Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 28 Mei 2012

Tanda-tanda Ovulasi

Sebagai pasangan yang dikategorikan sukar mendapat cahaya mata atau belum mendapat cahaya mata setelah lebih setahun berkahwin, kita wajar mengambil tahu apa yang menyebabkannya, dan cara-cara untuk membantu kita hamil. Memanglah itu semua adalah kerja Allah yang Maha Esa, tapi kita perlu ingat Allah tak suka orang yang meminta-minta tanpa berusaha sendiri. So, kita patut buat apa yang kita perlu buat contohnya membaca artikel dan bahan ilmu yang berkaitan dengan kehamilan.

Perlu diingat, kehamilan hanya akan berlaku sekiranya terdapat ovulasi. Ovulasi berlaku apabila telur yang matang dilepaskan daripada ovari ke salur fallopian dan bersedia untuk disenyawakan. Dalam masa yang sama, dinding rahim menebal sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan telur yang sudah disenyawakan. Sekiranya tiada persenyawaan, dinding rahim akan gugur bersama darah dan haid terjadi. 

Fakta utama Ovulasi

  • Telur cuma berupaya hidup 12-24 jam selepas dilepaskan dari ovari.
  • Selalunya cuma satu telur sahaja yang dilepaskan setip kali ovulasi.
  • Ovulasi boleh dipengaruhi oleh tekanan, sakit atau kiranya terdapat gangguan pada rutin seharian.
  • Sesetengah wanita mungkin mengalami pendarahan faraj semasa ovulasi.
  • Implantasi selalunya terjadi 6-12 hari selepas ovualsi.
  • Setiap wanita dilahirkan dengan berjuta-juta telur yang tidak matang yang menunggu untuk dilepaskan.
  • Haid masih boleh berlaku walaupun ovulasi tidak berlaku.
  • Ovulasi juga masih boleh berlaku walaupun haid tidak datang.
  • Sesetengah wanita mungkin merasa sedikit sakit pada bawah perut semasa ovulasi terjadi.
  • Sekiranya telur tidak disenyawakan, ia akan diserap kedalam dinding rahim dan akan gugur bersama-sama darah haid. 
 Tanda-Tanda Ovulasi


Perubahan mukus serviks. Beberapa kajian mendapati bahawa mengesan perubahan mukus serviks adalah cara yang tepat dan berguna bagi wanita untuk meramalkan hari yang paling subur mereka. Apabila kitaran anda berjalan, volum mukus serviks anda meningkat dan bertukar tekstur. Volum yang banyak dan perubahan tekstur menunjukkan peningkatan tahap hormon estrogen dan memberitahu anda bahawa ovulasi akan berlaku dalam sedikit masa. Anda dianggap paling subur apabila mukus itu menjadi jernih, licin dan anjal. Peranan mukus ini adalah bagi memelihara, melindungi dan mempercepatkan sperma dalam perjalanannya naik melalui uterus dan masuk ke dalam tiub falopio untuk pertemuan dengan telur anda. Ramai wanita mengatakan yang mukus yang berlebihan dan berair pada tahap ini sama seperti putih telur.

Sakit pinggang/ Kram pada bahagian bawah perut. Sebanyak seperlima wanita dapat merasa aktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam. Jika anda perasan sakit serupa pada masa yang agak sama setiap bulan, periksalah kondisi mukus serviks anda juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka.

Mungkin ada tak menyedarinya, tapi mungkin ada tanda-tanda lain yang menunjukkan yang anda berada di masa yang paling subur. Kajian-kajian tentang perubahan penampilan dan perlakuan sepanjang kitaran haid telah menjadi lebih popular kebelakangan ini. Fikirkan kembali kitaran haid anda dan anda mungkin dapat mengesan bahawa separuh daripada yang berikut menjadi lebih ketara apabila anda mendekati ovulasi.


Rasa seksi dan suka memikat. Libido meningkat, perasaan riang dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda berada di masa paling subur. Anda mungkin sedar akan peningkatan perasaan berahi semasa anda berada dalam fasa ovulasi di kitaran haid anda. Samada berkahwin atau tidak, semasa berada dalam ruang subur wanita suka keluar rumah, terutama ke tempat-tempat di mana mereka boleh bersosial dengan lelaki lain, bergurau dan cuba memikat. Jika berkahwin, anda mungkin sedar yang pada masa ini suami menjadi lebih cemburu dan lebih memberi perhatian.

Kelihatan bergetah, bergetah, bergetah! Kajian mendapati bahawa kedua-dua aspek iaitu perasaan berahi dan kecantikan diri iaitu daya-tarik meningkat semasa anda mendekati ovulasi. Kajian baru-baru ini melaporkan yang wanita menyatakan mereka merasakan diri lebih menarik dari segi rupa dan bentuk badan pada masa subur ini. Anda juga akan kelihatan menarik kepada orang lain sebab wanita lebih mengambil berat tentang kecantikan diri semasa mereka subur. Dengan tidak disedari, anda mungkin memilih baju yang menambahkan daya-tarik anda dan lebih berusaha berdandan dan menghias diri; dan wanita kelihatan lebih bergetah lebih hampir kepada ovulasi. Walaupun kita tidak fikir kita juga menggunakan peragaan seksual, seperti terdapat di dunia haiwan, namun, kita tetap menggunakan muslihat feminin kita untuk menarik perhatian jejaka yang utama dalam hidup kita.

Bau yang membuat lelaki gila. Anda bukan saja kelihatan cantik, bau anda juga amat, amat menghairahkan! Adalah didapati bahawa wanita berbau secara lebih menggodakan lelaki apabila mereka dalam fasa ovulasi berbanding masa-masa ruang subur telah berlalu. Anda mungkin menyangka yang tiada siapa mengetahui yang anda sedang ovulasi, tetapi feromon yang sememangnya ada, membuka rahsia. 

Perubahan Suhu Badan.  Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan sejurus kemudian ianya akan meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari atau lebih. Sekiranya bentuk carta sedemikian tidak diperolehi maka seseorang wanita itu mungkin alami masalah tidak mengeluarkan benih dan seterusnya tidak boleh hamil .Catatan suhu perlu dilakukan dengan menggunakan jangka suhu atau thermometer khas yang digelar "ovulation thermometer". Catatan suhu badan ini perlu dilakukan sebaik sahaja bangun dari tidur (sebelum mandi). Persediaan awal perlu dilakukan pada malam sebelumnya iaitu dengan menggoncangkan thermometer supaya tanda raksa akan turun ke paras yang paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, thermometer tersebut perlu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit. Catatan suhu badan ini sepatutnya dilakukan setiap hari kecuali pada masa datang haid.

 Okay, itu saja untuk entry kali ini. Apa-pun, ini ilmu yang saya cedok dengan mengOOgle ye.. ~O ye, sini saya letakkan link untuk mengira waktu subur anda. Saya rasa web ni agak tepat la dalam kiraan waktu subur. (bagi saya la..) Apapun, kalau nak tahu, just click.. (n_n) ~ 


Tak salah untuk membaca sebagai pengetahuan. Semoga usaha kita untuk mencapai impian sebagai ayah dan ibu tercapai. Yang penting, usaha, tawakal dan doa. Semoga Allah makbulkan. Ameen Ya Rabbal-alamin.

Khamis, 24 Mei 2012

I Remember ~~ Mocca


I remember...The way you glanced at me, yes I remember
I remember...When we caught a shooting star, yes I remember
I remember..All the things that we shared, and the promise we made, just you and I
I remember..All the laughter we shared, all the wishes we made, upon the roof at dawn.

Do you remember..?
When we were dancing in the rain in that December
And I remember..When my father thought you were a burglar
I remember..All the things that we shared, and the promise we made, just you and I
I remember.. All the laughter we shared, all the wishes we made, upon the roof at dawn

I remember.. The way you read your books,
yes I remember
The way you tied your shoes,
yes I remember
The cake you loved the most,
yes I remember
The way you drank your coffee,
I remember
The way you glanced at me, yes I remember
When we caught a shooting star,
yes I remember
When we were dancing in the rain in that december
And the way you smile at me,
yes I remember

Selasa, 22 Mei 2012

Rejab ~ 1 Rejab ~ Ulangtahun Perkahwinan Kami

Ahlan Wa Sahlan Rejab.
Alhamdullilah, kita bersua kembali di Bulan Rejab, Bulan Allah, antara 4 bulan haram yang penuh barakah.
Dan, Alhamdullilah juga, hari ini genap setahun perkahwinan kami mengikut kalendar Islam. Tak terasa masa berlalu, kehidupan suami isteri sangat membahagiakan biarpun belum tertunai hasrat hati untuk mempunyai permata hati. Apa pun , itu semua kerja dan kehendak Allah yang Maha Kuasa kan. Hanya Dia tahu bila masanya akan tiba. Justeru, menurut Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi, "Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; Malam Jumaat, Malam Aidiladha, Malam Aidilfitri, Malam Pertama bulan Rejab dan Malam Nisfu Syaaban." Maka, ada baiknya kita meningkatkan ibadah kita, berzikir mengingati Allah dan berdoa dengan sepenuh hati di malam pertama bulan Rejab. Semoga dimakbulkan oleh Allah yang Maha Kuasa.

Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman. 
 
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w:Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Banyakkan bersedekah di bulan Rejab,. Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.  Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Isnin, 21 Mei 2012

SOLAT Kewajipan Kita!

-->


Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama  dengan 60.000 tahun di dunia.
2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.
3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.
4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.
5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.
2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.
3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.
4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.
5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.
6.
Allah tidak akan mengabulkan doanya.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :
1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.
2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :
1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.
2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.
3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.


3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :
1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.
2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.
3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.


Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu:
“Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: “Siapakah ini wahai Jibril”? Jibril menjawab: “Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu”. (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

sumber: http://myibrah.com

Khamis, 17 Mei 2012

4 faktor utama ketidaksuburan wanita

Hai semua...
Ok, entri kali ni nak explain 4 faktor utama ketidaksuburan wanita.
Ingat tak entri sebelum ni?.....

4 Faktor Utama Ketidaksuburan:
1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan (Anavolusi)
2. Tanda – tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid (PCOS)
3. Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis
4. Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst


Anavolusi
Wanita yang tidak mengeluarkan telur setiap bulan mengalami masalah anovulasi. Untuk memastikan persenyawaan berlaku, ovari akan melepaskan telur yang matang kedalam salur fallopian setiap bulan. Disini, telur akan disenyawakan dan sekiranya tiada masalah lain, kehamilan akan berlaku. wanita yang mengalami anovulasi tidak mengeluarkan telur atau kadang-kadang sahaja. Ini menyebabkan kehamilan sukar terjadi.

Sebab-sebab Anovulasi
Ia terjadi selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. mungkin hormon terlalu sedikit atau terlalu banyak dan otak kita tidak mempunayi cukup signal untuk ovari mengeluarkan telur.
Faktor -faktor yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon ini termasuklah:
  • Menyusu badan
  • Terlalu gemuk atau telalu kurus
  • Terlalu banyak senaman
  • Anorexia atau bulimia
  • Tekanan
  • PCOS
  • Masalah tiroid
  • Masalah kelenjar pituitari.
  • Masalah berlebihan hormon prolaktin

Rawatan

Bergantung kepada penyebab kepada ovulasi tersebut.Ubatan-ubatan yang boleh membantu termasuklah clomiphene, bromocriptin atau gonadotrophin. Surgeri pula termasuklah ovarian drilling untuk prngidap PCOS yang resistan kepada ubat-ubatan.

Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)

PCOS atau polycystic ovarian syndrome ialah keadaan yang boleh menganggu sistem peranakkan wanita dimana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur. Folikel-folikel terkumpul didalam ovari dan menjadi cysta-cysta kecil yang boleh dilihat melalui ultrasounds scan. Ia berlaku 6-10% dikalangan wanita dan di antara penyebab utama mengapa wanita gagal hamil.

Siapa yang berisiko untuk mendapat PCOS?

PCOS boleh dihadapi oleh sesiapa jua tidak bangsa tetapi umur yang kerap berlaku ialah diantara 20-30 tahun. Ia juga ada kaitan dengan faktor keturunan.

Teori punca PCOS

Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan:
Kekurangan hormon
Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.

Kebal kepada insulin
PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.

Faktor genetik
Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap PCOS.

Apa simptom dan tanda PCOS?

Terdapat banyak simtom dan tanda PCOS. Tetapi kebanyakkan dari wanita yang mengidap PCOS mengalami simtom yang berbeza-beza diantara satu sama lain seperti:
  • Haid yang tidak teratur
  • Tiada haid selama berbulan-bulan
  • Tiada ovulasi
  • Pertambahan berat badan yang keterlaluan
  • Tumbuh bulu lebat pada muka dan badan
  • Kencing manis

Polycystic Ovarian Syndrome dan masalah kesuburan

Salah satu komplikasi yang terbesar ialah sukar hamil kerana kebanyakkan wanita ini tidak mengalami ovulasi seterusnya sukar untuk mendapatkan zuriat.

Macam-mana untuk mengetahui yang saya mengidap PCOS?

Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:
  • Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)
  • Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)
  • Ujian darah Progesterone/Testesterone
  • Ujian darah prolaktin
  • Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari

Bagaimana merawat masalah ini?

Ubat subur
Ialah ubat kesuburan yang boleh menolong anda mengalami ovulasi.

Ubat perancang keluarga
Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simtom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pill ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.

Pembedahan



Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling.

Ia adalah sejenis pembedahan dimana ovari akan dikorek dengan mengunakan alat yang khas.70% wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.


Endometriosis

Ia satu keadaan dimana tisu yang seakan sama dengan dinding rahim (endometrium) berada diluar rahim.Tempat yang paling biasa ditemui ialah pada ovari, belakang rahim dan juga pada organ-organ disekitarnya.Ia juga jarang-jarang boleh ditemui pada kawasan diluar pelvis sperti didalam paru-paru. Setiap kali anda mengalami haid, endometrium juga mengalami haid dan ini akan menyebabkan darah berkumpul pada kawasan tersebut menyebabkan radang, kerosakan dan parut yang teruk. Ia sebenarnya boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan usia tapi lebih kerap terjadi kepada mereka yang beurusia 20-30an dan mempunyai sejarah keluarga yang mengalami masalah yang sama.

 

 

 

 

 

 

Komplikasi Endometriosis

Masalah yang sering dihidapi oleh mereka yang mengalami endometriosis ialah:
  • Sakit senggugut
  • Sakit pada ari-ari
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Sukar Hamil
Tahap sakit pada pelvis yang disebabkan oleh endometriosis adalah berbeza-beza. Ia mungkin sakit sederhana yang sentiasa ada sepanjang masa dan mungkin juga sakit yang sungguh teruk yang menyerang sekali-sekala. Ia mungkin juga mungkin bertempat di kawasan ari-ari sahaja dan ada juga yang sakit sampai belakang pinggang.
Kadang-kadang tahap kesakitan tidak berkait langsung dengan keadaan atau keterukan endometriosis. Ada yang mengalami sakit yang luar biasa tetapi mempunyai endometriosis tahap ringan dan, ada juga yang mengalami endometriosis yang begitu teruk, tetapi tidak mengalami apa apa simtom.

Simptom-Simptom Lain Yang Jarang-Jarang

  • Sakit semasa membuang air besar atau keluar darah dari dubur semasa haid
  • Sembelit
  • Sakit semasa pemeriksaan pelvis
  • Sakit dan kerap kencing
Ini selalunya berkaitan dengan tempat dimana terdapat endometriosis.

Mengesan Endometriosis

Doktor akan bertanya tentang sejarah perubatan anda dan symptom yang anda hadapi. Pemeriksaan faraj adalah penting untuk mengesan samada terdapat pembengkakan, kesakitan, dan sebarang ketidaknormalan pada system peranakkan. Ultrasound boleh menolong untuk melihat sebarang cyst yang timbul dari komplikasi endometrisis.
Tetapi, satu-satu cara yang boleh mengesan penyakit ini dengan tepat ialah melalui prosedur yang dinamakan laparoscopy.
Pesakit akan dibius secara keseluruhan dimana pesakit dalam keadaan tidak sedar, dan pakar bedah akan membuat hirisan kecil pada kawasan berdekatan dengan pusat. Satu alat teleskop yang mempunyai camera kecil akan dimasukkan pada hirisan tersebut dan organ organ dalaman akan diperhatikan dengan teliti untuk sebarang tanda tanda endometriosis. Saiz, lokasi, dan bilangan ketumbuhan endometriosis akan dicatat. Kadang-kadang doktor terpaksa mengambil sedikit biopsi supaya diagnosis yang tepat dapat dilakukan.

Rawatan Endometriosis

Untuk menghalang kerosakkan yang serius pada system peranakan anda, adalah sangat penting untuk merawat endometriosis ini secepat mungkin.
Sesungguhnya, tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya 100%, tetapi terdapt beberapa rawatan yang boleh mengurangkan kesakitan anda dan mengekalkan kesuburan anda.

Rawatan ubat-ubatan

Ubat tahan sakit

Boleh mengurangkan kejang dan sakit seperti acetaminophen, ibuprofen, naproxen. Sekiranya sakit terlalu teruk, anda berbincang boleh berbincang dengan doktor anda untuk ubat yang lebih kuat.

Pill Perancang

Pill perancang boleh membuatkan haid anda teratur juga mengurangkan darah haid dengan mengawal ovulasi. Ramai wanita mengambil pil secara berterusan agar haid mereka lansung tidak datang dan seterusnya mengurangkan sakit.
Adalah sejenis ubat yang boleh mengawal pengeluran estrogen, hormone yang menyebabkan pembesaran endometriosis.kebanyakkan pendarahan dan sakit akan hilang setelah 6 minggu mengunakakn ubat ini.

Rawatan pembedahan

Sekiranya ubatan tidak memberikan hasil yang memuaskan, doktor akan menyarankan pembedahan seperti endometrial ablation. Pembedahan cystectomy disarankan kepada mereka yang mengalami endometriotic cyst.

Merawat ketidaksuburan akibat endomeriosis

Anda selalunya akan dirawat dengan untuk GnRH selepas pembedahan. IUI untuk mereka yang tidak mengalami salur fallopio tersumbat, dan IVF akan disarankan pada mereka yang mengalami endometriosis peringkat teruk.

Ovarian Cyst

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.
Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.


 

 

 

 

 

 

 

Jenis-Jenis Cyst

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.

Follicular Cyst
 Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.
Corpus Luteum
 Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.
Endometriomas: 
 Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.
Cystademas:  
Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.
Dermoid Cysts:
  Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.
Polycystic Ovaries: 
 Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Fibroid

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.
Kebanyakkan simptom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.

Bagaimana wanita boleh menghidapinya?

Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.

 

 

 

 

 

 

 

Apakah simptom yang dihadapi wanita?

Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami:
  • Sakit semasa haid (senggugut)
  • Sakit belakang
  • Haid yang banyak
  • Sembelit
  • Kencing kerap
  • Keguguran yang kerap
  • Sukar mengandung

Bagaimana fibroid dapat dikesan?

Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.

Bagaimana fibroid ini dirawat?

Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada:
  • Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi
  • Berapa cepat fibroid tersebut membesar
  • Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
  • Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung
Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.
Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.
Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.
Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.

Macamana untuk menghindar dari mendapat penyakit fibroid ini?

Malangnya tiada cara yang boleh kita hindari untuk mengelak dari fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan sejenis penyakit keturunan.

Radang Pelvis

Sekiranya anda sukar hamil dan sejak kebelakangan ini anda mengalami sakit perut, dan keputihan yang berbau, anda mungkin mengalami radang pelvis atau pelvic inflammatory disease (PID).Radang pelvis disebabkan oleh jangkitan kuman yang menyerang sistem peranakkan wanita termasuk salur fallopia, rahim dan ovari. Ia banyak terjadi kepada mereka yang aktif dengan hubungan seks rambang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan ketidaksuburan. Jangkitan kuman ini juga boleh berlaku semasa kelahiran dan keguguran.

Simptom-simptom

  • Sakit perut terutama ari-ari
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Keluar lendir yang berbau dan kehijauan dari faraj
  • Haid yang tidak menentu
  • Demam and gigil
  • Loya dan muntah

Diagnosa dan rawatan

Selalunya doktor akan bertanya simtom dan membuat pemeriksaan pelvis untuk mempastikan samada terdapat kesakitan dan menganalisa keadaan lendir.Doktor juga mungkin akan membuat beberapa ujian darah dan cultur pada pangkal rahim untuk mengetahui punca masalah anda. Laparoscopy mungkin diperlukan untuk mendapat diagnosa yang tepat. ia dapat melihat organ peranakan dan sekiranya tersapt radang, kemungkinan besar anda mengidap PID.

Merawat PID

Sekiranya ia dapat dikesan dengan lebih awal, merawat dengan mengunakan antibitik sudah cukup untuk merawatnya. Sekiranya sudah menjadi teruk, anda mungkin terpaksa menjalani rawatan melalui pembedahan untuk membuat nanah yang terbentuk dalam pelvis.

PID dan masalah ketidaksuburan

PID boleh menjadi sangat serius dan kadang-kadang membahayakan nyawa. Sekiranya tidak di rawat tepat pada waktunya, ia akan menyebabkan sistem peranakan menjadi rosak. Ini boleh menyebabkan ketidaksuburan atau masalah kehamilan diluar rahim.

Mencegah PID

Sekiranya anda seorang yang aktif seksual, amat penting untuk anda tahu cara untuk mengurangkan risiko untuk mendapat PID.
  • Berhubungan cuma dengan satu pasangan
  • Gunakan kondom setiap kali hubungan seks
  • Membuat temujanji secara regular dengan doktor gynae anda


sumber: http://portal.alamhamil.com/

Faktor Sukar Dan Tips Kehamilan

Bagi setiap pasangan yang berkahwin , kehadiran anak atau permata hati adalah sesuatu yang dinantikan.Namun, apa yang pasti tidak semua pasangan bernasib baik untuk terus mandapat permata hati dengan kadar yang diingini. Aku sendiri sering melayari internet atau mencari sumber maklumat kenapa, mengapa yg menyebabkan masih tidak hamil…erm…mmg la, semua org cakap belum sampai rezeki kita lagi…tapi alangkah sedihnya apabila aku sekarang ni, dikelilingi oleh wanita yangg sedang mengandung, baru bersalin…sedihnya, hanya Allah yg tahu…tapi macam biasa, aku sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa ceria dan sabar menghadapi semua ini…ini adalah dugaanNya utk kami suami isteri….tapi walau setabah mana seseorg tu, tatkala tengok satu keluarga jalan2, bawa anak, tersentuh juga hati yg dah sedia kecil, menjadi lebih kecil lagi…Justeru adalah amat penting bagi aku dan kita semua (yang ada masalah sama) untuk membuat sedikit research bagi permasalahan ini untuk memudahkan kita mengetahui serba sedikit tentang kesukaran hamil sebelum membuat medical check-up di hospital.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh HFEA(Human Fertilisation and Embryology Authority) pada tahun 2007, 1 daripada 7 pasangan di UK menghadapi masalah untuk dapat zuriat. Manakala berdasarkan satu statistik dari sumber yang lain, 15% daripada pasangan di US yang mencuba untuk dapat zuriat tetapi gagal untuk hamil. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, 10-15 % pasangan suami isteri di Malaysia menghadapi masalah kesukaran untuk mendapat zuriat.

Apakah penyebab utama kepada ketidaksuburan:
1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan
2. Tanda – tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid
3. Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis
4. Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst


Penyebab2 lain ketidaksuburan ;
1. Umur
2. Stress
3. Pemakanan seharian yang tidak elok
4. Latihan olahraga/sukan yang melampau
5. Terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan
6. Merokok
7. Ketagihan alkohol
8. Penyakit kelamin
9. Masalah kesihatan yang disebabkan hormon


Tips-tips untuk mudah hamil :
1. Jangan minum ais dan juga makan ubi kayu ketika datang haid kerana angin boleh memudaratkan
2. Sekiranya anda mengikuti mana2 program kehamilan yang dicadangkan pakar, maka ikutlah segala pantang larang program tersebut. Sekiranya anda buat tanpa disiplin,mengakibatkan program yang anda sertai langsung tak berkesan,malahan tubuh badan anda mungkin merasai kesan ’side effect’ daripadanya
4. Niat dan fokus untuk hamil, fikir positif, elakkan stress
5. Elakkan makanan yg tajam seperti nenas, rebung, tapai, ubi kayu, tembikai, air kelapa dan tebu.
6.Isteri banyakkan makan tauge. 
7. Cuba cara urutan tradisional tapi yang penting cari orang yang betul-betul pandai mengurut untuk kehamilan dan selepas bersalin.

Elakkan juga:
- Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
- Makan junk food,
- Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk
mangga dan ceremai.
- Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza.
- Makan burger dan naget
- Makan jambu batu.
 
Suami pula dikehendaki meminum susu lembu tepung fullcream atau susu segar.
Kalau merokok perlu berhentikan tabiat ini. Tidak ketinggalandari petikan akhbar hari ini, si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.
Coca cola dan Pepsi Cola was invented by American Jews dengan satu objektif iaitu untuk merosakkan kesuburan manusia. Itulah sebabnya mereka begitu bersungguh-sungguh memasarkan produk ini diserata dunia. Namun ironinya ialah dinegara mereka sendiri iaitu Israel, produk Coca Cola dan Pepsi Cola tidak ada dijual kerana sememangnya mereka ingin meramaikan bangsa Yahudi.
 
Namun apa yang penting sekali sebelum melaksanakan tip atau petua ini ialah mendapat redha Allah. Jangan lupa untuk mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Jangan pernah putus asa meminta dariNya. Kita cuma mampu ikhtiar, selebihnya adalah urusan dan perancangan Allah S.W.T kerna Dia lah sebaik-baik perancang.


sumber: pakarhowto, www.shukur.org


Rabu, 16 Mei 2012

Syukuri Nikmat Allah Padamu...

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." 
(Surah Ibrahim, ayat 7)




Thanks Allah for giving me this strength untuk merasai segala nikmatMu. Biarpun segalanya belum menampakkan hasil dan aku masih berusaha untuk mencapai impian ini, aku tetap mensyukurinya kerana Engkau memberiku jalan, petunjuk dan hidayahMu untuk menggerakkan hati ini melakukan ikhtiar dan usaha itu. 

Pujuklah hatiku Ya Allah untuk sentiasa mengingatiMu dikala suka dan dukaku,mengerjakan segala suruhanMu, meninggalkan segala laranganMu. Hanya Engkau yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu Ya Allah. Jangan biarkan hati ini alpa,lalai dan terleka.

Aku akan merasa cukup (qanaah) dengan apa yang Kau kurniakan kepadaku. Aku tahu, andai Kau memberikan aku nikmat yang lebih dari apa yang aku perlukan, ia akan menyebabkan sebuah kemusnahan kerana aku tiada mampu menerima ujian hebat sebegitu.

Andai Kau memberikan aku nikmat kurang daripada apa yang aku perlukan, aku mungkin akan terjatuh ke lembah kekufuran dek hati yang tidak kuat menghadapi dugaan. Maka, oleh itu Engkau memberikan apa yang aku perlukan dan apa yang terbaik untukku dan aku menerimanya sepenuh hati dan rasa kecukupan yang tidak berbelah bahagi

Aku melabuhkan syukur yang tidak terhingga kepada Ilahi yang memberikan jutaan nikmat bermula dari saat roh diciptakan hinggalah pada tarikh ini, jam ini dan saat ini. Sesungguhnya nikmat-nikmat itu tidak mampu ditulis dengan pena walaupun dakwatnya sebanyak seluas lautan - Allah Maha Besar!

Halakanlah nikmat harta yang dikurniakanNya itu untuk kebaikan dan sedekah seikhlas hati sehinggakan tidak tersampai berita kepada tangan kiri bahawa tangan kanan telah menyedekahkan sesuatu.

Setiap apa yang ALLAH janjikan memang benar. Kita merancang. DIA merancang. Namun perancangan DIA lebih sempurna buat kita hambaNYA. Ucapkan lah Alhamdulillah. Tiap detik,waktu,saat. Karna syukur itu taat. Dan Ya ALLAH, aku bersyukur padaMU atas apa yang KAU berikan. Jadikanlah kami dekat denganMU Tuhan. Ameen.....


Rabu, 9 Mei 2012

GEMUK

Hi, everybody...
Hari ni nak cerita sikit pasal gemok...
hehehe....
WHY? Semuanya sebab aku dah makin gemuk...
Baru setahun kahwin tapi, badan aku naik mendadak..
Nak tahu kenapa berat badan naik selepas kahwin?
Ok, aku story sikit ye...

1. Perempuan ini tidak lagi merasa risau tentang berat badan atau penampilan mereka setelah menikah, Berat naik beberapa kilogram adalah efek dari kebahagiaan yang mereka rasakan setelah melalui masa bulan madu. 
2. Waktu untuk mengurus diri sendiri semakin sempit means perubahan gaya hidupla..
3. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan Bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri. Tu yang buat jadi gemuk.. hehehe...

Tu je la yang aku tau & aku google kan,.. hehe... Banyak lagi faktor lain sebenarnya... yang penting kena jaga pemakanan & bersenam... Jangan jadi macam aku ni,.. huhuhu.,..
Nak tengok gambar sebelum nikah & selepas nikah tak?... Ok.... teruskan sroll down.. hehehe...


2009
2012
berbezzzzzaaaa kan????.....

So, lepas ni aku kena diet coz berat aku naik 10 kg lepas kahwin... huhuhuhu...
Tunggu foto aku kurus... hehehe...

Khamis, 3 Mei 2012

Birthday Pertama Sebagai Suami Isteri

~~~ Hai, semuaaaaa.....
Okla, today aku nak kongsi sikit sal sambutan birthday kami selepas bergelar suami isteri dan selepas duduk serumah... As a women, sememangnya la kan, kita tetap ingat tarikh-tarikh special yang terjadi dalam hidup kita. Contohnya, tarikh lahir, ulang tahun perkahwinan, hari pertama jumpa ; what ever la hari-hari penting yang terjadi dalam hidup...So, aku nekad & remind myself untuk sentiasa buat something such, birthday party or kenduri doa selamat or apa-apa untuk meraikan hari-hari penting kami suami isteri... Ini sangat penting ya kalau kita ingin rasa dihargai & menghargai... Itu tandanya kita sayangkan dia & nak tengok dia happy.... ~~ On the other side, its very touching ye...
For our first birthday celebrating as husband & wife biarpun tak seberapa but still leave sweet memories untuk kami di masa akan datang...
Gambar di atas sebenarnya Part 2.. Hehe... Ni celebrate my birthday 25 April 2012 hari tu...
Gambar di bawah ni Part 1.. hehehehe.... Ni celebrate masa birthday encek hubby... 10 Mac 2012 hari tu,..


Surprise!!!!
Just for suami tersayang....


 Ini la buktinya kami celebrate... hehehehe...
Semoga berjumpa lagi~~ Daa.....

Rabu, 2 Mei 2012

Petua Hamil

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia....
Bersua kembali kita..... hai..hai..hai.. hehehe...
Ermmmm.. hari ni aku nak kongsi pasal kehamilan la.... Dah dekat setahun aku ni kahwin tapi belum ada rezeki lagi nampaknya nak ada permata hati. Selepas nikah, setiap bulan aku tunggu berita baik.. tapi... ermmmhhhhh... kecewa.. Apa-pun, aku dan suami tetap sabar sampai hari ni...  
Aku dah banyak kali google pasal Petua Cepat Hamil.. Banyak la jugak info yang aku dapat, tapi belum cuba lagi.. cuba tapi tak sungguh-sungguh macam nak berhasilkan... hehehe... Means, aku dengan suami kena kuatkan semangat la kalau nak dapat baby,... Bukan apa, kalau balik dari ofis tu, sampai rumah terasa kesunyian... Cemburu jugak tengok jiran-jiran yang ada anak ... Meriah je rumah diorang... huhuhu...
Ok la... antara petua-petua yang aku googlekan....
Petua 1
1. Ambil segenggam kacang hijau.
2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.
Petua 2: 
Amalkan Asma Ul-Husna ”Ya Musawwir!” iaitu, sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu.
Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa.
Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
DAN banyakkan bersedekah dengan ikhlas kerana sedekah dapat memurahkan rezeki… Dianugerahkan zuriat juga rezeki namanya…InsyaAllah…kerna ada kisah tentangnya:
Dalam musnad Abu Hanifah Jabir meriwayatkan:-Bahawa suatu ketika ada seorang lelaki yang datang kepada Nabi saw dan berkata:“Wahai Rasulullah, aku belum dikurniakan seorang anak sama sekali dan sampai saat ini aku belum mempunyai anak.”Rasulullah saw bersabda: “Jika kamu memperbanyakkan istighfar dan bersedekah, kamu akan diberi rezeki disebabkan oleh kedua-duanya.”Lelaki itu pun memperbanyakkan bersedekah dan istighfar.Jabir berkata: “Akhirnya orang itu mempunyai sembilan orang anak lelaki.”
Petua 3:
1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji

2. Kemudian,buang biji kurma tu

3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing

4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.

5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.

6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

Ni petua-petua yang aku googlekan dari website pakarhowto, petua ke-2 tu dari Dr.Siti Nor Baiyah, petua ke-3 tu tak ingat sumber mana... Apapun, terima kasih untuk yang berkongsi...

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...