Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 18 Jun 2010

PERTEKOLAN

27 Mei 2010 (Khamis)
Mulanya kalau ikutkan perancangan memang terus bertunang, 
akan tetapi disebabkan kekangan waktu dan percaturan adat maka majlis mengikat tali janji seumur hidup dimulai dengan Majlis Pertekolan... (majlis buka mulut ta org sarawak)..Majlis dihadiri oleh kedua-dua ibu bapa pihak lelaki dan perempuan, wakil bagi pihak lelaki dan perempuan, ahli keluarga terdekat dan sahabat yang sempat dimaklumkan akan majlis tersebut.
Mengikut adat, majlis dimulai dengan bacaan doa dan buka mulut tentang maksud kedatangan pihak lelaki.
Pihak lelaki membawa sebentuk cincin tekol @ cincin tanda, wang buka mulut sebanyak RM50 dan wang adat sebanyak RM100. Hantaran diterima oleh wakil pihak perempuan dan cincin disarungkan oleh ibu si teruna ke jari manis si gadis..maka...bermulalah episod hidup sebagai tunangan orang dan semoga pertunangan ini hingga ke jinjang pelamin hendaknya dan semoga jodoh ini berpanjangan hingga ke akhir hayat.

The Beginning of Our Days Together

~CINTA PERTAMA~
~LEE  & DEWI~
Bukan senang nak semai cinta... semuanya bermula 10 tahun yang lalu,
bila hati keduanya tercuit untuk menjalin cinta...
Masih ku ingat memori itu..
Penghujung tahun 1999, aku mengenali dia...
Rosli Bin Ismail namanya..
Ayah berbangsa Melayu, Ibu berbangsa Iban..
dan dia Islam..
Berasal dari Rumah Panjang Mupung.
Dia sering ke kuarters kami (Kuarters No.8, SMK Bandar Bintangor, ayahku bekerja di sana)
memandangkan si dia berkawan dengan dua orang pak cik ku yang bersekolah di situ..
Waktu itu, aku baru darjah 6, baru nak duduk UPSR. Tapi sudah menerima usikan dari kedua pakcik aku dengan si dia...
Hasil usikan kedua pakcik ku itu, aku mula tersipu.. si dia pun begitu... akhirnya kami mula memendam rasa tanpa siapa pun yang tahu.

Februari 2000...
Bulan yang memberi erti mengenali erti cinta yang sebenar..
biarpun cinta monyet semata namun, kasih yang disemai tiada penghujungnya...
Dia mula memberanikan dirinya..
Menyatakan bahawa dia suka..
Yang pasti pada masa itu, aku juga ada admire yang lain.. (namaku rahsiakan)
Si dia dan admire ku mula tidak bertegur sapa padahal sebelumnya mereka berkawan..
aku pun tidak tahu punca..  Si dia kata kerana aku... (^_^!)
Entah aku pun malas hendak bercerita.. 

Bila si dia pasti, kami mula berutus surat cinta..
Membuatkan rasmi bahawa aku yang dia puja..
Dan aku juga mengatakan ya.. dan kami mula melafazkan cinta walaupun secara rahsia...
Namun, kawan2 mula tahu... ibubapa ku juga tahu... keluarga dia pun mula tahu...
bahawa kami pasangan bercinta...
aku dan dia bercinta tanpa bersua muka..
hanya sekali kami keluar bersama sepanjang cinta monyet itu..
dan berhubung hanya melalui surat cinta.
 Si dia.... seorang yang handsome juga... banyak peminatnya...
namun, apalah dayaku pada masa itu...
pelajaranku yang paling utama..
dia dengan aktiviti pengawas dan kawan2nya...
bermacam dugaan... namun kami terus bersama..
ada satu ketika, surat cinta dirampas oleh cikgu kelasnya... 
surat cinta nya pada aku...
akhir nya kami hanya mampu berdiam...
4 bulan lamanya tidak berhubung...
namun cinta itu tetap masih ada...
sehingga suatu ketika...

dia menyatakan bahawa dia perlu berpindah sekolah mengikut keluarganya..
kedua nya terdiam dan menangis...
aku tak mampu untuk berbicara...
akhirnya dia utuskan surat, menyatakan bahawa dia rasa bersalah...
dan aku menerima keadaan itu..
kerana aku dan keluarga juga akan berpindah..


Penghujung 2001 cinta itu terpaksa berjauhan hanya kerana tuntutan keluarga..
Dia berpindah ke Kuching dan aku ke berpindah ke Sibu.
Kami terpisah...
pernah juga berhubung melalui panggilan telefon..
namun pada waktu itu, hidup kedua keluarga agak susah...
dan kami terpaksa melupakan cinta ini..


namun...
masing2 di hati masih merindui..
berjumpa kawan baru, masing2 menceritakan tentang cinta pertama...
cinta pertama aku & dia...

malangnya, lama kelamaan masing2 juga mula melupa..
bertemu dengan orang lainnya...  
Hati siapa yang tak tergugat tika berjauhan bertahun lamanya 
dan akhirnya kami terus terleka..

Kuasa yang Maha Esa...
tahun berganti tahun...
akhirnya pada November 2004
aku bertemu lagi dengan si dia...
kami mula berhubung semula..
bermesej.. dan saling bertukar gambar terkini..
waktu itu, aku baru di Tingkatan 6 Bawah dan dia Tahun Pertama di UITM, Kota Samarahan...
kami berjumpa semula...
malangnya hubungan itu tak lama..
kerana masing-masing sudah berpunya...
kami terpaksa melupakan juga..

Namun...
Tanpa diduga...
Mungkin sudah jodoh aku dan dia...
selepas tiada lagi yang lainnya,..
kami berhubungan semula...
tidak pernah ku lupa...
Oktober 2007..

kami mula bermesej... saling bertelefon...
dan Disember 2007 kami bersua muka semula...
akhirnya...
pada masa itu...
kami mula berjanji.. 
untuk meneruskan cinta yang lama ...
dan terus setia hingga ke akhirnya...

Biarpun beribu dugaan melanda..
namun cinta itu tetap utuh sehingga saat ini....
 kuasa Allah SWT siapa yang mampu menghalangnya, 
cinta itu tetap teguh terjalin hingga mekar kembali tiada galang gantinya..

Tanggal 27 Mei 2010, ikatan cinta ini bertukar menjadi simpulan pertunangan yang membawa seribu kemanisan... Alhamdullilah... Betapa gembiranya hati keduanya namun, kegembiraan itu tidak datang begitu sahaja.. banyak onak dan duri yang ditempuh bersama untuk meneguhkan cinta ini... hati percaya, dengan ujian yang Allah SWT berikan menguji sejauh mana ketetapan hati untuk cinta ini....


Dengan penuh rasa tawadduk dan mensyukuri nikmat yang Allah SWT berikan, hati berkata semoga cinta ini diredhai olehMu ya Allah, semoga hati keduanya tetap setia menyayangimu sebagai tanda kasih sayang yang berkekalan hingga ke hujung nyawa...InsyAllah, semoga cinta ini tetap ada hingga ke akhirnya,.....~Ameen~

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...