Alhamdullilah bila difikir ada jugak yang nak kat aku ni...hehehe... rasa tak percaya bila jodoh itu semakin hampir, InsyAllah.. kata orang, pasangan yang bertunang ni darahnya manis.. Banyak dugaan, banyak juga godaan.. but, dont worry, as long as dia memang dijodohkan untuk kita, dia tetap kita yang punya..hehehe... Teringat lirik lagu nih..."Jangan kau bimbang sayang, di mana ku berada, dengan siapa ku bersama, jangan bimbang ku tetap kau yang punya..." Acelli, kalau diikutkan memang tak nak bertunang, terus kahwin, lagi tak banyak kerja.. tapi si terunanya nak merasa jadi tunang orang so kami buat la majlis kecik nak maklumkan pada orang yang kami ni dah ada ikatan pertunangan..
Nak tau macam mana life kami sekarang?.. hehe.. Masa masih study hari tu, banyak sekali dugaan kalau nak jumpa. Mana tidaknya sorang di JB, sorang di Kuching.. kalau balik pun, terus ke Sibu. Tak sempat nak singgah di Kuching coz family dah tunggu di rumah. Mahu tak mahu terpaksa singgah di Kuching dulu sebelum balik semula ke JB. Samtym abg ke Sibu coz nak spend tym sama2. Memang memenatkan tapi nak buat macam mana, kami bukan orang setempat. But, now, alhamdullilah, abg dapat keja d tempat yang berhampiran dengan Sibu, di Ladang Setuan, Balingian. Walaupun tidak dapat berjumpa setiap hari, namun seminggu sekali itu sudah cukup memadai. Bila dah kahwin nanti hari-hari boleh jumpa kan. Tapi, bagi kami, walaupun selepas kahwin nanti, abg tetap akan balik seminggu sekali memandangkan tempat kerja ku di Sibu dan dia di Balingian.
Life sekarang ni alhamdullilah, nak kata alwayz ok , tak mungkin lah, bak kata org, lautan mana yang tak bergelora, cewah....tapi sekarang ni, kami cuba nak settlekan apa2 hal sekalipun dengan discuss n negotiate baik2 selepas ada perang besar yang melanda kami dulu akibat orang ke-3.. Memang menyakitkan, tapi itulah hakikatnya yang harus diterima, sehinggakan terpaksa berulang-alik dari JB ke Sarawak semata-mata nak redakan keadaan. But, now, everything semakin ok, dan kami berharap segalanya tetap akan ok sehingga ke hujung nyawa tanpa ada halangan. Juz, sekarang ni, kami berserah ke hadrat Illahi menunggu waktu untuk disatukan.Doakan lah kami yer...(^_^)
Cincin masa bercinta...&....Cincin Tunang...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti
Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...
-
Assalammualaikum & hai semuaa. Hari ni dewi nak story sikit pasal Pegawai Tadbir Negeri ni... Pegawai Tadbir Negeri (PTN) lain tau ...
-
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Hai, berjumpa lagi kita. Hari ni dewi nak cerita sikit pasal pinjaman perumahan ni....
-
27 Mei 2010 (Khamis) Mulanya kalau ikutkan perancangan memang terus bertunang, akan tetapi disebabkan kekangan waktu dan percaturan ada...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan