Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 24 Jun 2011

AZIMAT CINTAKU

Lagu ni favorite aku.... Besh la lirik dia...Tambah2 penyanyi favorite aku yg nyanyi.. Dato' Siti..hehehe... 
Hayatilah...



AZIMAT CINTAKU

Cahaya cinta menyinar
Berkilauanlah selautan kasih
Bercahaya…
Bagaikan butiran permata
Seoalah-olah terapung
Di permukannya…
Daku menjejaki pantai rindu
Mengutip kasih yang terdampar
Kau merantaikannya satu demi satu
Dengan kasih sayangmu
Kini menjadi kalungan azimat cintaku…

C/O
Walau tidak dibasahi hujan
Namun tempiasnya menyegarkan
Biarpun rembulan tidak di ribaan
Namun cahayanya cukup menerangi bayangan
Harumlah… Cinta di jiwa…
Sewangi kasturi syurgawi…
Semoga bahagia jadi milik kita…
Nan abadi selama-lamanya
Daku menjejaki pantai rindu
Menyaksikan rintihan berlalu
Ombak resah yang menghempas diri
Hanyutkanlah kedukaan
Bawalah jauh daripada bayangan…

ULANG C/O & *
* Andai sinar mentari
Terlindung di balik redupan awanan
Yang berlabuh…
Singkaplah tirai kasihmu
Agar bisa ia menyinarkan cahayanya
Untuk kita berdua…

Isnin, 20 Jun 2011

~MAJLIS BERLULUT~

Majlis Berlulut adalah majlis sebelum persandingan di mana zaman dahulu, pengantin akan disiapkan dengan amalan-amalan tradisi . Tapi, zaman sekarang, jarang dah amalan-amalan sebegitu diamalkan, kalau adapun, mandi bunga dan mandi pengantan. Aku dan suamiku  (dah jd suami..hehehe) diberi mandi bunga dan mandi pengantan sebelum persandingan kami. Memang syok, kata org nak angkat seri...hehehe....

Majlis Berlulut diadakan pada malam 3 Jun 2011 di mana di selang-selikan dengan Majlis Bermukun iaitu Majlis Bergendang. Pada malam itu aku mengenakan 4 jenis pakaian tradisi manakala suami ku pada persalinan pertama saja... Nak tengok persalinan - persalinan yang aku pakai pada malam tu?... sebentar yer... hehehe...
















~ AKAD NIKAH ~

Buat pengetahuan anda semua, aku dan tunang ku dah selamat mendirikan rumah tangga pada 03 Jun 2011 bersamaan 1 Rejab, Jumaat. Kami memilih tarikh ini kerana sebelum memilih tarikh yang sesuai untuk mendirikan rumah-tangga, kami mengambil kira aspek-aspek seperti keberkatan, dan kelapangan. Tarikh 3 Jun 2011 adalah pada minggu pertama cuti sekolah dan merupakan 1 bulan Rejab. Berdasarkan research kitorang tentang bulan Rejab, ianya dikategorikan antara 3 bulan terbaik dalam Islam. Bulan Rejab, Bulan Allah, Bulan Syaaban , Bulan Rasullullah.. Bulan Ramadhan, Bulan Umat Rasullullah. Jadi untuk mengambil keberkatan dr bulan ini , kami mengambil keputusan untuk mengadakan akad nikah pada hari Jumaat dan persandingan pada hari Sabtu.

So,nasihat ku pada teman-teman yang nak kahwin tu, paling penting tarikh akad nikah nya k... kalau nak sambut anniversary, adakan lah Majlis Kesyukuran ikut bulan Islam. Insya-Allah, mudah-mudahan kita mendapat berkat dariNya. Semoga rumah-tangga yang dibina bahagia hingga ke akhir masa. Kita semua inginkan benda yang sama kan....

Oh ya, nak tengok gambar kitorang akad nikah tak?... Ada kat sini.. tp, tak banyak... tak boleh nak upload banyak2.. line condemn la... hehehe....











Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...