Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 2 Julai 2021

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys..

Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 orang anak angkat yang Masya Allah cantik hensem sihat walafiat... Mudah- mudahan menjadi anak yang soleh dan solehah...

 

Banyak memori, cabaran dan dugaan yang ditempuhi bersama sehingga ada yang menggugat hubungan juga, namun alhamdullillah dengan semua dugaan ini membuatkan dewi dan suami jadi lebih kuat, lebih sayang dan lebih cinta. Semoga keluarga kami sentiasa dalam redha Allah SWT dan semoga dewi dan suami dikurniakan zuriat darah daging kami sendiri.. Doakan yee…

Nak dijadikan cerita, selepas tarikh last 12.01.2021 kami buat treatment di Bintulu Medical Centre, dewi pulak sibuk dengan urusan kerja… Ye la masa tu Kerajaan start plan nak buat program vaksinasi, so , pejabat kami memang pulun habis kerja keras buat persiapan untuk program ni.. sehinggalah dewi lupa , dan tak sempat pun nak buat program kesuburan.

Sebenarnyakan, bila kita bercerita nak buat program kesuburan ni rasanya macam si isteri je beria –ria nak buat… Macam suami dewi pun sama, dia tak akan mulakan kalau kita tak suggest dulu… Tapi nasib baik sebab dah rasa 10 tahun kahwin belum ada rezeki anak sendiri, suami dewi pun okay je.. so, dia follow the flow lah… Hehe. Cuma yang jadi kerisauan kami, bajet nak buat rawatan ni… Bila google , search dan dengar cerita dari orang yang berpengalaman , belanja memang ribu – ribu, belasan ribu.. tu pun kalau nasib baik sekali buat sukses… Kalau tak kena mulakan lagi program tu dan habiskan lagi belasan ribu…

So.. masa ni, dewi dan suami selalulah cerita pasal ni…

Dan sebenarnya, dewi decide nak buat rawatan ni bila dewi tak tahan dengan kerja di office… Kerja dah la banyak, kemudian selalu kena pulak dengan boss yang cerewet, subhanallah memang ujian sungguh.. sampai rasa nak resign pun ada sebab terlalu stress,..  hati dewi ni selalu je rasa dicucuk sembilu sebab terlalu pedih kata – kata boss kalau dia naik angin… setiap kali ada isu memang dewi menangis… sebab tak tahan stress kerja, tak tahan asyik kena sindir, tambah pulak tak tahan dengan penat dewi ulang – alik kerja jauh nya dekat 140 km ulang alik, kena jalan masuk ladang lagi.. weekend pulak ada kerja… memang sangat menduga iman , sabar pun rasanya dah nak hilang… so…. Bila dah terasa penat sangat, dewi rasa dewi kena tukar focus pada keluarga pulak… tak payah fikir sangat kerja… then bila mengadu dengan suami, suami pun kata ikut ayang nak buat apa… asal ayang happy… huhuhu… Of course la dewi nak buat rawatan dan dewi nak cuti 2 – 3 bulan tanpa gaji buat rawatan ni…

Bila dah decide macam tu, dewi mula lah buat research dekat mana klinik di Sarawak ni yang ada buat Program Fertiliti. Last – last teringat dengan seorang kawan ni, dia pernah buat program IVF ni sebanyak 5 kali… tapi ada satu kali je berjaya dapat seorang anak.. Sebelum tu dan lepas daripada tu tak lekat.. Nervous pulak dewi dengar dia cakap susah nak lekat. Peratusan nak berjaya tu pun ikut rezeki jugak.. So, dapat tahu kawan dewi ni buat di London Fertility Centre, di Kuching.. Dia pun ada buat program di KL jugak dengan Dr. Hamid Arshat.. Banyak klinik dia buat… Memang dewi rasa sangat inspired bila dengar cerita dia.. Perjalanan TTC dia Tuhan sajalah yang tahu ujiannya.. Bukan mudah ye guys…

So, dewi mula search London Fertility Centre ni…  Dah dapat no cawangan dia di Sibu, dewi call dan alhamdullilah, ngam2 Dr dari Kuching akan datang pada hari Sabtu… So, dewi terus buat appointment.

Ok guys… Next entry dewi cerita pulak pasal first appointment ye… Tak larat dah nak taip.. hehehe...

Lots of Love,

Dewi Lee Hazle

Tiada ulasan:

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...