Lebaran menjelma lagi......Di hari yang mulia ini, molek kiranya, kita memaafkan semua kesalahan-kesalahan dan kesilapan-kesilapan insan-insan di sekeliling kita....bukan sahaja kepada ibu ayah, sesama ahli keluarga, sanak saudara malah teman-teman selagi mana kita mengenali mereka...
Di hari mulia yang bakal menjelang tiba, kami berdua menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan dan keampunan kepada ahli keluarga, sanak saudara yang jauh mahupun dekat, teman-teman dan sahabat-sahabat rapat dan kenalan-kenalan yang mengenali Lee & Dewi. Sesungguhnya, kami insan biasa yang serba kamil yang tak lepas daripada membuat kesilapan yang boleh menyinggung perasaan dan menyakitkan hati teman-teman mahupun secara sedar ataupun tidak disedari.
Kadang-kadang kealpaan itu menyebabkan kita lupa norma-norma kehidupan yang sepatutnya yang kita jalani.. Sesungguhnya, Allah itu Maha Penyayang dan Pengampun...Semoga Dia mengampuni dan memberkati hidup kita dengan limpah kurniaNya....dan semoga hidup kita sentiasa di atas jalan yang benar menurut syiar Islam...~Ameen~
~MAAFKAN KAMI........~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan