Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Selasa, 3 Ogos 2010

~Meniti hari ke gerbang bahagia~

Indahnya andai hidup ini tiada badai dan gelombangnya... jika dikira perjalanan hidup ini semakin singkat..semakin sampai ke penghujungnya, namun hati ini sentiasa memohon barakah dan rahmat dari Illahi , semoga diberi petunjuk dan hidayah untuk meneruskan hidup tanpa ada songsangnya caturan hidup ini.. Hari bahagia yang kami tunggu , InsyAllah akan tiba juga bila tiba masanya nanti.. Perancangan diatur serapi mungkin untuk menjadikan walimatul-urus itu seindah hari yang pernah kami rasakan... Pernah kami terdorong untuk mengadakan majlis ini sebesar yang mungkin, namun kami tersedar membazir bukan amalan mulia. Kiranya hanya ingin mendapat nama dengan hantaran beribu-ribu, dengan majlis yang besar-besaran tidak ada gunanya kerana kita tidak menyedari perasaan riak dan takbur telah menyelubungi naluri. Cukuplah kiranya majlis itu diadakan dengan penuh kesederhanaan untuk mendapat redha Illahi semoga kita lebih tenang dalam menjalani alam rumah tangga kelak.Jangan utamakan nama dan harta, utamakan redhaNya untuk kita.


Tiada ulasan:

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...