Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 22 Jun 2012

Mawar @ Ros

Hai semua... Hari ni entry kita tentang my favorite flower Bunga Mawar @ Ros. Memang tak boleh tahan tengok bunga ni.. Kalau ada kat halaman rumah orang, memang rasa nak cekau.. hehe.. Okla, untuk pengetahuan kita semua, aku ada google sikit pasal bunga ni. Jom kita teroka...

Pokok Bunga Mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.

Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga tumbuhan saka, tergolong dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Mawar adalah satu bunga baru bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu. Bunga mawar mempunyai bau harum,biasanya mawar kampung (damask rose)mempunyai bau yang paling kuat.Dalam kebudayaan barat, dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta.















Beside, semua bunga Ros ni, there's another Ros yang paling aku cinta & sayang sekali.. 
My Rosli.... hehehe..

Bubye... See you all later... Luv & Hug... :)

Selasa, 19 Jun 2012

1st Anniversary & Balik Kampung



Salam Semuaa..
Dah lama aku tak update.. Bukan apa , 2-3 menjak ni banyak program lak. Bukan program apa pun, program famili... hehe...  Sebenarnya, aku dan suami baru balik bercuti ke kampung suami. Dah lama tak balik kan, balik CNY hari tu je di samping kami menghantar my parent in law balik kampung. Bila dah namanya balik kampung, tambah-tambah kampung suami dekat dengan Kuching, maka banyak la program yang kami buat. Paling banyak bershoppingla.. hehehe...  Ye la, raya dah nak dekatkan. Kami sempatla ke Pasar Serikin di sempadan Sarawak - Indonesia. Banyak baju, kain, tikar dan barang-barang murah yang ada dekat sana. Aku, apa lagi memborong jubah yang ada kat situ, kain songket, tikar, kain samping... huhu.. memang penaattt.. Apa pun, happy la kan, yang penting dapat luangkan masa bersama suami dan famili in law.

Ok, berbalik kepada program kami masa cuti gawai hari tu:
Alhamdullilah..
Ahad
3 Jun 2012
Genap setahun dalam kalendar Masihi aku menjadi isteri yang sah buat suami tersayang.
Setahun hidup bersama suami, semuanya indah belaka, Alhamdullilah. Dengan izin Allah yang Maha Kuasa, kami menempuh kehidupan berumah tangga ini dengan penuh kasih sayang, cinta, hormat- menghormati dan saling memahami.
Alhamdullilah, Majlis Kesyukuran pada petang 3 Jun berjalan lancar biarpun sederhana.  Ada jugakla acara karaoke untuk memeriahkan suasana dan jemputan yang hadir terdiri dari saudara-mara semuanya.One of our kenangan yang manis untuk dikenang bersama suami. Nasib la my suami sangat memahami naluri isteri dia ni nak buat sesuatu yang indah di hari anniversary kami...

Apa pun, yang penting dah buat kesyukuran kan. Semoga Allah SWT panjangkan jodoh kami hingga ke syurga, dapat anak yang soleh dan solehah , dan dapat membina keluarga yang bahagia fit dunya wal akhirah. Ameen.
  


Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...