Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 30 Ogos 2010

~dengki @ x puas hati?~

Bukan senang nak puaskan hati semua orang...Bukan jugak senang nak kenal dan fahami hati budi orang.. Kadang-kadang org yang pernah kita sayang pun kita tidak akan faham dan kenal maksud hati dia yang sebenarnya... Itulah yang menyebabkan perkara yang tidak diingini dalam hidup berlaku.. Terlalu percaya dengan org sehinggakan diri tertipu , terpengaruh tanpa ada usul periksa dan terus menerima kenyataan itu sebulat-bulatnya..

Memang tidak dinafikan, ada yang tak puas hati melihat kebahagiaan kami...dan dengan sengaja mencari pelbagai cara nak hancurkan hubungan ini..yang peliknya bila benda yang tidak diingini itu berlaku dan tidak mampu menggugat cinta ini, kami yang dipersalahkan... dikatakan pandai berlakon, menipu....or wat so ever...Sedangkan apa yang kami tahu manusia tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan..kami sedia memaafkan kesilapan masing-masing biar seberat manapun, kerana kami tahu, cinta kami lebih kuat daripada kesilapan itu sendiri..

Buat apa nak hancurkan hubungan org bila diri itu tak mampu nak dapat kebahagiaan seperti mana yang dimahukan..buat apa nak mengungkit kisah lama kiranya itu memang bukan jodoh kita...jangan kerana pernah dititlekan sebagai pasangan bercinta, dengan sewenang-wenangnya cuba menggugat hubungan cinta kami ini dengan sengaja mereka-reka cerita yang tidak ada... Jangan kerana sakit hati diputuskan suatu masa dulu, dengan sengaja nak balas dendam untuk melihat kami menderita....Ataupun, ada niat untuk merampas kembali dan menghancurkan cinta kami dengan niat untuk memiliki semula kerana melihat hidup telah bertambah selesa.

Sesungguhnya Allah bersama org yang benar dan ikhlas dalam bercinta,,,... Niat kami dalam cinta ini cuma 1, mendapat redha Allah sebagai pasangan yang sah sehingga akhir hayat kami.... Kami tidak ingin berdendam atau menyimpan buruk sangka...akan tetapi, janganlah berterusan mengganggu cinta kami.. Cukuplah dengan cara yang paling hina yang pernah dilakukan untuk menghancurkan cinta kami...Cukuplah dengan semua tipu daya yang sengaja direka untuk memisahkan kami.... Jangan gunakan rupa atau kelemahan kami untuk memerangkap kami sebagai si pesalahnya dan seterusnya menimbulkan syak wasangka dan fitnah untuk meruntuhkan hubungan kami....Jangan menuduh kami sebagai org yang sengaja menghantar diri kepada perkara yang kami tidak diingini. dan tolonglah jangan show-off dengan apa yang telah dilakukan dengan niat untuk menyakitkan hati kami....Hanya Allah yang tahu apa yang berlaku..dan kami percaya itu semua adalah dugaan dariNya untuk menguji sejauh mana cinta kami antara satu sama lain..Kami redha dengan apa yang berlaku.....

Insya-Allah,dengan izin Allah SWT, kami tidak akan tunduk dengan muslihat-muslihat itu.. Kami tidak akan biarkan ianya menghancurkan cinta ini...Kami akan tetap bersama untuk mempertahankan cinta ini selagi Yang Maha Esa mengizinkan..Hanya mati yang dapat memisahkan kami...kerana kami yakin cinta itu tetap ada hingga ke akhirnya untuk kami....dan kami sudah memaafkan apa yang berlaku....dan  Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa org-org yang dengki dan tidak berpuas-hati dengan adanya cinta kami ini....~Ameen~

Tiada ulasan:

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...