Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 23 Oktober 2019

Kos Menunaikan Umrah 2019

 

Assalammualaikum dan hai semua…

Hari ni dewi nak share pengalaman kos menunaikan umrah pertama bersama suami dan parents dan kedua mertua.. termasuk dua orang nenek saudara ..

Pada awalnya, tak terfikir pun nak menunaikan umrah… tapi rahmat Allah SWT amat besar.. Masya Allah… Alhamdullillah, pada Mac 2019, dewi telah disahkan dalam jawatan untuk Tetap Berpencen dan apabila telah disahkan saving di dalam EPF boleh dikeluarkan secara keseluruhan..  Oleh yang demikian, setelah berbincang dengan suami, kita bersetuju untuk gunakan wang berkenaan bagi menunaikan umrah bersama keluarga iaitu mak bapa, dan mertua. Setelah itu, dewi mula search pakej umrah yang bersesuaian dengan bajet,  alhamdullillah setelah menilai dan bertanya sana – sini, dewi decide nak guna pakej umrah Harmony Excellence. Pakej ni agak murah.. iaitu :

Pakej AQIQ 

Harmony Excellence

Pakej 10 hari 8 malam – Bilik Berlima

Tarikh Pelepasan : 07.10.2019 – 16.10.2019 

Pakej : RM5090.00

Semasa dewi buat pemilihan pakej juga, dewi p survey hotel yang disediakan, jarak dengan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi berapa sebab nak mudahkan pergerakan .. ye la nak bawa orang tua ni kena fikir yang tu lah… Ada yang kata kenapa tak pilih yang 12 hari 10 malam… Masa ni , suami susah nak dapat cuti dan kalau cuti lebih kena advance yang tahun depan punya… setelah bincang, so, kita decide nak ambik pakej yang hotel dekat ni bagi memudahkan ibadah dan harga pakej pun berpatutan. Bukan senang ya nak dapat pakej yang agak berbaloi dengan jarak.. ada la jugak agensi lain, tapi harga tak kurang dari RM6000 untuk hotel yang dekat.

Dewi & suami khabarkan berita berkenaan pada keluarga pada Anniversary mak & bapa dewi pada 30.03.2019 & seterusnya kita maklumkan pada mertua. Dalam pada itu, dewi maklumkan juga pada nenek dan nenek saudara dewi , mana tahu ada yang nak join… alhamdullillah ada nenek saudara dewi bersama suaminya berminat untuk join. So, dewi mula buat tempahan dan membuat persiapan untauk keluarga.

Dewi dan suami mula membeli barangan yang diperlukan untuk kami berenam. Lumayan jugak banyak keluar wang untuk membeli barangan ni ye.. Kena beli baju , tudung, jubah, dan barangan yang sesuai digunakan semasa di Tanah Haram nanti..

Paling utama, kena belajar banyak berkenaan prosedur dan kewajipan semasa menunaikan umrah, apa yang boleh, apa yang tak boleh.. dan pihak Harmony Excellence menyediakan satu hari kursus Umrah untuk semua Jemaah yang mendaftar untuk menunaikan umrah bersama mereka.. dan bagi dewi and family, kami berkursus pada 31 Ogos 2019 kalau tak silap.

Antara dokumen yang diperlukan pula adalah seperti berikut :


1.    Passport

2.    Gambar Visa (4 Keping)

3.    Kad Suntikan ACTW13 Imunisasi – Meningococcal

4.    Kad/Dokumen Jenis Darah

5.    Salinan Sijil Nikah yang disahkan

6.    Barangan keperluan

7.    Buku Panduan Umrah

8.    Tiket Domestik

 

Bil

Pembayaran

Jumlah

1.

Deposit (19.05.2019)

RM 8,000.00

2.

Baki Pembayaran (07.08.2019)

RM 32,720.00

3.

Passport : (29.06.2019) RM200 x 6

RM 1,200.00

4.

Ujian Darah : RM10 x 6

RM 60.00

5.

Gambar Visa : RM20 x 6

RM 80.00

6. 

Vaksin Meningococcal : RM152.45 x 6

RM 914.70

7.

Penerbangan Sibu – KL : 07.10.2019 (RM145x6)

RM 870.00

8.

Penerbangan KL – Sibu : 16.10.2019 (RM176.7x2)

RM 353.40

9. 

Penerbangan KL – Kuching : 16.10.2019 (RM129.50 x 4)

RM 518.00

10.

Penambahan Kos Pentadbiran : RM200 x 6

RM 800.00

11.

Penambahan bayaran luggage (Balik)

RM 800.00

 

Jumlah

RM 46,316.10

Jadual di atas adalah kos perbelanjaan yang dewi dan suami dah buat… Dekat RM50k, yang ni kos pakej dan pengangkutan.. Belum termasuk duit poket untuk pembelian barangan ye..  So, total kos dalam RM50K jugak.. Alhamdullillah, Allah SWT bagi kelapangan dan kemudahan untuk dewi dan suami bawa kedua mak bapa kami.

Semoga entry ni dapat bantu kawan-kawan yang nak mengerjakan umrah terutama bagi kawan – kawan yang risau pasal kos dan pakej yang nak dipilih..

Semoga dimurahkan rezeki juga semuanya..

Yang penting , ikhlaskan hati dan banyak berdoa yaa..

Panjang dah coretan dewi ni.. Hehe..

Next entry kita sambung lagi k..

Lots Of Love,

Dewi

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...