Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 24 Januari 2019

DOA UNTUK HAJAT MENDAPATKAN RUMAH



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Ya allah engkau pemilik baitullah



Aku memohon dengan wasilah ahlil bait rosulullah



Agar engkau mudahkan untukku sebaik2nya rumah.



Sehingga aku tidak mengucap seandainya aku punya rumah,


Assalammualaikum...

Hari ini dewi nak share satu doa.
Tau ni doa apa?
Doa ni Doa Pembuka , Doa Kemudahan dan Doa semoga dipermudahkan hajat untuk membeli rumah. Insha Allah.. Dewi kena amalkan doa ni sejak awal tahun ni sebab target untuk tahun 2019 ni dewi nak hadiah rumah untuk mak ayah dewi. Ni rahsia besar tahun ni tau.. Hahaha..
Mentang-mentang mak ayah dewi tak baca blog dewi ni...
Yang kenal mak ayah dewi jangan pulak cerita ye...Hahaha..
Bukan apa, harap-harap kalau pinjaman perumahan tu lulus, dewi nak buat moment untuk surprisekan mak ayah dewi.. Amin-amin Ya Rabb,.. (sehingga hari entri ni ditulis , pinjaman perumahan dewi tu masih dalam proses ye) Doakan untuk dewi dan suami tau...



Ini la rumah yang dewi nak hadiahkan untuk mak ayah dewi.. Doakan lah ye... Amin-amin Ya Rabb...
Suami tengah bincang dengan agen.. Rumah ni dekat dengan tempat kerja ayah dewi...

Sebenarnya family dewi ni kurang mampu, tapi sebab dewi sebagai goverment servant ada kemudahan untuk dapatkan pinjaman perumahan yang interest rate nya rendah, so dewi bincang dengan suami , kami kena sediakan rumah untuk mak ayah dewi yang sekarang ni tengah menyewa di Sibu. Kalau dah lepas sediakan rumah yang bagus untuk mak ayah, barulah lega rasanya nak meneruskan kehidupan di tempat lain, nak melancong ke, nak buat rumah sendiri besar ke.. sebabnya al maklum dewi ni anak sulung keluarga, so, dewi kena balas jasa mak ayah dewi sebelum dewi ni settle down dengan suami. Sibu dengan Kota Samarahan tu jauh.. huhuhuu.. Buat masa ni dewi masih mengikut suami bekerja di Balingian memandangkan ofis dewi pun di Mukah.. So, lebih baik masa ni settle dulu untuk mak ayah.. Lepas tu baru cari jalan nak famili  settle down di Samarahan.

Okeyla , sekian saja entri dewi kali ni..
Untuk dibaca di masa hadapan..
Kalau loan approve @ tak approve, nanti dewi share k.. 
Nervous giler nih..
Allahu..


24012019



Sabtu, 5 Januari 2019

Hazle's Di Sekolah Sedidik Mutiara Balingian

Assalammualaikum..

Hari ni nak share pic masa anak-anak masuk sekolah awal tahun ni tadi..
Si kakak Ros Alisha Hazle Rosli ni dah masuk tahun ke 3 dia bersekolah di Sedidik Mutiara Balingian ni.. Tahun ni last sebab next year dah masuk Tahun 1.
Si adek walaupun baru nak masuk 3 tahun, ibu suruh masuk jugakla sebab tak ada org jaga kat rumah.. O ya.. Diorang berdua ni sampai petang kat situ.. Tunggu ibu habis kerja baru ambik.. Ibu kerja di Mukah.. Muka ke Balingian ambik masa dalam 45 minit.. So, bila dah cukup pukul 5, diorang ikut cikgu balik rumah.. Ibu sampai Balingian baru ambik diorang kat rumah cikgu.. Kesian kan anak-anak ibu.. Berapa jam je lah masa bersama dengan ayah ibu.. Hurrmmm... Bayaran agak murah jugak.. Si kakak RM130 si adik RM180. Tambah Menu RM50. So, total RM360.


Hari pertama si adek ni rilex je.. Sebab dah biasa ditinggalkan dengan penjaga.. Tambah2 ada geng lagi kat sekolah.. Makin la dia happy nak g sekolah.. Hehe.. Kakak pulak kaki cerita.. Apa ja yang adek dia buat kat sekolah semua dia cerita.. Hehehe..
Okla jom layan gambor ye...








Jom layan pic diorang g sekolah Hari Jumaat pulak ye... 










Khamis, 3 Januari 2019

Hazle Cottage Garden in Malaysia 2019

Bismillahirrahmannirrahim.
Assalammualaikum semua..

Hari ni dewi nak share sikit pasal Cottage Garden Dewi ni.. Cottage Garden ni terletak di Ladang Setuan, Balingian, Mukah, Sarawak... Kalau yang follow dewi di Blog ni, or di Facebook ke , di Instagram ke mesti tau yang dewi ni peminat setia Cottage Style.. Shabby Chic Style.. Farm Style.. Al maklum dewi ni duduk ladang.. Ikut husband keja..  So, life pun ala2 farm style.. Hehe.. Kalau nak decor rumah dewi boleh tengok dekat label Hazle's Cottage k..
Sekarang kita tengok Cottage Garden dewi dulu k..

Cottage Garden adalah konsep taman yang kita tak yah penat nak fikir jarak jenis bunga or pendek kata kita tanam je ikut suka kita.. Cuma kalau nak cantek kita kena pandai variasikan warna & jenisnya.. Itu yang dewi faham lah.. Tambah kalau nak lagi cantek letak la pagar putih sikit.. nampakle sikit ala2 cottage style nya..  Kalau jenis bunga pulak, kalau kat Malaysia ni biasanya cottage garden guna bunga2 macam Roses, Hydrangea, Petunia, Lantana Camara, Portulaca (Ros Jepun org kata) , Bunga Bayam Merah, Zinnia, Angelonia, Marigold, Gomphrena Golobosa dan banyak lagi contoh bunga lain..

Dewi share sikit gambar jenis bunga-bunga ni ya.. (Pic ni dari Mr. Google)
Portulaca (Ros Jepun)

Gompherena  (Bunga Setahun)

Hyrangea
Angelonia ( Bunga Satay)
Lantana Camara
Zinnia ( Bunga Cina)
Marigold ( Bunga Nerjas)
Wild Petunia / Ruellia (Kencana Ungu)


Yang kat atas ni contoh bunga-bunga yang boleh ditanam di Cottage Garden ikut cuaca di Malaysia ni.. acelli ada banyak bunga lagi.. dewi ni tak tahu apa jugak nama bunga yang dewi tanam kat rumah tu.. Takpe la, kita tengok gambar garden dewi kat bawah ni... Kat bawah ni picture original garden dewi tau... hehe..


HAZLE COTTAGE GARDEN (JANUARI 2019)






















Ni la garden dewi yang tak seberapa awal Januari 2019 ni.. Acelli dewi dah start Cottage Garden ni 2016. Boleh cek di entri dewi di bawah Label Hazle Garden k.. Kita berkebun bunga kena ambik gambar selalu, sebab bunga-bunga kita ni pun benda hidup.. kalau nasib tak baik, memang tak lama la bunga kita ni,.. tapi tak apalah.. kita sentiasa boleh berusaha nak dapatkan yang terbaikkan..  Memang penat kerja gardening ni.. tapi jangan give up tau... hehehe.. asal balik kerja , dapatla nampak garden ni depan rumah, sejuk ja mata memandang,.. hehehe...  Alhamdullillah.. Garden yang cantek tu rezeki dari Allah SWT.. Mudah-mudahan bunga-bunga yang kita tanam ni, berzikir untuk kesejahteraan hidup kita jugak... Aaaamiiinn Aaamiinn Ya Robbal Aaalamiin..
Sekian dulu.. Jumpa lagi next entry...
Lots of Love... Assalammualaikum..
Dewi Hazle..

 

Rabu, 2 Januari 2019

Misi Mencari Home Sweet Home - Hazle Home

Bismillahirrahamannirrahim.

Assalammualaikum warahmatulahhi wabarakatuh.

Hari ni dewi nak cerita kisah dewi dan suami p survei rumah.. Macam sekejap je masa dewi dan suami p survei ni tau.. Sebab, kami takut rumah yang kami nak tu orang grab.. Hehehe...

Awalnya dewi dengan husband memang tak nak loan rumah.. Ye la, memikirkan loan tu ambik masa puluh tahun, sampai pencen tak habis hutang... Hahaha.. Tapi... dewi fikir lagi.. 
Takkan dewi nak selfish sangat kan...
Kalau ada yang baca blog dewi ni dari dulu, mesti maklum yang family dewi ni bukan orang berada.. Ayah dewi kerja buruh je dulu-dulu, sekarang kerja Pekerja Am sekolah.. Alhamdullillah, ada jugak la gaji kan.. Tapi kerja di Sekolah Bantuan je.. Sekarang mak ayah dewi menyewa di Sibu bersama dengan adik dewi yang nombor 2 dengan suami dan anak-anaknya..
So, dewi dan suami decide kena beli jugak rumah di Sibu, memandangkan keluarga dewi di Sibu, dan memang dewi dan suami balik Sibu jugak... Untuk memudahkan takla bersempit sangat di rumah adik dewi, so p la cari rumah sendiri. Asalnya, dewi dan suami nak bina je rumah di kampung suami.. Tapi bukan sekarang... Kalau ada rezeki lebih Insha Allah.. Kalau tak ada rezeki, maksudnya kami settle down di Sibu je la..

Balik ke story p survei rumah ni.. Dalam masa beberapa hari bulan Disember ni , dewi dan suami terus pilih rumah tau.. Hehehe..

09.12.2018 - Balik dari kampung, kami terus pusing-pusing area Bukit Aup, Jalan Wawasan, Taman Indah, Teku Road.. Malangnya semua rumah mahal-mahal, semua rumah tu second hand tau... Ingat loan government tak boleh loan rumah second.. tapi rupanya boleh,.. yang ni kami tau selepas kami decide... hehee...

10.12.2018 - 21.12.2018 - dewi dok screenshot semua rumah yang dijual di FB, Mudah.Com dan Page-page Agen Jual rumah... Lepas tu, dewi dapat tau seorang Agen ni dari kawan dewi yang baru je settle loan perumahan.
22.12.2018 - Dewi dan suami ada appointment tengok-tengok rumah bersama Mr. Wong (Ing Kuong Property).

Rumah Pertama :Siap 100%
Lokasi : Lorong 52, Ulu Sg. Merah (RM308,000.00)
Jenis : Single Storey (Terraced House) Intermediate
Land : Owner Land/Leasehold - Hilly Land + Ada tembok sikit tanah dia
Bilik Tidur : 3 - 1 MasterBedroom/ Bilik Mandi : 1 / Tandas : 1 
Jenis Gate : Besi
Size : 23 x 47
* Bench Kitchen dah ada , tapi perlu tiles

Rumah Kedua : Siap 100%
Lokasi : Lorong 52, Ulu Sg. Merah (RM390,000.00)
Jenis : Single Storey (Terraced House) Corner Lot
Land : Owner Land/Leasehold - Hilly Land + Ada tembok sikit tanah dia
Bilik Tidur : 3 - 1 MasterBedroom/ Bilik Mandi : 1 / Tandas : 1
Jenis Gate :Stainless Steel
Size : 23 x 47 - Area laman luas + Parking luas.
* Bench Kitchen dah ada tiles.

Rumah Ketiga : Belum Bina
Lokasi : Rantau Panjang Jaya (RM390,000.00)
Jenis : Single Storey (Terraced House) Intercorner Lot
Land : Leasehold - Hilly Land + Ada tembok sikit tanah dia
Booking Fee : RM2000
* Bench Kitchen dah ada tiles.

Rumah Keempat : Siap 100%
Lokasi : Taman Bourgainvilla (RM285,000.00)
Jenis : Single Storey (Terraced House)Intermediate
Land : Owner Land/Leasehold - Tanah Tembok
Bilik Tidur : 3 - 1 MasterBedroom / Bilik Mandi : 1 / Tandas : 1
Jenis Gate : Besi

Rumah Kelima : Siap 100%
Lokasi : Taman Bourgainvilla (RM325,000.00)
Jenis : Single Storey (Terraced House) Intermediate
Land : Owner Land/Leasehold - Hilly Land
Bilik Tidur : 3 - 1 MasterBedroom / Bilik Mandi : 1 / Tandas : 1
Jenis Gate :Besi
Design : Modern

23.12.2019 - Semalam dewi p search FB dan Google, then dewi terjumpa satu website ni  iProperty namanya.. Dalam page tu dewi ternampak iklan satu rumah ni di area Bukit Aup, nama agen dia Mr. Kong Sien Ming. So, dewi whatsapp Mr Kong dan buat appointment jam 1.30 tengahari di kawasan perumahan tu. Dewi fikir nak beli di area ni sebab area ni dekat dengan kawasan tempat kerja ayah dewi, seberang je... kena lalu jambatan lah..

Rumah Keenam- 60%
Lokasi : Lorong Quarry 38 (RM285,000.00)
Jenis : Single Storey (Terraced House)Intermediate
Land : 60 years Leasehold - Hilly Land
Bilik Tidur : 3  / Bilik Mandi : 1 / Tandas : 1
Jenis Gate : Stainless Steel / Parking : 2 buah kereta
Laman belakang 20'



Rumah Ke-6 - Intermediate


Rumah Ketujuh
Lokasi : Lorong Quarry 38 (RM360,000.00) Corner Lot
Jenis : Single Storey (Terraced House)
Land : 60 years Leasehold - Hilly Land
Bilik Tidur : 3  / Bilik Mandi : 1 / Tandas : 1
Jenis Gate : Stainless Steel / Parking : 2 buah kereta
Laman belakang & Laman tepi : Luas
Rumah Ke-7 - Akhirnya kami decide pilih rumah ni....
Kawasan ni la yang buat dewi jatuh cinta... hehehe

Alhamdullillah, setelah dewi dan suami p naik turun tengok rumah (rumah ni yang dewi & suami p tengok luar dalam, ada jugak yang dewi survei thru gambar je dalam whatsapp) akhirnya pada 29.12.2018 dewi dan suami decide nak pilih rumah ke-7 ni dan kami terus sign Sales Purchase Agreement & bayar wang deposit sebanyak RM2000.00. 
Alhamdulillah... Nasib baik masa tu Allah SWT bagi rezeki lebih sikit nak bayar deposit.. Selalunya tak ada jugak. hehehe..

Kalau kengkawan nak tau proses loan state govt dewi ni, boleh cek di entry lain di bawah Hazle's Home label ye...
Sekian dulu, untuk kali ni ye..

Lots of Love.

Dewi Hazle

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...