Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 13 Februari 2019

HAZLE COTTAGE 2019 - Shabby Chic White Deko

Assalammualaikum semua..
Hari ini dewi nak share deko terbaru kat rumah dewi ni..
Dewi ni peminat ' Shabby Chic White Decor '.
Bagi yang nak tau apa Shabby Chic ni, meh dewi terangkan.. (dewi tak la pandai sangat... sikit-sikit je la ye..)  Gaya Shabby Chic ni asalnya dari orang English zaman abad ke-19. Gaya ni lebih kepada klasik dan vintage. Apa yang bestnya decor Shabby Chic ni kita tak payah risau nak guna perabot yang glam-glam gitu,. Gaya ni menggunakan perabot lama kerana warna 'lusuh' itu yang memberikan kesan 'Shabby'. 'Shabby' tu maksudnya Lusuh. 'Chic' tu maksudnya Bergaya/ Elok.Kebanyakkan interior Shabby Chic ni menggunakan perabot yang berwarna neutral dan pastel. Kalau kawan-kawan google decor Shabby Chic ada banyak contoh interior yang boleh kita jadikan panduan.

Tapi, hari ni dewi nak share deko rumah dewi yaa...
Kalau kawan-kawan baca entri dewi sebelum-sebelum ini, dewi ni duduk rumah estet.. Dalam ladang kelapa sawit... Nak pergi rumah dewi ni, kalau dari Sibu ke Balingian ambik masa 2 jam setengah, kemudian masuk ladang guna jalan ladang sawit tu dalam 30 minit. Sebab tu dewi cuba nak create suasana yang menenangkan dalam rumah walaupun duduk rumah company je sebab husband dewi ni kerja kat sini.. Memang jauh kalau nak ulang alik ke bandar.. Bandar paling dekat pun Mukah, tempat dewi kerja sekarang yang ambik masa dalam 1 jam nak sampai.. Hari-hari tau dewi travel jauh-jauh.
Bukan apa, dewi ni nak duduk serumah dengan suami.. Kalau dulu, dewi stay dekat Mukah, tapi sorang-sorang duduk rumah tu sunyi pulak.. Mula-mula memang penat travel, sekarang dah okay dah rasanya.. Dewi ulang-alik ni sejak 2013 yang lepas...

Aduuiii, melalut pulak cerita dewi ni ya,..
Meh dewi tunjukkan deko rumah dewi dengan konsep Shabby Chic White ni..



Ni dari luar rumah. Rumah company estet yang biasa-biasa aje.. Hehe..
Ni garden dewi depan rumah.. Boleh cek di Label Hazle's Garden , dewi share pasal garden dewi ni k..


 Meh layan decor ruang tamu rumah dewi dulu ye...




Fake Fireplace tu buat sendiri guna plywood.. Lepas tu cat putih.. Cantek tak? Hehe...


Susunan Frame tu dewi banyak belajar dari Mr. Google.. Kalay nak dapat warna pink/ putih  tu kena spray.. hehehe








    Meh layan decor dapur pulak..












Dewi suka warna-warna pastel ni.. especially pink.. kalau dulu, semua dekor warna pink, sekarang dewi guna warna lembut je.. sebab nak create suasana menenangkan kat rumah.. yang penting , barang-barang dewi ni semua murah-murah.. sebab dewi cat semua perabot jadi putih.. hehehehe..
Mula-mula husband bising jugak.. tapi bila dah siap, haaa... senyum simpul jugak dia.. hehehe..

Okeyla next time dewi share yang lain pulak ye... Kalau nak tengok perjalanan dewi mula-mula mendeko ala2 Cottage Style ni boleh tengok di bawah Label Hazle's Cottage k.



Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...