Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 14 November 2014

English Home Deco ~~~

Hai semua...
lamak dewi tak menjengok ye...
busy bukan main lagik..
sebab ada audit-audit penting tahun ni.. 
hehehe...

apapun, kali ni dewi nak berkongsi sikit pasal minat dewi ni ye..
sejak ada alisha ni, hobi dah banyak berubah..
hehehe..
tp, yang masih kekal ialah cinta ku pada english home deco...
ya ampunnn...
memang dari dulu sampai sekarang,..

btw, hari ini, dewi sempat menggodek picture-picture english style kat Mr.G ni...
nak hilangkan bosan.. (padahal banyak je keje sebenarnye,.. ) hehehe,..
acelli, nak mengubat hati nak buat english home deco ni..

okla..
jom kita nikmati...
picture2 yg dh jumpa di Mr. G... 














Selasa, 30 September 2014

ROS ALISHA HAZLE Aidilfitri 2014

Salam Sejahteraaaaaa...

Hai sume.. Ari tok dewi nak upload picture comel anak dara ibu Raya lepas..
Macam2 baju ibu beli untuk princess ibu.
Alhamdullillah, dewi and husband rasa sangat bersyukur kerana dikurniakan anak perempuan yang sangat comel untuk hidup bersama.
Jom kita layan picture nanak ibu..











Okay... next time kita layan another pic lagik k.. Sayonaraaa~~

Khamis, 17 Julai 2014

Selamat berpuasa~~


Assalammualaikum & Salam Sejahtera..


Walaupun dah lambat tapi nak wish jugaklaaa...
hehehe....


SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA ye kawan-kawan..
Semoga ibadah kita diterima Allah SWT. Aminnn....
(^_^)



Jumaat, 6 Jun 2014

3rd Anniversary 2014

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Kali ni nak cerita sal 3rd Anniversary kami...

Tahun 2013..
kali ini Anniversary kami agak bermakna sebab kami dah bertigaaaa...
dengan kehadiran cinta hati pengarang jantung kami, hari ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga terasa meriahnya walaupun hanya kami saja yang celebrate..
kami adakan di rumah... di ladang...
kami adakan bacaan doa selamat sikit...
kek pulak 1 beli sendiri..
1 sponsor by manager ladang... credit to Tuan Farizal...
so...
x tau nak cerita banyakkk...
kita layan gambo k...
(^_^)








Isnin, 26 Mei 2014

Prosedur Ambil Anak Angkat

 Assalammmualaikum..
Dewi nak try update gune hp la..
hahaha...
baru nak buat..
org lain dah lama dah terer buat..
hehehe..
by the way.. ari ni dewi nak share pasal prosedur ambik anak angkat ni.
ye la kan, memandangkan dah ada pengalaman, apa salah kita kongsikan?
ok la...

First of all, Ros Alisha Hazle (anak angkat dewi) merupakan anak kakak ipar dewi.
Anak sedara suami. Jadi prosedur nak angkat Ros Alisha ni agak mudah.. sebab 2-2
ibubapa ada. Kalau proses nk ambik anak angkat anak yatim atau anak luar nikah ni complicated sikit... dewi tak taula macam mana prosedurnya kan.

Mula-mula nak ambik Ros Alisha Hazle ni, kena ada persetujuan dr ibubapa
kandung dulu la.. then baru ambik borang di Pejabat Daerah tempat asal anak tu.
Dah lengkap diisi barulah bawa bersama jumpa Pegawai Tadbir di Pejabat Daerah berkenaan. Dalam borang tu kena isi butiran peribadi ibubapa angkat dan ibubapa kandung serta nama baru anak tersebut. Simple kannn.. hehehe..

Kedua-dua pihak kena tandatangan di depan pegawai tadbir berkenaan dan angkat sumpah.
Setelah selesai, kita akan disuruh balik dulu, tunggu sehingga Sijil Anak Angkat berkenaan keluar.
Pihak Pejabat Daerah akan call kita kalau dah boleh ambik Sijil tu.. Tapi,
nak ambik sijil ni kena jumpa Pegawai Daerah dulu. Masa ni lah, Pegawai Daerah akan terangkan kita apa yang perlu kita buat dan apa yang kita tak boleh buat. Dah okay semua, baru kita boleh bawak Sijil Lahir asal dan Sijil Anak Angkat ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk daftar nama baru dia.

Jangan lupa, pergi klinik ambik kad klinik baby tu ye.. maklumkan yang dia ni dah diangkat.
Then, bila Sijil Anak Angkat dari Jabatan Pendaftaran dah keluar baru boleh tuka kad klinik yang baru.

Jangan tak tahu, anak angkat tak ada sijil lahir. jadi sebelum buat permohonan di JPN, fotostat banyak-banyak dulu Sijil Lahir Asal dia. Yang original, pihak JPN ambik terus. Hanya Sijil Anak Angkat dari JPN yang akan diserahkan balik pada kita.

Kalau tak salah, tak ada bayaran dikenakan untuk semua proses ni.
Proses ni ambik masa jugak tau nak settle dari A sampai Z.
So, banyakkan bersabar ye..
Yang penting, kita mesti betul-betul bersedia nak ambik anak angkat ni.

Setiap negeri mungkin berbeza prosesnya ya... so, kena tanya orang yang pakar dulu lah.. refer je ke Pejabat Daerah tempat nak ambik anak angkat ni. Diorang akan jelaskan satu persatu.

Setiap kes juga berbeza proses pengangkatan ye.. kalau ada ibubapa kandung senang sikit, macam dewi. kes-kes lain dewi dengar ada tambahan prosedur. so, kena sedia maklum ye kawan-kawan.

Ok...
that's all.
semoga dapat bantu sikit-sikit ye..
hehehe...

Ini la wajah kesayangan dewi..





Rabu, 19 Mac 2014

Ros Alisha Hazle , Abah & Ummi First Travelling Together 08 Mac 2014

Salam Sejahtera..

Ummi Alisha nak share pic kami bila first time bawa Ros Alisha Hazle naik flight..
(08 Mac 2014)
Takut jugak dia meragam..
Nasib la tak...
Kadang2 ada la jugak meragam...
nasib baik ummi pandai pujuk..
hehehe...








love... love..love...
Ros Alisha Hazle

Jumaat, 28 Februari 2014

Birthday Ros Alisha Hazle 1 Y.O 2014


Assalammualaikum...
Hello semua..
Our Ros Alisha Hazle turn 1..
yeayyyy...

Sambutan hari lahir Ros Alisha Hazle diraikan di 2 tempat...
pertama di kampung suami dan kedua di Sibu...
nak raikan di kedua-dua belah pihak...
tambahan...
kami adakan doa selamat dan kenduri kesyukuran sekali dengan kehadiran puteri kami yang cantek ni..
Alhamdullillah..
rezeki Allah Taala...

ok la...
kita layan gamboo yeee....

(^^,)


Di Kota Samarahan





Di Sibu





Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...