Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 2 Januari 2014

Welcome Januari 2014~~~

Bismillahirrahmannirrahim.

Rabbi Yasir Wala Tua'sir,Rabbi Than-mim Bil Hairi

Ya Rabb, Kau permudahkanlah , jangan Kau susahkan , Kau akhirilah dengan kebaikan.

Amin.

Alhamdullilah dah masuk 2014..
Semoga tahun ini mendatangkan 1001 kebaikan buat kita semua.
Dugaan pun perlu untuk balanced life kita kan..
Kalau takda dugaan, susahla.. macam mana nak maju.. hehehe..
lagi satu, dugaan ni bukti Allah sayang..
dugaan tu kan kafarrah dosa-dosa kita.

by the way..

Happy New Year, kawan-kawan..
Allah bless u all fit dunya wal akhirah, insha Allah..
Amin Ya Rabbal A'lamin..


Buatan Orang @ Santau

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalammualaikum.. hai semuaaa... lama dah dewi tak update blog ni..
Bukan apa, dewi sekarang tengah adopt alam baru, so, agak sibuk menyesuaikan diri sebenarnya.. hehehe... by the way, kali ni dewi  nak story sikit pasal buatan orang ni. 
Nak dijadikan cerita, dewi suami isteri terkena buatan orang.
Cuma, suami dewi la yang kena teruk..
sedihnyaaa la masa tu, tak tahu nak buat apa dah.

Kejadian tu terjadi dalam bulan April - Mei tahun ni.. mula-mula rambut suami dewi gugur sedikit untuk minggu pertama, masuk minggu seterusnya, macam pelik tengok rambut dia botak bertompok-tompok.
Bangun je dari tempat tidur,tengok bantal memang banyak helaian rambut. Semakin hari semakin jelas kulit kepala suami dewi ni.. Then, mak dewi suruh bawa berubat cara kampung tapi kami tak ada masa nak balik kampung sehinggalah cuti pilihanraya hari tu, kami dapat peluang nak balik kampung bapa. Bila berubat, macam-macam benda yang keluar dari badan suami dewi. Ada kain buruk, ada azimat, ada tanah, ada rotan, ada paku yang berkarat.. Mesti korang tak caye kan.. Memang banyak.  Lepas tu dewi minta dukun tu tengok-tengok kan rumah kitorang, rupa-rupanya, ada orang tanam minyak 2 botol kat tiang belakang rumah kitorang di estet.. hurmmmmmmm...Dukun kampung tu tolong ambilkan benda tak elok tu. Then, dukun tu suruh datang lagi sekali, nak 'haluskan' (keluarkan) lagi lah mana2 sisa santau tu. Masa tu, dewi berubat sekali, sebab sebelum kami perhaluskan dengan dukun kat kampung bapa dewi tu, kami jumpa seorang lagi dukun kat kampung mak dewi. Kat situ, dukun tu 'scan' dewi sebab sebelumnya dewi tak 'scanning' lagi.. 

Nak dijadikan cerita, dukun tu cakap, sebenarnya orang yang hantar tu perempuan, dia dengki dengan kehidupan dewi dan suami (suami dewi ni, penolong pengurus ladang.. adala staf yang dah berusia, yang tak puas hati suami dewi yang baru berapa tahun kerja, yang masih muda tapi dapat hidup macam sekarang, tak lah mewah mana pun, cuma cukuplah untuk sara kami sekeluarga, alhamdullillah) (sambung balik....)  tapi, cara nak kenakan, dia santau suami dewi.. Patutla ada dua botol minyak kan. Sebelum kejadian tu, perempuan yang dukun ni bagitahu, rupanya jiran dewi, dia ada bagi sepasang baju kurung yang berlubang dekat kainnya.. Dewi tak expect apa2 tau, dewi dengan senang hatinya pakai g kerja. Kami tak nak tuduh orang jugak, tapi cara kakak tu lain sangat. Suami dewi pun bagitahu, jangan difikirkan sangat, biar Allah yang balas. Then, kami balik lagi ke dukun yg pertama kat kampung bapa, dewi berubat lah jugak dengan dukun tu. Masa tu ada keluar 3 jarum, ada benda yang dibakar, bilah buluh yang dibelah dan azimat... patutla dewi sering terasa nyeri dekat bawah perut. huhuhu...

Kami tak nak lah berharap dengan seorang dukun saja kan, so kami pergi berubat dengan cara perubatan Islam di Kuching. Ustaz tu kata, suami dewi terkena polong yang orang sengaja hantar nak porak-perandakan rumah tangga kami. Alhamdullilah, kami masih ingat Allah, dan kami masih diberi peluang untuk memperbaiki hidup kami. Then, berubatlah sekejap dengan ustaz tu.. Itu pun sekali, sebab suami dewi cuti 2 hari je.. Masa tu dah nak puasa tak salah. Tak sampai 2 minggu lepas tu, kepala  suami dewi yang botak bertompok-tompok tu , alhamdullillah mula menunjukkan perubahan. Anak rambut dah mula tumbuh.. Masa dekat nak raya, semakin banyak anak rambut yang tumbuh. Alhamdullilah, sekarang dah mula tebal and jadi seperti asal.. Suami dewi pun dah makin ceria sekarang.. masa terkena tu, suami dewi pakai topi je sepanjang masa, masa tidur je dia tak pakai. kesian kan... masa tu hari2 dewi nangis, takut jadi benda tak elok kat suami... dewi dah pikir sampai part mati dah, tak elok dewi kan, tapi nak buat macam mana.. Suami dewi lah satu-satunya harapan hidup dewi ni.. penawar segala suka dan duka.. Dewi doakan semoga selepas ni, takda dah orang nak irihati dengan kehidupan kami. Semoga semua dewi dilindungi Allah selalu hendaknya.

Kesimpulannya, kepada semua kawan-kawan, jangan percaya orang 100%, walau baik bagaimanapun mereka, jangan percaya, jiran sekalipun, jangan percaya, kamu dah kenal mereka lama pun, jangan percaya.. betul kata orang, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. berhati-hati lah ye.. yang penting kita tawakal dengan segala ujian yang Allah bagi.. Allah itu adil, Dia tak bagi macam tu je... mesti ada bahagia menanti di setiap hujung deritakan.. (^_^)

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...