Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 20 November 2013

My English Style...

macam lucu baca title kan...
hehehe...
by the way..
at least i try..
walaupun tak sehebat yang diinginkan...
tunggu ada bajet laaaa....
huhu... 


 ok .. kita layannn gambooo ye...
Insya Allah next time improve.. nanti boleh cek di bawah Label Hazle's Cottage . Insha Allah.. Usaha Tangga Kejayaan..
(^_^)














Jumaat, 27 September 2013

Rezeki Kerja Kerajaan (^_^)

Alhamdullilah..
Alhamdullillah..
Alhamdullillah..
Alhamdullillah Ya Allah..

Terima kasih Allah, akhirnya dewi dapat juga kerja tetap (government) yang ditunggu-tungu selama ini.
Ingat tak kawan-kawan, dewi pernah cerita yang dewi dah lalui 5 peringkat tapisan untuk jawatan Pegawai Tadbir Negeri? Alhamdullillah...
Tanggal 16 Mei 2013, jam 1.20 tengahari, dewi dapat call daripada Unit Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Sarawak dari Pn. Dayangku Shafinah yang memaklumkan dewi dapat kerja tetap ni..
Wahhhhhhh.... rasa nak melompat dewi masa tu.. huhuhuhu...
punyalaaa suka... Tuhan saja yang tahu...
lepas dapat call, mengalir jugak air mata dewi ini sambil melafazkan rasa syukur pada Allah yang Maha Esa.
Allahuakbar, sehinggakan dewi laksanakan sujud syukur atas meja ofis dewi.. hehehe.. nak sujud kat lantai bawah tu kotor, so naik lah atas meja.. hehehe..
Lepas dapat call, dewi terus download offer letter kat emel & tunggu original letter sampai untuk lengkapkan semua borang.
Sebelum lapor diri di Pejabat Residen Mukah, o yeeee.. lupe nak cakap .. jawatan dewi ni Pegawai Tadbir N41 di Pejabat Residen Mukah lantikan 1 Julai 2013. Sebelum report duty, semua officer yang dapat jawatan ni iaitu seramai 60 orang , menjalani Kursus Induksi Umum selama 9 hari di Centre For Modern Management, Kuching. Macam-macamlah input yang kami dapat untuk bekalan masa bekerja nanti.
 Selepas report duty, bermulalah episode baru dalam hidup dewi dan suami.
Kehidupan kami dah tak sama macam dulu.
Sekarang dewi kena pandai cari masa untuk suami dan keluarga.
Sibuknya tak payah cakaplaaa..
Mula-mula tu dewi condemn jugak sebab terlampau banyak benda nak masuk otak dan benda nak kena buat. tapi, selepas berehat beberapa hari, alhamdullilah dah mula ok sikit..
dewi kena belajar rilex la nampaknya kan.. yang ni betul2 Culture Shock.. hehehe...

Berbalik kepada rezeki kerja tu tadi, kepada kawan-kawan yang tak dapat kerja lagi banyakkan bersabar ye.. mesti ada lah rezeki tu nanti.. kalau tak rezeki kerja, rezeki lain kan.. yang penting kita tahu Allah itu Maha Adil.. Ada sebab kehidupan kita begitu.. ada sebab kehidupan kita begini.. so, redha dan tawakal banyak2 ye kawan2.. (^_^)

Rabu, 18 September 2013

Lovely Pastel Pink

Assalammualaikum & Salam Sejahteraaaaaa....

i just love it...
dapat jugak saya memiliki item cute macam ni...
beli di Lovely Lace u all... hehehehe...
by the way saja nak kongsi...
sedap mata memandangkan...





Isnin, 2 September 2013

Pastel Pink Roses

Favorite...
Serius saya suka.. saya suka...
saya google2...
and saya jumpa...
tq to FB Vintage ~~
love it...












Rabu, 31 Julai 2013

Iftar Ramadhan 2013 With Setuan Plantations

Salam Sejahteraaa...
Hai semuaaa...
Ok...
Hari ni dewi nak share gambar2 masa Majlis Berbuka Puasa bersama Setuan Plantations ari tu...
Majlis ni diadakan di Parkcity Everly Hotel pada 27 Julai 2013 yang lepas..
seperti biasa, masa ni la dapat gift dari Setuan Plantation... hehehe...
dan kami sebagai pasangan yang masih single... wah.. macam mana tu... hehehe...
means takda anak lagi mula laaa berposing sakan.. hehehe...
Oklaaa...
Jom layan gambaaaar...
hehehe..
(^_^)









Isnin, 11 Mac 2013

Shape Plus Slimming Juice & Eve Fiber

As salam semua.. to all my silent reader too.. hehehe..
Ok, entri kali ni dewi nak share sikit pasal produk kurus yang dewi guna ni..
Dewi ni gemok sangat tau.. gemok sangat,.. (u__u!)
Berat dewi mencecah 69.9 kg selepas kahwin.. dahsyatkaannn?? hehehe.. entah apa bendala yg Mr. Lee ni bagi dewi makan... hehehe..

Berbalik kepada story dewi ni tadi..
Dewi sangat-sangat berpuas hati la selepas guna produk Shape Plus Slimming Juice & Eve Fiber ni..O ye.. sebelum tu, dewi nak cakap, dewi buka jurucakap produk ni ye, dewi salah seorang pengguna je.. dan dewi nak jugakla share keberkesanan produk ni..

Sebelum ni, dewi dah banyak cuba produk2 kurus lain.. ada produk mahal, rm100 lebih utk seminggu, aigoooo... mahal sangatttt... dah tak bole makan makanan yg ada karbohidrat... gila apa.. dh nama org melayu nii, tekak mesti nak nasi kan...  ada jugak produk yg main sapu2 tu, losyen panass... memang panas laaa.. sampai merah2 kulit dewi ni.. tap.. tak jugaaak kurus... berat pun tak kurang.. bukan main lagi iklan diorang kan.. so, dewi surrender... hehehe..

Then, suatu hari, masa dewi pergi kenduri kat rumah bos, ada kakak ni bagitahu, cubalah Shape Plus Slimming Juice & Eve Fiber..memang berkesan... ~~ dia cakap gitukan.. pastu tanyala berapa harga, dia cakap tiga, sembilan je... dewi ingatkan RM39 tau... sekali dewi cek , RM390.. huhuhu... mahalnyeeeeee.. masa tu dewi rasa sgt mahal tau.. sebab, dewi tak nak la membazir lagikan, takut beli-beli, tak kurus-kurus.. so, dewi baca la testimoni yang ada kan.. memang banyak yang berjaya tau.. setakat ni, dewi paling banyak tengok testimoni untuk produk ni.. then, tanpa ragu-ragu lagi, dewi pun cuba la, dapat je elaun hari tu, dewi terus beli pakej untuk sebulan , RM390..sebab kalau beli sekotak-sekotak memang lagi mahal laa...

Dia ada dua jenis produk yang berlainan untuk RM390 tu. Satu, Shape Plus Slimming Juice, dan yang satu lagi Eve Fiber. so, memang jimat la.. sebab boleh dapat dua produkkan.. Shape Plus Slimming Juice tu, untuk pecahkan lemak, dan Eve Fiber untuk kita membuang la (pelawas) hehehe..
Shape Plus diambil pada waktu pegi sebelum atau selepas sarapan. Eve Fiber diambil pada sebelah malam. sebelum tido, sebab kita bangun pagi terus membuang. Guna produk ni jimat tau, sebab sekotak Shape Plus tu ada 10 sachet, dan Eve Fiber 15 sachet. So, RM390 tu untuk 3 kotak Shape Plus, 2 kotak Eve Fiber... yang bestnya, tak leceh kena ambik 2-3 kali kan.. sekali pagi untuk SP, sekali malam untuk EF. Simple je..Pastu minum air kosong mesti tak kurang dari 3 liter sehari. Guna botol mineral tu la.. Dewi pun guna yang tu jugak.. dewi minum 2 botol besar sehari.

Alhamdullilah, sekarang dah susut sikit badan ni.. dr 69.9 kg ke 65kg... hehehehe..
tak banyak tapi, inci banyak kurang..
betulll..
tak caya?... tengok gambar ni... :)


hahahaha.. dulu gemuk sangaatttkan.. sekarang, alhamdullilah, dah kurang sikit ~~
ok laaa...
itu je kali ni k..
selamat mencubaa bagi yg nak kurus tu..
wassalam...
(^__^)

Rabu, 6 Februari 2013

Pengorbanan Suamiku

As-Salam semua..
Entri kali ni dewi nak share topik yang syahdu sikit.. "Pengorbanan Suami".
Bukan pasal suami orang ye.. suami sendiri.. hehehe..
Tapi, bila difikirkan sebagai isteri, kita mesti ingat setiap pengorbanan yang telah suami buat untuk kita..
Dari masa bercinta, bertunang sehinggalah dah bergelar suami isteri ni..

Suami itu sangat tinggi darjatnya.. sehinggakan ada hadis menyatakan ;
 “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.” (HR. Al-Hakim)
  
Suami juga manusia kan...pastinya dia juga tak sempurna, bagaimana kita nak mengharap suami yang sempurna sedangkan kita sebagai isteri pun tak mampu menunaikan tanggungjawab dengan sempurna. Jadi, sebagai usaha memupuk rasa cinta,kasih dan sayang kepada suami seperti mula2 bercinta dulu, hendaklah kita mengingati setiap jerih payahnya untuk memastikan segalanya cukup untuk kita, ingatlah setiap pelukan kasih sayang yang dia pernah berikan, ingatlah setiap kata-kata indah yang dia pernah bisikan, ingatlah setiap titik keringat yang dia titiskan untuk menyara kita sebagai isteri dan keluarganya.. semoga dengan itu dapat membantu kita menghargai kasih sayang yang telah suami curahkan.
Memang ada suami yang pada mulanya sangat baik tapi setelah sekian lama isteri dibiarkan begitu saja, tapi kita perlu tahu pasti ada sebab mengapa suami kita begitu... mungkinkah disebabkan kesilapan kita sendiri, atau memang takdir Allah yang ingin menguji kita?.. Justeru, berbaliklah kepada pucuk pangkalnya masa kita memilih suami.. Suami bukan barangan yang dapat dipilih sesuka hatikan.. kita kena tau agamanya, sikapnya di rumah dan di luar, keluarganya... insyAllah, kita dapat membentuk keluarga bahagia..





Jujur sebak rasanya dada ini, kadang-kadang menitis airmata dewi mengenangkan pengorbanan sang suami.. dari memikat hati keluarga, menyediakan belanja kahwin, dengan tempat kerjanya jauh di ladang, kesusahan sewaktu belum punya apa-apa untuk keluar masuk dari ladang, dengan keadaan tempat kerja yang merbahaya terdedah dengan haiwan dan binatang liar, dengan keadaan rumah yang tak seberapa pada masa itu, hati mana yang tak terusik melihat pengorbanannya.. Hanya Allah yang tahu betapa hati ini tersentuh dan terharu dengan pengorbanan suami. Sehingga sekarang walaupun kami sudah tinggal bersama dan keadaan rumah yang alhamdullilah sangat bagus, hati ini masih lagi teringat kesusahan suami sebelum menyunting diri ini. Pernah dia menangis mengenangkan pengorbanan dewi yang sanggup mengikutnya untuk tinggal di ladang, jauh dari keluarga, jauh dari bandar, jauh dari kesenangan, mandi air telaga, minum air hujan semata-mata untuk bersamanya... Sesungguhnya cinta ini membuatkan dewi sanggup menempuhi segala dugaan bersama suami. Sentiasa terbayang di mata wajahnya suka, duka, ketawa, marah,kecewa.. wajahnya tersenyum memandang dewi, wajahnya yang tenang sewaktu tidur, wajahnya yang indah dengan basahan wudhuk nya, wajahnya yang tawaduk selepas solat..ya Allah, betapa hati ini bersyukur kerana menemukannya sebagai suamiku. Suami dewi alhamdullilah, tidak bersepah orangnya, pandai memasak, tidak pemarah, baik hati, jujur dan setia, suka bergurau dan ketawa (cuma kadang-kadang gurauannya mendatangkan marah..hehe). Dia juga seorang yang sangat menghormati orang tua, dan sentiasa lembut dalam tutur katanya.. yang paling penting, dalam segala hal, suami dewi, alhamdullillah, mementingkan dewi terlebih dahulu sebelum dirinya sendiri, baik dari segi makan,minum, pakaian, mahupun harta benda.. Alhamdullilah..
Dan ada satu pengorbanan suami yang benar-benar menyentuh hati dewi, dia sangat tenang walaupun sudah hampir 2 tahun bersama, kami belum dikurniakan cahaya mata. Walaupun dia ceria menyatakan tunggulah dulu, tapi dari sinar matanya dewi tahu dia pun kesunyian dan inginkan zuriatnya sendiri untuk menemani harinya. Saban hari dewi memohon maaf dari suami kerna belum mampu memberikan zuriat padanya. Saban hari hati ini menangis dan memohon rahmat dan kurnia dari Allah yang Maha Esa , semoga dimakbulkan permintaan kami. Sungguh hati ini sangat rasa bersalah kepada suami tercinta.. Sungguh hati ini rasa sangat malu... akan tetapi ketenangan suami menghadapi ujian ini mengajar dewi erti sabar dan redha.. Sesungguhnya Allah ingin menguji kami kerana Dia sayangkan kami...

Namun, di sebalik dugaan ini, ada hikmah yang Allah berikan. Dewi sangat-sangat-sangat bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan dewi, seorang suami yang walaupun tak sempurna seperti mana idaman setiap wanita, tetapi bagi dewi , dialah lelaki yang paling sempurna yang ada dalam hidup dewi. Selagi hayat dikandung dibadan, InsyaAllah dewi akan mengabdikan diri menjadi isteri yang terbaik buat suami dewi.. Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat kami, dan hingga ke Jannah.. InsyAllah.. Semoga kami dapat membentuk keluarga yang sakinah mawaddah warohmah, yang taat kepada Allah yang Maha Esa, cintakan Rasullullah S.A.W, sayangkan ibu bapa dan keluarga keduanya, serta sayangkan rakan-rakan muslimin dan muslimat yang ingin menjadi sahabat kami.


Dialah suamiku.. "Rosli Bin Ismail"
Dialah cinta hatiku.. penawar segala suka duka ku...
Doakan yang terbaik untuk kami ye kawan2.. Sama-samalah kita mengingati pengorbanan suami mahupun isteri agar kita mampu berbahagia di samping keluarga tercinta.

Nak kurus lagi.....

As-Salam........

Okla, hari ni, dewi nk story sikit pasal nak kurus ni...  
Untuk pengetahuan semua, dewi lepas kahwin berat memang naik mendadak giler2 la...
Dah setahun lebih kumpul lemak ni... 
Semua orang dok cakap ko makan apa? senangnya hati.. ko mengandung ke??
aigooooo...
Terus down bila orang tegur cam gitu.. huhuhu..
tapi, di sebalik kata-kata itu, ada satu positifnya.. hehehe..
org boleh notice la yang suami dewi ni bagi dewi cukkuup makan... hehehe..
betulll...
hari2 makan daging, ayam, ikan.. sayor sangat la kuranggg..
minum air manis, air gas memang tak boleh blah..
dengan makan berat pada waktu malam lagi..
kalau duduk depan tv tu, tak payah cakap la .. memang mengunyah jee kejanya..
hehehe..

So, nak dijadikan cerita niii... dewi adalah cuba satu produk ni..
nama dia Shape Plus Slimming Juice with Eve Fiber..
untuk percubaan 1 bulan = RM390.. mahaaalll kannn??
mula2 dewi memang tak nak beli, mahal koot.. tapi, bila tengok testimoni orang yan succeed punya la banyak... tergugat iman dewi niiii.... hehehe... so, dpt je elaun bulan 12 tu, terus order... hehehe..
nak dijadikan cerita jugak... baru 6 hari dewi ambik SP & EF ni, berat dewi kurang 2.5kg... wahhhhh.. awesome kannn???? tapi, masa tu inci still tak nampak kurang la.. maybe dia buang n****2 terlonggok kat usus dewi kot.. hehehe...
Then, dewi teruskan sampai sekarang.. dewi ni susah nak disiplinkan diri.. ambik produk ni kena minum air banyak2.. 4-5 liter... dewi tak boleh nk telan air kosong byk2... 3 liter je mampu.. tapi still awesome!.. dewi kurang lagi 1kg.. hehehe... inci pun byk la berubah..  pinggang kurang 2 inci, perut pun kurang 2 inci..
awesomekan???hehe..

and now dewi masih dalam usaha nak kurus lagi ni.. doakan dewi ye kawan2...
semoga semakin cantik dan slim untuk suami tersayang.. bukan untuk tatapan umum tau.. untuk suami je...
o ye.. kalau kawan2 rasa nak try produk tu boleh la google  Shape Plus Slimming Juice with Eve Fiber ni..
sekarang dealer dia dah banyak.. hehe..





Okla... tggu dewi kurus betul2 baru upload gambo yee..
daa..
Wassalam...


Khamis, 3 Januari 2013

Azam Tahun 2013.

Bismillahirrahmannirrahim....



Salam semuaaa...
Haiiii....

Sorry baru nak update lagi... By the way, masih belum terlambat dewi nak ucapkan "Happy New Year" to all friend, my silent reader and siapa2 sajelah... (n_n).. Semoga tahun baru ini memberi 1001 kemanisan buat kita semuaaaaa... amiiiinnn.... 

Ok la, kalau cerita pasal New Year je pasti orang tanya apa azam baru kan.. memang ramai yang tanyaaa... Tak tahu laah, nak tanya sebab apa... hehehe... apa pun, semua kita mesti terfikir apa laa azam baru aku tahun ni ye??... ~~~~ haaa.....dah list kan belommm azam baru tu??.. hehehehe...

Kebanyakan orang akan kata , azam baru mereka nak tingkatkan kualiti hidup, nak kumpul duit banyak-banyak, nak perbaiki diri.... betul tak?... so do i... Dewi pun ada azam begitu...
Tapi, jujur dewi katakan azam dewi pada tahun ni lebih kepada keharmonian rumah tangga gituu... hehehe... betullll... tak tipuu... hehehe...~~

Okla, antara azam baru dewi tahun 2013 ni ialah :

1. Nak perbaiki diri lah.. ~~ sentiasa jaga solat.. banyak mengaji Al-Quran dan baca Hadis-hadis.. banyak pelajari ilmu agama dan banyak baca buku genre yang muhasabah dan motivasi diri.. dan paling penting dewi nak bina keluarga yang sakinah mawadah warohmah... Amiiinnn...

2. Dewi nak kuruskan badannnnn... huwaaaaaaaa... hehehehehe.... ~~ tau tak, lepas kahwin berat dewi naik mendadak tau... agak2 dalam dekat 20kg jugak la naik... betullll... tak tipu punye... tu yang sekarang ni dewi memannggg target nak kurus 2013 nih.. hehehe... doakan dewi berjaya yee..

3. Dewi pun nak mengandung jugakkk... tapi dewi tak nak la berharap banyak222.. dewi takut frust..  dah dekat 2 tahun dah kahwin ni, rezeki belum ada jugak.. dewi redha, maybe Allah nak bagi rezeki lain kan,.. tengokla kalau ada rezeki 2013 ni, dewi mengandung and dapat anak yang sihat la yee... doakannnn untuk dewi dan suami... 

4. Dewi nak buat rumah untuk mak ayah kat kampung... Insya-Allah, targetnya tahun ni laah... semoga cita-cita ni berjaya.. aminnn... nak balas jasa mak ayah kat kita bukan senang kan... ~~ wajib kita jaga mereka, macam mana mereka jaga kita dari kecik sampai besar ni... 

5. Kumpul duit, Insya-Allah.... biar banyak2 dalam bank tu... hehehehehe.. Bayar zakattt, banyakkan bersedekah...

6. Kurangkan hutangggg.. hutang PTPTN tu banyak lagiii haaaa.... hehehehehe...

7. Nak jadi ISTERI YANG BAIK buat suamiiii tercintaaa...

Ok laa... itu je azam dewii tahun ni.. kalau ada lagi, nanti dewi updateee lagii... hehehe.. Doakan semoga semua azam kita tercapai ye... Semoga kita sentiasa dirahmati Allah dan dalam lindunganNya selalu.. Amiiinnn....

Allahummas Solli A'la Muhammad, Wa A'la Ali Saiyyidina Muhammad...




Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...