Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 26 Mei 2014

Prosedur Ambil Anak Angkat

 Assalammmualaikum..
Dewi nak try update gune hp la..
hahaha...
baru nak buat..
org lain dah lama dah terer buat..
hehehe..
by the way.. ari ni dewi nak share pasal prosedur ambik anak angkat ni.
ye la kan, memandangkan dah ada pengalaman, apa salah kita kongsikan?
ok la...

First of all, Ros Alisha Hazle (anak angkat dewi) merupakan anak kakak ipar dewi.
Anak sedara suami. Jadi prosedur nak angkat Ros Alisha ni agak mudah.. sebab 2-2
ibubapa ada. Kalau proses nk ambik anak angkat anak yatim atau anak luar nikah ni complicated sikit... dewi tak taula macam mana prosedurnya kan.

Mula-mula nak ambik Ros Alisha Hazle ni, kena ada persetujuan dr ibubapa
kandung dulu la.. then baru ambik borang di Pejabat Daerah tempat asal anak tu.
Dah lengkap diisi barulah bawa bersama jumpa Pegawai Tadbir di Pejabat Daerah berkenaan. Dalam borang tu kena isi butiran peribadi ibubapa angkat dan ibubapa kandung serta nama baru anak tersebut. Simple kannn.. hehehe..

Kedua-dua pihak kena tandatangan di depan pegawai tadbir berkenaan dan angkat sumpah.
Setelah selesai, kita akan disuruh balik dulu, tunggu sehingga Sijil Anak Angkat berkenaan keluar.
Pihak Pejabat Daerah akan call kita kalau dah boleh ambik Sijil tu.. Tapi,
nak ambik sijil ni kena jumpa Pegawai Daerah dulu. Masa ni lah, Pegawai Daerah akan terangkan kita apa yang perlu kita buat dan apa yang kita tak boleh buat. Dah okay semua, baru kita boleh bawak Sijil Lahir asal dan Sijil Anak Angkat ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk daftar nama baru dia.

Jangan lupa, pergi klinik ambik kad klinik baby tu ye.. maklumkan yang dia ni dah diangkat.
Then, bila Sijil Anak Angkat dari Jabatan Pendaftaran dah keluar baru boleh tuka kad klinik yang baru.

Jangan tak tahu, anak angkat tak ada sijil lahir. jadi sebelum buat permohonan di JPN, fotostat banyak-banyak dulu Sijil Lahir Asal dia. Yang original, pihak JPN ambik terus. Hanya Sijil Anak Angkat dari JPN yang akan diserahkan balik pada kita.

Kalau tak salah, tak ada bayaran dikenakan untuk semua proses ni.
Proses ni ambik masa jugak tau nak settle dari A sampai Z.
So, banyakkan bersabar ye..
Yang penting, kita mesti betul-betul bersedia nak ambik anak angkat ni.

Setiap negeri mungkin berbeza prosesnya ya... so, kena tanya orang yang pakar dulu lah.. refer je ke Pejabat Daerah tempat nak ambik anak angkat ni. Diorang akan jelaskan satu persatu.

Setiap kes juga berbeza proses pengangkatan ye.. kalau ada ibubapa kandung senang sikit, macam dewi. kes-kes lain dewi dengar ada tambahan prosedur. so, kena sedia maklum ye kawan-kawan.

Ok...
that's all.
semoga dapat bantu sikit-sikit ye..
hehehe...

Ini la wajah kesayangan dewi..





Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...