Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 23 Mei 2018

Anak Angkat Hazle

Assalammualaikum..

Alhamdullillah..

Untuk kesekian kalinya, dewi dan suami bersyukur dengan anugerah Allah SWT yang terindah..
Untuk reader yang baru membaca, tahun 2018 ini tahun ke 7 dewi dan suami mendirikan rumah tangga.. Alhamdullillah, pelbagai nikmat Allah SWT dah kurniakan untuk dewi dan suami dan kami amat bersyukur dengan segala rahmat dan kasih sayang yang Allah kurniakan kepada kami..
Cumanya.. 7 tahun bersama belum ada tanda-tanda untuk kami menimang zuriat sendiri..
Tapi, tak mengapa.. kami positif.. kami cuba mencari cara lain untuk menghilangkan kesunyian di rumah.. Sebenarnya suami dewi okay saja kalau tak ada anak, tapi dewi ni yang emosional, hari-hari cakap sunyi.. kemudian bila tengok kawan-kawan post gambar anak boleh pulak cemburu menangis sendiri... Dan dewi pun memikirkan masa tua, siapa yang nak jaga dewi dan suami nanti.. Kalau boleh dewi nak ramai anak.. Dalam 6 orang anak... (Mampu ke nak jaga?.. hehehe) Sebab terlampau sunyi rasanya...Akhirnya suami kata, kalau anak orang lain suami tak nak, kalau anak saudara atau adik beradik baru dia izinkan untuk angkat anak.. Bukan senang nak jaga anak orang.. tapi disebabkan hati ini yang keras sangat nak ada anak, maka kami cuba cari jalan..

Alkisahnya dewi dan suami mengambil 2 orang anak angkat dalam tempoh 7 tahun ini.. 
Anak-anak Miracle kami.. 
Anugerah Terindah dari Allah SWT.

Anak yang pertama diangkat pada 17 Februari 2014.


Ros Alisha Hazle Rosli 


Anak yang kedua diangkat pada 28 Januari 2018.

Zayn Al Hazle Rosli


Yang specialnya.. kedua-dua anak angkat kami ni adik beradik kandung.. Alhamdullillah...
Keduanya kami ambil bukan dari lahir... Ros Alisha Hazle kami ambil masa berumur 11 bulan.
Zayn Al Hazle kami ambil masa berumur 1 Tahun 8 bulan.. Alhamdullillah, Allah SWT telah membuka pintu hati kakak dan abang ipar suami dewi untuk memberikan anak mereka kepada kami... Pada mulanya memang sukar nak pujuk kedua kakak ipar dan suami nya, tapi atas kuasa Allah SWT kami berjaya juga dengan izinNya.. Sejak dari mereka lahir kami pujuk... Alhamdullillah selepas 8 bulan dan selepas 1 tahun 8 bulan, mereka terbuka hati nak berikan anak mereka kepada kami.. Bila mereka kata ya, kami terus bergegas balik kampung dan membuat proses pengangkatan.. Bukan senang kakak ipar dan suaminya nak lepaskan anak mereka kepada kami,.. Tapi , kami berjanji dengan mereka, yang kami akan jaga anak mereka sebaiknya, memberi pendidikan yang cukup dan menjaga mereka seperti anak sendiri.. Sampai saat ini, dewi dan suami juga tak suka kalau orang kata kedua mereka anak angkat kami walaupun hakikatnya memang betul mereka anak angkat kami.. Bukan disebabkan malu, tapi mungkin kami tak nak bila orang sebut-sebut begitu, seolah-olah mencipta satu halangan untuk kami mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi untuk kedua anak kami ini..

Walau bagaimanapun, kami amat berterima kasih dengan kebaikan kedua ipar kami dalam berkongsi kasih.. walaupun kadang-kadang, kami tak mahu kedua mereka rapat dengan ibubapa kandung mereka..(jahatkan kami.. hehehe) tapi kami suami isteri mencuba sedaya upaya untuk ikhlas berkongsi kasih sayang dan menerima hakikat bahawa mereka juga punya ibu bapa lainnya..

Dewi pun pernah mengatakan pada anak yang mereka punya 2 orang ayah, 2 orang ibu.. Dewi pun ajar anak-anak dewi untuk panggil Ibu Kandung mereka Mak... Bapa Kandung mereka Apak.. Walaupun hati dewi ni kadang-kadang cemburu bila balik kampung, anak-anak lebih suka untuk dekat dengan keluarga kandung mereka, tapi keluarga kandung mereka cuba untuk menjauhkan diri sedikit demi sedikit untuk menjaga hati kami.. Suami pun selalu nasihat, nak buat macam mana, itukan darah daging mereka, pasti anak-anak dapat merasakan bonding di antara keduanya dengan keluarga kandung mereka.. Darah yang sama mengalirkan.. Insha Allah dewi dan suami akan mencuba untuk ikhlas kerana ini lah hakikatnya bila kita mengangkat anak orang terutama anak kepada adik beradik kita sendiri.. Kita terpaksa berdepan dengan kemungkinan anak-anak akan kembali kembali kepada keluarga kandung atau rapat dengan keluarga kandung berbanding dengan kita.. (Itu anggapan negatif dewi lah.. cuma kalau kita banyak berdoa supaya anak-anak ingat kita menjadi anak yg soleh dan solehah , Insha Allah.. semua anggapan negatif itu tidak akan berlaku..)

Semoga keikhlasan dewi dan suami menjaga kedua anak angkat ini diterima oleh Allah SWT..
Semoga keluarga kami berbahagia hingga ke JannahNya..
Amin-amin Ya Rabbal Alamin..

Okayla.. sekian saja sharing hari ini.. 

Love... 

Ibu...

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...