Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 13 Ogos 2008

~Our Old Tym 2gether~

Kali ni nak story sikit macam mana kitorang leh kenal dan jodoh itu tetap utuh walaupun 10 tahun dah berlalu. Kisahnya bermula sewaktu aku berusia 12 tahun...and abg lee 13 tahun..muda lagi tym tue...hehehehe...tapi entahla dah tertulis berkenalan waktu umur tu kot... Semuanya bermula apabila 2 orang usu aku yang giler2 otaknya saja nak memadukan aku dengan abg lee... Masa tu tengah nak UPSR tahun 1999, sempat jugak nak menjeling-jeling pada abg lee...hehe..yang si abg nya pun satu, hari-hari bertandang ke rumah dengan alasan nak lepak dengan pakcik-pakcik aku yang giler itu... Masa tu kami sekeluarga tinggal di SMK Bandar Bintangor. Abg lee pulak duduk di asrama sekolah tu..Bila aku masuk Form 1, kitorang terus declare jadi couple.. But, masa tu, study tetap no 1.. Kami sering bertanding siapa yang paling banyak naik pentas masa hari penyampaian hadiah hujung tahun... nak tahu sapa?..of kos la aku...hehehehe....

Masa couple, kitorang tak selalu dating memandangkan masa tu masih muda dan tak tahu apa2 tentang cinta, tapi sungguhpun begitu, cemburu tu tetap ada..Pantang tengok yang sorang ni berjalan dengan perempuan atau lelaki lain, mesti terus hantar surat cinta bertanya....hehehe....ye la, masa tu mana mampu nak beli handphone..tak boleh nak sms tanya , jalan dengan sapa..hehehe.. tambah2 di sekolah, tak boleh bawa handphone.. Surat cinta je lar jawabnya..yang lucunya ada satu hari tu, surat cinta yang abg kirim kat kawan baik aku, kena tangkap cikgu..huhuhu...guru kelas die lak tu...hehehe..nasib baik la tak kena sanding n baca masa perhimpunan..kalu tak, memang naya jawabnya... hehe... sepupu-sepupu n kwn2 masa tu semua satu kepala tengok kitorang couple... salah satu couple yang paling glamer la konon..hehehe...


                                                                        Bahagia

But, 2 tahun jer kami sempat bersama, n kitorang berpisah tanpa rela coz aku kena move ke Sibu n abg kena move ke Kuching di Kota Samarahan.. Di situlah bermulanya dugaan cinta kitorang...kami lost contact...but terjumpa lagi..lost contact lagi...terjumpa lagi... n sebelum menjadi lebih serius pada 2007, kami pernah berjumpa walaupun tidak begitu serius hingga memikirkan ikatan perkahwinan pada tahun 2004 , 2005 dan 2006.. masa tu sekolah lagi, duit tak ada nak melancong ke sana ke mari.. nasib baik abg sambung study masa tu, n kitorang dapat jumpa walaupun, setahun sekali... Tapi, hermmm......biasalah adat berjauhan, kami masing2 sempat memadu kasih dengan orang lain kerana beranggapan cinta kami hanya setakat itu....dan sekarang, kami menyedari rupanya kami tersilap... Cinta itu tetap milik kami, biarpun telah 10 tahun lamanya... namun, kesilapan masing-masing kami terima dengan hati yang terbuka kerana kami tahu, tidak ada manusia yang sempurna, yang mampu hidup tanpa membuat kesilapan.. Itulah yang berlaku dalam cinta kami... Dan , InsyAllah, selepas ini, tidak akan ada orang ketiga di antara kami lagi...kerana kami sedar tanpa salah seorang di antara kami , hidup kami tidak akan lengkap, tidak akan sempurna.. ..dan kami sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk masing-masing...

Dan sekarang....we are really-really happy to have this  beautifull love... terlalu indah anugerah Illahi pada kami ini.. Kami benar-benar bersyukur dengan apa yang kami punyai sekarang.. Walaupun, hanya boleh berjumpa seminggu sekali, itu tidak mengapa.. yang penting nikmat rindu itu yang akan menyemarakkan rasa cinta dan rasa ingin bertemu di antara kami.. Alhamdullilah..inilah kehidupan yang kami impikan.. hidup dengan cinta yang sederhana tetapi sempurna... Semoga bahagia hendaknya hingga ke akhir hayat..~Ameen~

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...