Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 10 Julai 2012

Anak Angkat

Assalammualaikum & Hai suma...
Ok, hari ni aku nak story sikit pasal anak angkat. Apa yang buat aku terfikir pasal anak angkat ni, adalah sebab aku dan suami belum dikurniakan cahaya mata lagi walaupun dah setahun lebih dah get married. Memangla kan belum rezeki Allah, nak buat macam mana... Tapi, tak salah kalau kita ikhtiar nak tambah ahli keluarga dengan ambik anak angkat ni... Sebenarnya, aku dah lam fikir pasal ni sejak genap setahun kami kahwin, tapi nak buat macam mana, suami belum mahu lagi nak ambik anak angkat. Bagi aku, aku tak mahu tunggu lagi, kalau ikutkan, masa anak dara lagi aku dah ambik anak angkat sorang, tapi nak buat macam mana , tak kesampaian kan.. Sekarang, suami dah tanggung hidup kita, maka kenala minta pendapat suami ye tak... hehe...
Sebenarnya, suami aku ni nak keturunan dari dia jugak.. aku pun sama, cuma dia takut kalau ambik anak angkat perempuan nanti, tak bernasab... so, suatu hari aku ada terdengar dalam radio pasal kalau nak jadikan anak angkat kita ni mahram, kena menyusuinya masa dia bayi. Aku pun terfikir la benda ni dan bagitahu suami, but suami aku masih berfikir dan berfikir lagi.. huhuhu.. seo, sekarang, aku tengah nak pujuk suami aku ni... hehe...
Apapun, ini yang aku dapat bila aku google pasal maklumat lanjut tentang menyusukan anak ni:




PENYUSUAN YANG SEMPURNA 

Terdapat 2 syarat utama yang menyebabkan penyusuan dianggap sempurna dan menjadikan hukum anak angkat seperti anak sendiri : 
1) Penyusuan berlaku sebelum bayi berumur 2 tahun. Ia berdasarkan hadis mauquf kepada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Darul Qutni “Tidak dikira penyusuan melainkan sebelum bayi berumur 2 tahun.” Ibnu ‘Aamir al-San’aani berkata di dalam kitabnya Subul al-Salam bahawa penyusuan tidak dianggap sempurna kecuali dalam tempoh 2 tahun pertama bayi tersebut. 
2) Bayi mestilah menyusu paling kurang sebanyak 5 kali kenyang. Ini berdasarkan hadis mauquf kepada Aishah r.a yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ( no 1452 ) katanya,“Pada peringkat awal penurunan al-Quran, penyusuan yang sempurna adalah 10 kali yang mengenyangkan kemudian ia dinasakhkan (dibatalkan) hukumnya kepada 5 kali kenyang, sehinggalah Rasulullah s.a.w diwafatkan.” Di dalam kitab Subul al-Salam juga diterangkan bahawa penyusuan yang mengenyangkan dikira apabila bayi mula menyusu dan berhenti dengan sendiri apabila ia kenyang. Sekiranya terhenti disebabkan bersin, terbatuk atau sendawa, kemudian menyambung penyusuannya, ia masih dikira sekali.

IBU ANGKAT TIDAK MEMPUNYAI SUSU

                Ramai yang mengambil anak angkat disebabkan tidak mempunyai zuriat setelah lama berkahwin. Oleh kerana mereka tidak mengandung, maka tidak mempunyai susu untuk dilakukan penyusuan kepada anak angkatnya. Kepada mereka ini, ada 3 nasihat penting, moga-moga dimanfaatkan.
      Fahamilah bahawa ini adalah salah satu bentuk ujian Allah kepada anda. Ada pasangan yang diuji memiliki zuriat, tetapi mengidap penyakit yang kronik. Ada pula yang diuji dalam bentuk anaknya yang sihat, tetapi menagih dadah apabila dewasa. Ada juga diuji dengan anak yang membesar dengan sihat dan berjaya, tetapi derhaka kepada orang tuanya. Sesungguhnya kehidupan ini adalah medan ujian Allah terhadap hambaNya dalam musafir menuju akhirat yang kekal. Teruskan usaha dan jangan lupa berdoa kepadaNya.
     Ibu angkat diharuskan memakan ubat yang mengeluarkan hormon bagi menghasilkan susu dengan syarat mendapat nasihat daripada doktor muslim yang pakar dan amanah.

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...