Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sabtu, 27 Januari 2018

Zayn Al Hazle ( Keajaiban kami yang ke-2)

Bismillahirrahmannirrahim

Assalammualaikum w.b.t.

Alhamdullillah, hari ni dewi nak share good news dengan semua reader blog dewi. 

26 Januari 2018 (Jumaat) kami telah dikurniakan dengan rezeki yang tak disangka-sangka.

Allah SWT telah mengurniakan seorang anak lelaki yang kami namakan ZAYN AL HAZLE.

Miracle Son. Keajaiban keluarga kami yang ke-2. Nama Zayn Al Hazle bermaksud sperti di bawah :

ZAYN : Rahmat / Beauty

AL : family of

HAZLE : Joy/Happiness

Untuk makluman semua, Zayn adalah anak angkat kami yang kedua, selepas kakak Ros Alisha Hazle. Zayn merupakan adik kandung Ros Alisha Hazle. Ibu kepada kedua-dua anak angkat merupakan kakak kandung kepada suami iaitu Kak Sarimah Ismail. Jadi, kiranya kami angkat anak buah sendiri. Alhamdullillah, Allah SWT bagi peluang untuk merasai dan mempunyai anak walaupun diangkat..di samping Allah SWT bagi peluang kepada kami untuk membantu orang yang memerlukan. Sesungguhnya rezeki Allah itu tidak terikat dan kami benar-benar mesyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kami. 

Nak tengok wajah hero kami tak? Jom layan pictures di bawah...  










Isnin, 1 Januari 2018

HAPPY NEW YEAR 2018

HAPPY NEW YEAR 2018

Semoga apa yang kita rancang untuk 2018 berjalan lancar & semoga rezeki yang kita hajatkan untuk 2018 dikurniakan oleh Allah Taala.

Amin - amin ya Rabb.

 
Nasi Goreng Kimchi Daging untuk 1 Januari 2018. :)

 

hazle

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...