"SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA...SEMOGA RAMADHAN INI MEMBERI 1001 KEBERKATAN BUAT KITA SEMUA...."
Ramadhan ini adalah Ramadhan pertama untuk diri ini bergelar tunangan orang dan juga Ramadhan pertama untuk kami berpuasa di depan mata. Selalunya, pada setiap Ramadhan kami berjauhan dan tidak dapat menyambut Ramadhan hari pertama bersama-sama. Namun, syukur ke hadrat Illahi, kerana pada tahun ini, kami Lee n Dewi diberi peluang untu menunaikan ibadah ini bersama-sama tanpa ada halangannya... Alhamdullilah...dan InsyaAllah, semoga tahun depan umur kami dipanjangkan dan mampu untuk menunaikan ibadah puasa ini dengan ikatan yang lebih sah sebagai suami isteri. Doakan kebahagiaan kami. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmatNya ke atas kita semua.
Walau bagaimanapun,jangan ponteng-ponteng puasa tau...., biar sakit macam mana sekali pun selagi ianya tidak memudaratkan jangan meninggalkan puasa kerana ianya merupakan salah satu dari Rukun Islam yang wajib kita kerjakan. Kadang-kadang ada yang sanggup menggunakan alasan sakit seperti gastrik, loya2, muntah, atau yang lainnya untuk melepaskan diri atau lari daripada berpuasa. Sesama manusia bolehlah kalau kita sengaja memberi alasan, akan tetapi kepada Allah Yang Maha Esa, Dia Maha Mengetahui nawaitu kita sama ada ikhlas ataupun tidak untuk mengerjakan ibadah puasa.
Perkara-perkara asas mengenai puasa di bulan Ramadhan ialah:
SYARAT WAJIB PUASA
1.Berakal-Tidak wajib bagi orang yang hilang akal seperti gila dan pitam yang berpanjangan (pengsan) | |
2.Akhil Baligh (cukup umur) | |
3.Islam | |
4.Kuasa berpuasa-Dikecualikan orang sakit yang kurang mampu puasa, orang tua dan sebagainya |
SYARAT SAH PUASA
1.Islam | |
2.Berakal | |
3.Suci daripada haid atau nifas | |
4.Niat | |
5.Imsak iaitu menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa |
Perkara yang membatalkan puasa:
1.Memasukkan sesuatu ke dalam rongga (mulut,dubur/qubul) | |
2.Muntah dengan sengaja | |
3.Keluar mani dengan sengaja | |
4.Bersetubuh dengan sengaja | |
5.Berbuka sebelum sampai waktu | |
6.Murtad | |
7.Datang haid atau nifas | |
8.Bersalin |
Makruh semasa berpuasa
1.Bersugi/memberus gigi selepas gelincir matahari | |
2.Mencium, berpeluk/berdakapan secara berlebihan dengan isteri | |
3.Mencium bau-bauan samaada yang wangi atau busuk | |
4.Merasa makanan | |
5.Mengeluarkan darah seperti berbekam | |
6.Berlebihan berkumur-kumur |
Orang yang diizinkan berbuka atau tidak berpuasa:
1.Orang yang sakit | ||||||||||||
2.Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km | ||||||||||||
3.Orang tua yang sudah lemah | ||||||||||||
4.Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak |
4 ulasan:
wow..besnya..dpt posa dpn mata..hehe..nway, smoga yg dirancang bjalan spt yg dikehendaki...amin..
amin...thanx nora...ya la sayang ngn nora tok...supporting li jak..hehehe..
dapat dah dewi,apa ndak ka di setting ktk tek..hehe..
ok,mek bls coment d ats ya, mun syg jd folower kmk..hahaa..
Catat Ulasan