Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 17 Disember 2012

Anak Angkat ~ Again

Salam...
Hari ni dewi, nak ceta sal anak angkat. Aceli, dewi dah kongsi dah entry sal anak angkat ni dulu... Jap eaaa... cari jap link nye...
Ok....
Ini dia... hehehe..
http://leedewihazzel.blogspot.com/2012/07/anak-angkat.html

Sebenarnya, dewi dah lama nak ambil anak angkat ni... tapi, suami tak nak coz nikahnye baru je kan.. Bukan apa, terasa sunyi sangat kat umah , tambah2 duduk kat estet kan.. lagi laaa sunyiii... nak buat macam mana, suami tak nak angkat dulu.. so, tunggu je laaa..huuhuhuhu..
Kahwin dah setahun setengah tau... umur dewi 25...rezeki belum ada lagi.. memangla masih awal kan.. tapi, hati ni haa.... bergelora tau nak ada anak sendiri.. hanya orang yang nak anak je paham kan.. semua orang sekeliling dewi cakap, alaaa, awal lagi laaa.... orang lain sampai puluh tahun tak ada anak.. (pulak dah..) sebab dewi tak nak jadi macam tu la dewi tak nak tunggu ye tak.. 
Maybe dewi ni ada masalah kesuburan, atau suami, tapi, dah buat pemeriksaan kat hospital, doktor cakap ok je.. Memang belum rezeki kan...

So, pasal ambik anak angkat ni... dewi nak pujuk lagi suami & dewi cakap cukup 2 tahun dewi tak pregnant lagi, bulan 6, 2013 dewi nak angkat sorang..  Tak kisah la laki ke perempuan ke, asal sihat je... Suami diam je .. hehehe... Maksudnya ada 6 bulan ahead yang dewi kena sabaaaar banyak2... Dalam masa 6 bulan ni, dewi akan cuba kuruskan badan, dan kurangkan berat badan, ambik supplement sikit & usaha lagila sampai pregnant. Jeles tau sebenarnya bila kita tengok orang lain bahagia je dengan anak diorang but i'm not.. memang la relax jeee, tapi kalau kita ni, kalau anak dara tak apa la jugak..umur dah nak masuk 30 dah.. huhuhu. Sapa nak jaga masa tua nantikan... hurrrmmmm..


Dewi sekarang banyak googles pasal prosedur ambik anak angkat kat Malaysia ni.. InsyAllah, ada rezeki ada la tu nanti penyeri rumah kan.. Dewi nak ambik anak angkat yang masih bayi lagi la.. Kalau boleh yang baru lahir,.. :) ... Ingat nak tengok kat rumah anak yatim gak... tak tau laa macam mana... Tapi, dalam pada tu dewi kena buat pemeriksaan doktor and buat rawatan hormon untuk pengeluaran air susu coz dewi tak mau anak tu jadi ajnabi kat rumah,.. jadi ibu susuan, maka halal dah semua nya kan... 




Okla, dewi sebenarnya nak kongsi perasaan nak jadi ibu ni.. hehehe... bergeloraaaaa dalam hati tau.. cakap kat suami, dia diaaaam je.. aduyaaaii... tak ape la, apa2 hal, nanti dewi update lagi ye.... daaa...

Love & Hugs;
dewileehazzel

Taman Impian



Hai semuaaaaa.. Hari ni dewi nak cerita sikit pasal “Taman Impian”... wahhh.. macam awesome je bunyi tajuknya kannnn?...hehehe.... apapun, “Taman Mini” la yang dewi maksudkan.. Rasanya semua orang suka tengok pada keindahan.. Dewi sangaaaattt sukaa dengan keindahan alam semula jadi.. kalau disuruh pilih dewi nak bercuti kat mana, dewi lebih prefer kat tempat yang nature dia memang indah dengan alam semula jadi & banyak bungaa... & impian dewi nak pergi visit taman-taman tercantik di dunia macam kat


1.The Skagit Valley, Washington.


2.Royal Botanic Gardens, Kew, Inggeris.


3.Golden Gate Park, San Francisco.


4.Keukenhof, Belanda.


5.Btchart Gardens Victoria,British Columbia.



Cantekkkk sangaattt bunga2 kat situ. Moga Allah SWT bagi dewi dan suami kesempatan nak g sana...
Ameen...

Okla, berbalik ke “Taman Impian” dewi tadi, dewi sekarang dalam proses nak buat taman mini kat umah... ada laa ruang kosong kat depan rumah dewi and kat tepinya... tapi, dewi nak buat taman yang save bajet.. yang tak keluar bajet banyak laa... sekarang dalam awal pembuatan so tak banyak la yang dewi nak kongsi. Dewi banyak la google pasal macam mana nak buat taman ini... kata orang nak buat taman yang cantik kena keluarkan banyak bajet...bagi dewi apa yang penting, kalau kita pandai jaga bunga, pastu tahu bunga mana yang boleh mewarnakan taman kita and kat mana nak dapat benih bunga dengan jimat, and guna apa aje benda yang terbuang yang boleh kita buat pagola or kayu2 yang boleh dapat kat belukar.. nak senang suh la suami buatkan, kalau suami pandailaa.. hehehe..
Sekarang, dewi kena keluarkan bajet nak beli bunga & curahkan segala idea nak dapat taman yang dewi impikan.. Paling penting, tak boleh harapkan suami or orang lain laa... kita sendiri yang buat.. balik keja terus turun kat tanah tu.. buat lambat2 pun takpa, asal hasilnya nanti perfect kan.. tak payah nak perfect sangat laaa, asal cukup memuaskan hati kita & cantik dipandang, itu dah cukup..

So, sapa2 yang teringin nak buat garden sendiri tu..jangan putus asa.. sebelum ni dewi minat, tapi tak addict sangat... sekarang dewi dah addict sangat nak buat garden ni, so... sama2lah kita berusaha.. chaiyok222... usaha tangga kejayaaan... hehe.. nanti dewi update la apa2 kalau dah jadik ye. Doakan semoga dewi rajin nak buat semua nii.. ameen...

Love & Hugs;
DewiLeeHazzel

Jumaat, 14 Disember 2012

REDHA & SYUKUR



Setiap kehidupan menghadapi cabaran, dugaan dan ujian.. Terpulang kepada kita bagaimana untuk menghadapinya. Allah SWT berikan ujian kepada kita tanda Dia sayangkan kita dan Dia mahu kita faham bahawa Dia rindukan kita untuk beribadah padaNya dan mengingatiNya... Kita sebagai manusia biasa perlu faham dan jangan salahkan takdir atas segala apa yang berlaku. REDHA lah dengan apa yang terjadi.. Kita hanya merancang , Tuhan yang menentukan...  Allah itu Maha Adil..

Tidak semua kita ada kehidupan yang indah, dan tidak sepanjang waktu hidup kita penuh dengan warna-warni. Biar kaya bagaimanapun, pasti ada berlaku kesempitan, biar bahagia bagaimanapun,  pasti akan ada masa berlaku kecelaruan. Setiap apa yang berlaku ingatlah Dia yang Satu, yang menjadikan sesuatu atas kehendak Dia yang Maha Esa. Allah tidak saja-saja bagi kita bahagia dan derita... Pasti ada hikmah di sebalik semuanya... Yang bahagia dan yang sihat, sentiasa beringatlah kerana...


" Daripada Ibnu Abbas r.a , beliau berkata : Nabi s.a.w bersabda : 
Ada dua jenis nikmat yang selalu disia-siakan oleh sebahagian besar manusia, iaitu nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa "

Yang derita, bersyukurlah kerana Allah sayangkan kita... Dia nak bagi kita pahala lebih dari orang yang hidup senang... Dia nak kita ingatkan diri kita sentiasa berdoa dan meminta padaNya..


"Berdoalah kepada-Ku .. nescaya Aku menerima doamu. - Surah al-Mukmin /Ghaafir :60 "

Setiap yang berlaku itu pasti ada sesuatu yang tersirat. Kita hanya perlu mencungkil apakah yang tersirat itu. Jawapan yang pasti mengambil masa yang panjang untuk kita ketahui. Itulah rahsia Allah. Allah Maha Mengetahui apa saja di dunia ini.

" Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya , di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkannya bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu."
" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu , melainkan telah sedia ada dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya. - Surah al-Hadid:22 "

"Katakanlah (wahai Muhammad) : Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami."

Sesungguhnya , kesusahan, derita, musibah  yang menimpa kita itu dapat membuka mata hati untuk lebih mensyukuri nikmat yang Allah berikan dan agar kita sentiasa menghargai setiap detik yang berlaku dalam hidup ini. 

Kemewahan yang Allah kurniakan , kadangkala membuatkan hati dinodai rasa tamak. Hindarilah tamak haloba itu dengan rasa syukur padaNya, dirikanlah solat kewajipan kita, berbaliklah kepada ajaran agama, infakkanlah harta ke jalan Allah dan diredhaiNya. Semoga rezeki kita sentiasa diberkati. Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah.... sentiasalah beringat dan muhasabah diri. Allah Maha Mendengar setiap rintihan hambaNya.

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan , “ Sesungguhnya jika kamu bersyukur , nescaya Aku akan menambahkan (nikmat) kepadamu , tetapi jika kamu mengingkari (nikmatku) , maka pasti azabKu sangat berat”. Surah Ibrahim:7

Allah Ta’ala berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ

Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat.” (QS. Al-Baqarah: 153)


Doa Menghadapi Kesulitan:


اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً


Allahumma Laa Sahla Illa Maa Ja'altahu Sahlaa Wa Anta Taj'alul Hazna Idza Syi'ta Sahlaa

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan."




Kata-kata hikmah untuk membantuku dan suami redha dengan apa-apa pun yang berlaku...

 "Terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu dan jadikanlah dirimu daripada orang yang bersyukur.- Surah al-A'raf:144"

"Hendaklah kamu berazam dan kemudian bertawakallah kamu.- Surah al-Imran :159"

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan ) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan. - surah al-Insyirah" 

"Kerana itu , ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku." surah al-Baqarah: 152




Rabu, 12 Disember 2012

Pegawai Tadbir Negeri

Assalammualaikum & hai semuaa.

Hari ni dewi nak story sikit pasal Pegawai Tadbir Negeri ni... Pegawai Tadbir Negeri (PTN) lain tau dengan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Dewi dapat tahu ni pun sebab dewi dah ada pengalaman buat permohonan Pegawai Tadbir Negeri dengan Pegawai Tadbir Diplomatik. Sangat berbeza la... Skop tugas dengan deskripsi gaji pun lain.  

Antara perbezaan nya ialah:

1. PTN untuk Kerajaan Negeri , PTD untuk Kerajaan Persekutuan.

2. Permohonan PTN dibuat di Laman Web Kerajaan Negeri. Contohnya kalau Sarawak, E-Recruitment  ( http://erecruitment.sarawak.gov.my/eRecruitment3_public/AnnualPostView_Browse.jsp ) . Permohonan PTD pula dibuat kat laman web SPA8 tu...

3. PTN ni dia punya prosedur recruit sama je dengan PTD.. Ada 4 tapisan. Kalau lepas satu baru kita ke next stage.. Mula-mula, Ujian Bertulis, Ke-2 Assessment Centre, Ke-3, Ujian Psikometrik, Ke-4 baru Temuduga.. Tapi, PTD punya ujian bertulis lagi susaaaaahhhhh..... hehehe... PTN senang je, tp byk soalan yang mencabar minda la, bukan fakta sangat pun, dia cuma nak tau kematangan fikiran kita je... Kalau soalan ujian PTD memang mencabar la, kena hafal banyak fakta tentang Malaysia dan Isu Semasa.. Kalau PTN ada jugak la, macam dewi ambik kat Sarawak, banyak la soalan pasal Sarawak dan Isu Semasa kan.. hehe...  baca jugak la pasal Kerajaan Persekutuan dan Perkhidmatan Awam.

4. Assessment Centre PTN dgn PTD memang lain la.. Kalau kita lepas exam tu, baru dapat panggilan untuk assessment ni.. Assesment ni kalau ikutkan tym dewi assesment PTN Sarawak dulu, ada 5 seksyen. 

Seksyen 1 : Dia bagi masalah & kita selesaikan.. begini contoh soalannya, 

"Kita ditempatkan di suatu tempat yang dunia ini akan berakhir, kemudian ada satu pesawat ni yang boleh bawak cuma 7 orang untuk mewujudkan tamadun yang baru di suatu tempat yang lain.. Siapa yang kita akan bawa, lepas tu dia ada lah bagi senarai pekerjaan orang yang kita nak bawa dan kriteria dia contohnya.
1. Anak Kecil , 3 tahun. (perempuan)
2. Pesara tentera yang hilang kaki sebelah, 35 tahun.
3. Petani, 55 tahun (lelaki)
4. Lawyer, 37 tahun (perempuan) 
5. Juruterbang, 40 tahun (lelaki)

adalah beberapa orang lagi yang saya tak ingat, pilih 7 dan buat alasan kenapa kita pilih dia untuk buat tamadun." Lepas tu kita kena tulis dekat 1 kertas majung & pamerkan kat depan serta jelaskan jawapan kita.. Juri nak tengok kita punya tulisan macam mana tau... Dia boleh tau kita puya peribadi macam mana dengan tulisan kita tu.

Seksyen 2 : Ujian Fizikal & Mental
Dia bagi kita 4 biji batu-bata, 4 helai kertas A4, 2 kaki slotep, gunting. Then, dia suruh kita bina tiang guna kertas dan selepas tu letakkan batu bata dekat atas tiang kertas yang kita dah buat. Buat pertama kali kita dengar arahan, memang tak logikkan, macam mana batu dpt diletakkan atas tiang kertas, 4 biji batu bata lak tu... huhuhu... but kalau kita gulung2 kertas tu dan balut dengan slotep mesti jadi tiang yang kukuh kan... buat 4 or 3 tiang... then letakla batu bata atas tiang tu, confirm jadila... diorang bagi masa 15 minit je...

Seksyen 3: Teamwork & ujian dengar arahan.. Kita bawa batang paip sambil jalan2 and jangan biarkan orang sentuh batang paip kita..

Seksyen 4 : buat artikel kita sendiri dengan tajuk yang mereka beri contohnya 'Konsep 1 Malaysia' & cara kita keluarkan data dari risalah-risalah dan artikel -artikel yang diorang dah sediakan. Diorang bagi masa tau.. 1 jam x salah...

Seksyen 5: Speaking time... hehe..Kita bercakap selama 5 minit kat depan panel... English tau.. so, kalau tahu anda dipanggil untuk Assessment , sebelum datang hafal la 1 artikel selama 5 minit so, time kat situ nanti takla gelabah nak hafal.. hehe...

5. Lepas Assessment, kalau lepas dia akan panggil untuk Ujian Psikometrik dengan Temuduga coz 2-2 tu pada hari yang sama.. Ujian Psikometrik tu macam Ujian Psikologi la.. Kita jawab je dalam tempoh masa diberikan...

6. Temuduga memang tak sama dengan Temuduga PTD.  Temuduga PTN just nak menguji kepetahan kita bercakap sama ada diorang tanya 1 kita jawab 1 or kita elaborate jawapan kita.. Tak banyak fakta yang diorang tanya,. Contohnya soalan tentang siapa kita, aktiviti kita masa assessment, pengalaman kerja, apa tugas-tugas PTN dan pandangan kita tentang isu semasa. Kalau PTD banyak benda nak kena hafal... huhuhu...

7. PTN ni  matlamat  sama dengan PTD, boleh naik pangkat sampai jadi Pegawai Daerah , Ketua Jabatan or Bahagian..
Antara tugas-tugas Pegawai Tadbir Negeri ialah :

a. Merancang dan melaksana dasar-dasar kerajaan.
b. Merancang , melaksana dan memantau event2  yang dibuat contohnya Hari Inovasi.
c. Merancang, melaksana dan memantau lawatan-lawatan orang  kenamaan.
d. Membuat belanjawan tahunan.
e. Menguruskan sumber manusia di bawah tanggungjawabnya.
f. Menguruskan peralatan dan infrastruktur jabatan.
g. Menguruskan sistem ICT dan teknologi maklumat.
h. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa-semasa.

ada banyak lagi sebenarnya, ini yang dewi ingat laa... apa-apa pun, jangan malas buat research ye... study banyak2 sebelum temuduga or ujian or mana2 stage yang kita akan hadiri. Kalau ada rezeki, tak kemana kan.. Berdoa banyak2... Semoga Allah perkenankan hajat kita..
Setiap usaha itu lebih berkat kalau disertakan dengan doa dan tawakal pada Allah S.W.T.
Okla... itu je yang dewi tau.. kalau dewi ada apa-apa lagi yg dewi ingat, dewi update lagi k..
don't forget... just never give up!.. Good Luck...

Love & Hugs...
DewiLeeHazzel



Selasa, 11 Disember 2012

SAHABAT ~ Best Friend Forever


Assalammualaikum & salaaaam sejahtera semuaa...

Entry kali ni, dewi nak share la sedikit pasal sahabat or Best Friend Forever.. Dalam hidup ni, semua orang perlukan kawan , rakan, sahabat mahupun teman.. Semuanya sama je ... just, kadang-kadang tak semua org lucky ada Best Friend Forever kan???... Tak caya, cuba korang pikir korang ade tak kawan yang  susah senang bersama, yang sentiasa ada di sisi kita tak kira apa pun keadaan kita, yang kita boleh share everything (kecuali hal batin la yeee ..hehe) , yang sentiasa sokong dan doakan kita, yang tahu hal peribadi kita tanpa menceritakannya kepada orang lain~~~ tak semua yang ada kan?...
So do I..  (u__u) ... sedihkan...

Masa di kampus dulu dewi ada banyak best friend , yang sanggup kongsi apa saja bersama dewi, Erna, Sarah, Hajijah, Ika, Rina, Azie,Nana, Cik Faz, Linda , Amal, Bella , & ramai lagi laaa... tapi, selepas tamat pengajian kami berpisah.. Dewi of kos balik Sarawak.. Hajijah pun balik Sarawak tapi dia duduk kat Kuching.. Kalau time dewi ada balik kampung suami baru kami jumpa... Sekarang dia dah kawen & ada anak & still, dia tetap one of the best friend yang dewi ada... Yang lain nya, diorang kan orang Semenanjung, mestila kat sane lagi kan, so x dapatla nak jpa selalu....... & kitorang ada jumpa Oktober 2012 hari tu masa dewi turun semenanjung... dewi rindu sangat kat diorang coz masa duduk kat hostel kampus dulu, diorang ni sangat mengambil berat semua hal dewi, and diorang sangat menjaga dewi...Susah nak cari kawan macam diorang ni... makan, pergi kelas, study pun always bersama... & apa yg dewi x boleh lupa diorang buat surprise birthday dewi... sweet kan diorang~~ (n_n)




And now, dewi duduk kat Sarawak ni, dewi susah nak contact balik kawan2 yang sama sekolah dulu, bukan apa, semuanya dah ada kehidupan masing2, ramai yang dah kahwin, dah ada anak, & dah ada kerjaya masing...and also semua dah ada kawan2 baru, tempat mereka luahkan perasaaan, sampaikan dewi pun segan dengan mereka, tak seperti masa dulu2... Keadaan dah berubahkannn... But,dewi still keep in touch ngn diorang.. & dewi sangat bertuah coz masa sekarang dewi dapat kenal kawan-kawan macam Kak Eja, Kak Ena, Enah, Ina, Ryma, Nisa, Nora, Andon, Mimi and a few nama yang dewi tak nyatakan kat sini... Kadang2 dewi teringin nak kongsi everything kat mereka but tak jadi, coz dewi takut membebankan diorang dengan hal-hal peribadi dewi.....





So, buat masa ni, dewi  kadang2 simpan masalah sendiri & still dewi masih ada suami tempat mengadu kasih.. dewi tak rahsiakan apa2 dari suami, dewi ceritakan semua hal yang buat dewi sedih dan kecewa.. & dewi rasa sangat2 lucky coz dialah kekasih,sahabat dan teman yang sangat2 memahami dan menerima dewi seadanya kalau dewi tak ada kawan tempat nak share...

Sebenarnya, dewi cemburu & terasa sangat lonely bila kawan-kawan ada BEST FRIEND FOREVER masing2 but dewi have nobody... cemburu bila mereka keluar bersama tanpa pedulikan dewi even dewi pun sahabat mereka.. dewi juga cemburu bila mereka address diri masing2 as BFF even dewi pun sebenarnya one of them... dewi rasa kecil hati bila tiada siapa nak care & keep in touch with me walaupun selalunya dewi yang mulakan dulu untuk contact all my friend.. tambah-tambah sekarang dewi duduk kat estet dengan suami, so terasa sgt lonely... ada jiran di estet but they don't know detail on me ..takda kawan tempat nak bercerita & sometimes dewi berkongsi cerita dengan kawan seofis yang baru kenal dengan dewi & sometimes dewi rasa tak selesa nak bercerita banyak hal.. 

Lain la kalau dengan BFF kan... dia tau kita dari dulu hingga sekarang... dia tak pernah simpan dendam, dengki or tak puas hati.. dia sentiasa contact kita even kita tak contact dia dulu... dia sentiasa care masalah kita even bukan masalah dia.... & dia sentiasa support kita in what ever we do.. also dia always membantu kalau kita dalam kesusahan...
Hhhhurmmmmmm...susahnyaaa nk dapat Best Friend Forever yang susah senang bersama ni kan...... hurmmm.... (u__u)

But, apa-apa hal kita mesti berbalik kepada Allah yang Maha Esa... Kita mesti percaya setiap kesulitan itu Allah sertakan dua kemudahan.. setiap tangisan itu pasti ada ketawa di hujungnya.... setiap keresahan itu pasti ada kelapangan menanti... so, apa-apa yang terjadi, ada BFF ke tak ada ke, just keep going on... dunia belum berakhirkan?...so keep smile...
& apa yang pasti , dewi sentiasa sayangkan kawan-kawan dewi &
suatu masa, my friend will know, how much I LOVE THEM... & just keep loving & supporting them in what ever they do...

Love & Hugs..
Dewi Lee

Wondergirls World Tour Malaysia

Hai...semuaaaa...
Okeh, kali ni dewi excited nak story sal Wondergirls nih... Hari tu dewi g konsert diorang kat Stadium Negara tau... Memannng Superbbb!!!.. First time tengok diorang live kan?... sape tak syok tengok artis idola kat depan mata..Sanggup tu beli tiket flight & tiket konsert yang mahaaal.. but, thank you to my hubby sebab dia kasi can bini dia nak tengok Wondergirls... hehehe...
Hari tu kitorang cuti seminggu... Nantila, next entry dewi cite kitorang gi mana yee... Yang penting sekarang dewi nak share bagaimana hooot nya konsert tu.. hehe.. O yee, lupa nak cakap, konsert tu diadakan pada 13 Oktober hari tu... hari Sabtu... Esoknya, 14hb kitorang kena gerak balik Sarawak... Tapi, kita org naik awal ke KL, 6 Oktober dah sampai sana dah...

Berbalik kepada story Wondergirls ni tadi.... Konsert nya start kol 7.30  malam tak salah.. tapi kitorang dah gather awal kat depan stadium.. Then, habis kol 9 lebih... Hubby dewi tak tengok, dia jejalan ngan member dia.. Dia just hantar & ambik dewi je... Sepanjang konsert tu memang tak berhentila menjerit... hehehe.. semua lagu kitorang nyanyi sekali.. fanchant memang superbla.. tambah2 lagi dewi dapat duduk seat depan sekali kan.. lagi laaaa.... hehehe... yang tak boleh lupa tu, dapat pegang tangan si Yenny...bessssttt gilaaa.... also dapat ber eye-contact dengan Sohee,Lim,Sunye,Yubin.. perggghhhh...lagi laa tak tidur malam dibuatnyaa.. hehehe...
Malam tu Wondergirls pakai baju kurung tau.. Comel , ayu, cantik, lawaa & yang sewaktu dengannya lah... Kami punya la terkejut gila tengok diorang naik stage pakai baju kurung.. siap baling gula-gula lak tu... hehehe.. memang fun gile laah... berbaloi sungguh dewi dapat g konsert Wondergirls nih..
Nak tengok sendiri tak kemeriahan konsert tu?.. Layan yeee pic2 di bawahhh... hehehe...
























Hazle's Honeymoon 2 (Selangor & Perak)

Sekinchan, Selangor...
 ni kampung kawan... ni tempat drama Nur Kasih tu dibuat...










Perak

Alang2 dah nak sampai Perak, kami terusla ke Perak..
lawat Menara Condong kat Ipoh..
tqqq sayangku Bella kerana sudi bawa kami pusing2..







Oklaaa... dewi kongsi sikit je laaa yee.... karang penat korang nk tgk gambar je.. hehe... btw, thank you sebab sudi membaca.... loveee & hugsss.... 
"Lee&Dewi"

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...