Hidup umpama roda , sekejap di atas, sekejap di bawah, seringkali peribahasa ini bermain di fikiran., seringkali ianya menjadi pedoman, seringkali ianya menjadi sempadan, seringkali ianya menjadi pengajaran...Kadang-kadang kita alpa apabila kehidupan yang mengaburi mata kita dengan kemewahan yang palsu,kemewahan yang tak akan kekal buat selamanya, dan kemewahan yang akan terkikis seiring dengan masa. Kita sering terpedaya dengan harta dunia sehingga kita lupa untuk mensyukuri nikmat yang Allah berikan.
Kita tidak akan mampu hidup berseorangan. Kita memerlukan teman hidup untuk meneruskan fasa-fasa kehidupan kita pada masa hadapan. Namun,tidak dinafikan ada juga yang tidak berteman. Itu terpulang dengan cara seseorang itu menjalani kehidupan mereka.Bagi kami,kami tidak akan mampu hidup tanpa salah seorang di sisi.Itulah matlamat cinta ini terjalin , untuk saling dilengkapi dan melengkapi, untuk saling mengerti dan dimengerti, dan untuk saling disayangi dan menyayangi.
Namun,hanya dengan perasaan cinta tidak akan cukup. Kita harus hidup berlandaskan syariat yang telah Allah tetapkan. Kita menjalankan kehidupan kita dari buka mata sewaktu bangun tidur sehingga terpejamnya semula untuk tidur dengan peraturan hidupdan syariat yang telah ditetapkan. Ilmu keduniaan janganlah diabaikan kerana dengan ilmu itulah kita mampu mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan dan memenuhi segala keperluan dan kehendakkita sebagai manusia.Itulah kehidupan...perlu ada ilmu akhirat, ilmu dunia dan rasa cinta.....
Khamis, 5 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti
Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...
-
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Hai, berjumpa lagi kita. Hari ni dewi nak cerita sikit pasal pinjaman perumahan ni....
-
Assalammualaikum & hai semuaa. Hari ni dewi nak story sikit pasal Pegawai Tadbir Negeri ni... Pegawai Tadbir Negeri (PTN) lain tau ...
-
27 Mei 2010 (Khamis) Mulanya kalau ikutkan perancangan memang terus bertunang, akan tetapi disebabkan kekangan waktu dan percaturan ada...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan