agung dan istimewa..rindu untuk melaksanakan suruhanNya..rindu untuk khusyuk dalam mengerjakan ibadah kepadaNya dan rindu untuk tawadduk dalam menegakkan syiarNya..Itulah rindu yang teristimewa..



Tiada ulasan:

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...