Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 1 September 2010

 ~YANG SEMPURNAKANKU.......DEWI RADZELLE~

Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh

Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu

Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu 




Menjelang Lebaran 2010

Lebaran menjelma lagi......Di hari yang mulia ini, molek kiranya, kita memaafkan semua kesalahan-kesalahan dan kesilapan-kesilapan insan-insan di sekeliling kita....bukan sahaja kepada ibu  ayah, sesama ahli keluarga, sanak saudara malah teman-teman selagi mana kita mengenali mereka...

Di hari mulia yang bakal menjelang tiba, kami berdua menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan dan keampunan kepada ahli keluarga, sanak saudara yang jauh mahupun dekat, teman-teman dan sahabat-sahabat rapat dan kenalan-kenalan yang mengenali Lee & Dewi. Sesungguhnya, kami insan biasa yang serba kamil yang tak lepas daripada membuat kesilapan yang boleh menyinggung perasaan dan menyakitkan hati teman-teman mahupun secara sedar ataupun tidak disedari.

Kadang-kadang kealpaan itu menyebabkan kita lupa norma-norma kehidupan yang sepatutnya yang kita jalani.. Sesungguhnya, Allah itu Maha Penyayang dan Pengampun...Semoga Dia mengampuni dan memberkati hidup kita dengan limpah kurniaNya....dan semoga hidup kita sentiasa di atas jalan yang benar menurut syiar Islam...~Ameen~


                         ~MAAFKAN KAMI........~

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...