Hai semua...
Ok, entri kali ni nak explain 4 faktor utama ketidaksuburan wanita.
Ingat tak entri sebelum ni?.....
4 Faktor Utama Ketidaksuburan:
1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan (Anavolusi)2. Tanda – tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid (PCOS)
3. Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis
4. Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst
Anavolusi
Wanita yang tidak mengeluarkan telur setiap bulan mengalami masalah
anovulasi. Untuk memastikan persenyawaan berlaku, ovari akan melepaskan
telur yang matang kedalam salur fallopian setiap bulan. Disini, telur
akan disenyawakan dan sekiranya tiada masalah lain, kehamilan akan
berlaku. wanita yang mengalami anovulasi tidak mengeluarkan telur atau
kadang-kadang sahaja. Ini menyebabkan kehamilan sukar terjadi.Sebab-sebab Anovulasi
Ia terjadi selalunya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. mungkin hormon terlalu sedikit atau terlalu banyak dan otak kita tidak mempunayi cukup signal untuk ovari mengeluarkan telur.
Faktor -faktor yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon ini termasuklah:
- Menyusu badan
- Terlalu gemuk atau telalu kurus
- Terlalu banyak senaman
- Anorexia atau bulimia
- Tekanan
- PCOS
- Masalah tiroid
- Masalah kelenjar pituitari.
- Masalah berlebihan hormon prolaktin
Rawatan
Bergantung kepada penyebab kepada ovulasi tersebut.Ubatan-ubatan yang boleh membantu termasuklah clomiphene, bromocriptin atau gonadotrophin. Surgeri pula termasuklah ovarian drilling untuk prngidap PCOS yang resistan kepada ubat-ubatan.Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
PCOS atau polycystic ovarian syndrome ialah keadaan yang boleh menganggu sistem peranakkan wanita dimana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur. Folikel-folikel terkumpul didalam ovari dan menjadi cysta-cysta kecil yang boleh dilihat melalui ultrasounds scan. Ia berlaku 6-10% dikalangan wanita dan di antara penyebab utama mengapa wanita gagal hamil.
Siapa yang berisiko untuk mendapat PCOS?
PCOS boleh dihadapi oleh sesiapa jua tidak bangsa tetapi umur yang kerap berlaku ialah diantara 20-30 tahun. Ia juga ada kaitan dengan faktor keturunan.Teori punca PCOS
Setakat ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku tetapi terdapat beberapa teori yang hangat diperkatakan:Kekurangan hormon
Ia mungkin disebabkan kekurangan hormon kerana mereka yang mengidap PCOS didapati tidak mengandungi tahap hormon yang secukupnya untuk ovulasi berlaku. Untuk berlaku ovulasi, hormon FSH dan LH mestilah berada dalam keadaan yang seimbang tetapi ia tidak berlaku pada mereka yang mengidap PCOS. Oleh yang demikian, folikel didalam ovari tidak berkembang dan gagal matang seterusnya tiada berlaku ovulasi.
Kebal kepada insulin
PCOS mungkin juga disebabkan oleh badan yang kebal kepada insulin.ini menanmbahkan lagi risiko anovulasi.
Faktor genetik
Ia mungkin disebabkan oleh penyakit keturunan kerana terdapat ramai dikalangan PCOS mempunyai keluarga yang mengidap PCOS.
Apa simptom dan tanda PCOS?
Terdapat banyak simtom dan tanda PCOS. Tetapi kebanyakkan dari wanita yang mengidap PCOS mengalami simtom yang berbeza-beza diantara satu sama lain seperti:- Haid yang tidak teratur
- Tiada haid selama berbulan-bulan
- Tiada ovulasi
- Pertambahan berat badan yang keterlaluan
- Tumbuh bulu lebat pada muka dan badan
- Kencing manis
Polycystic Ovarian Syndrome dan masalah kesuburan
Salah satu komplikasi yang terbesar ialah sukar hamil kerana kebanyakkan wanita ini tidak mengalami ovulasi seterusnya sukar untuk mendapatkan zuriat.Macam-mana untuk mengetahui yang saya mengidap PCOS?
Sekiranya anda didapati sukar untuk hamil, doktor selalunya akan membuat beberapa ujian untuk memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah anda:- Ujian darah Luteinizing Hormone (LH)
- Ujian darah Follicle Stimulating Hormone(FSH)
- Ujian darah Progesterone/Testesterone
- Ujian darah prolaktin
- Ultrasound Pelvis- rahim dan ovari
Bagaimana merawat masalah ini?
Ubat suburIalah ubat kesuburan yang boleh menolong anda mengalami ovulasi.
Ubat perancang keluarga
Pil ini boleh mengembalikan semula hormon anda dan mengurangkan simtom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan dan haid yang tidak teratur. Pill ini selalunya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil.
Pembedahan
Sekiranya anda mengalami PCOS dan ubat subur tidak memberikan kesan yang memuaskan, doktor anda mungkin mencadangkan prosedur yang dinamakan ovarian drilling.
Ia adalah sejenis pembedahan dimana ovari akan dikorek dengan mengunakan alat yang khas.70% wanita mengalami ovulasi selepas menjalani prosedur ini.
Endometriosis
Ia satu keadaan dimana tisu yang seakan sama dengan dinding rahim (endometrium) berada diluar rahim.Tempat yang paling biasa ditemui ialah pada ovari, belakang rahim dan juga pada organ-organ disekitarnya.Ia juga jarang-jarang boleh ditemui pada kawasan diluar pelvis sperti didalam paru-paru. Setiap kali anda mengalami haid, endometrium juga mengalami haid dan ini akan menyebabkan darah berkumpul pada kawasan tersebut menyebabkan radang, kerosakan dan parut yang teruk. Ia sebenarnya boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan usia tapi lebih kerap terjadi kepada mereka yang beurusia 20-30an dan mempunyai sejarah keluarga yang mengalami masalah yang sama.
Komplikasi Endometriosis
Masalah yang sering dihidapi oleh mereka yang mengalami endometriosis ialah:- Sakit senggugut
- Sakit pada ari-ari
- Sakit semasa hubungan seks
- Sukar Hamil
Kadang-kadang tahap kesakitan tidak berkait langsung dengan keadaan atau keterukan endometriosis. Ada yang mengalami sakit yang luar biasa tetapi mempunyai endometriosis tahap ringan dan, ada juga yang mengalami endometriosis yang begitu teruk, tetapi tidak mengalami apa apa simtom.
Simptom-Simptom Lain Yang Jarang-Jarang
- Sakit semasa membuang air besar atau keluar darah dari dubur semasa haid
- Sembelit
- Sakit semasa pemeriksaan pelvis
- Sakit dan kerap kencing
Mengesan Endometriosis
Doktor akan bertanya tentang sejarah perubatan anda dan symptom yang anda hadapi. Pemeriksaan faraj adalah penting untuk mengesan samada terdapat pembengkakan, kesakitan, dan sebarang ketidaknormalan pada system peranakkan. Ultrasound boleh menolong untuk melihat sebarang cyst yang timbul dari komplikasi endometrisis.Tetapi, satu-satu cara yang boleh mengesan penyakit ini dengan tepat ialah melalui prosedur yang dinamakan laparoscopy.
Pesakit akan dibius secara keseluruhan dimana pesakit dalam keadaan tidak sedar, dan pakar bedah akan membuat hirisan kecil pada kawasan berdekatan dengan pusat. Satu alat teleskop yang mempunyai camera kecil akan dimasukkan pada hirisan tersebut dan organ organ dalaman akan diperhatikan dengan teliti untuk sebarang tanda tanda endometriosis. Saiz, lokasi, dan bilangan ketumbuhan endometriosis akan dicatat. Kadang-kadang doktor terpaksa mengambil sedikit biopsi supaya diagnosis yang tepat dapat dilakukan.
Rawatan Endometriosis
Untuk menghalang kerosakkan yang serius pada system peranakan anda, adalah sangat penting untuk merawat endometriosis ini secepat mungkin.Sesungguhnya, tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya 100%, tetapi terdapt beberapa rawatan yang boleh mengurangkan kesakitan anda dan mengekalkan kesuburan anda.
Rawatan ubat-ubatan
Ubat tahan sakit
Boleh mengurangkan kejang dan sakit seperti acetaminophen, ibuprofen, naproxen. Sekiranya sakit terlalu teruk, anda berbincang boleh berbincang dengan doktor anda untuk ubat yang lebih kuat.Pill Perancang
Pill perancang boleh membuatkan haid anda teratur juga mengurangkan darah haid dengan mengawal ovulasi. Ramai wanita mengambil pil secara berterusan agar haid mereka lansung tidak datang dan seterusnya mengurangkan sakit.Adalah sejenis ubat yang boleh mengawal pengeluran estrogen, hormone yang menyebabkan pembesaran endometriosis.kebanyakkan pendarahan dan sakit akan hilang setelah 6 minggu mengunakakn ubat ini.
Rawatan pembedahan
Sekiranya ubatan tidak memberikan hasil yang memuaskan, doktor akan menyarankan pembedahan seperti endometrial ablation. Pembedahan cystectomy disarankan kepada mereka yang mengalami endometriotic cyst.Merawat ketidaksuburan akibat endomeriosis
Anda selalunya akan dirawat dengan untuk GnRH selepas pembedahan. IUI untuk mereka yang tidak mengalami salur fallopio tersumbat, dan IVF akan disarankan pada mereka yang mengalami endometriosis peringkat teruk.
Ovarian Cyst
Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.
Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah.
Jenis-Jenis Cyst
Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.Follicular Cyst:
Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.
Corpus Luteum:
Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.
Endometriomas:
Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.
Cystademas:
Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.
Dermoid Cysts:
Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.
Polycystic Ovaries:
Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.
Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
Fibroid
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundit kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.
Kebanyakkan simptom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.
Bagaimana wanita boleh menghidapinya?
Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.Apakah simptom yang dihadapi wanita?
Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami:- Sakit semasa haid (senggugut)
- Sakit belakang
- Haid yang banyak
- Sembelit
- Kencing kerap
- Keguguran yang kerap
- Sukar mengandung
Bagaimana fibroid dapat dikesan?
Kebanyakkan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak tersebut. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari firoid atau ovari.Bagaimana fibroid ini dirawat?
Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada:- Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi
- Berapa cepat fibroid tersebut membesar
- Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
- Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung
Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.
Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.
Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.
Macamana untuk menghindar dari mendapat penyakit fibroid ini?
Malangnya tiada cara yang boleh kita hindari untuk mengelak dari fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan sejenis penyakit keturunan.
Radang Pelvis
Sekiranya anda sukar hamil dan sejak kebelakangan ini anda mengalami sakit perut, dan keputihan yang berbau, anda mungkin mengalami radang pelvis atau pelvic inflammatory disease (PID).Radang pelvis disebabkan oleh jangkitan kuman yang menyerang sistem peranakkan wanita termasuk salur fallopia, rahim dan ovari. Ia banyak terjadi kepada mereka yang aktif dengan hubungan seks rambang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan ketidaksuburan. Jangkitan kuman ini juga boleh berlaku semasa kelahiran dan keguguran.
Simptom-simptom
- Sakit perut terutama ari-ari
- Sakit semasa hubungan seks
- Keluar lendir yang berbau dan kehijauan dari faraj
- Haid yang tidak menentu
- Demam and gigil
- Loya dan muntah
Diagnosa dan rawatan
Selalunya doktor akan bertanya simtom dan membuat pemeriksaan pelvis untuk mempastikan samada terdapat kesakitan dan menganalisa keadaan lendir.Doktor juga mungkin akan membuat beberapa ujian darah dan cultur pada pangkal rahim untuk mengetahui punca masalah anda. Laparoscopy mungkin diperlukan untuk mendapat diagnosa yang tepat. ia dapat melihat organ peranakan dan sekiranya tersapt radang, kemungkinan besar anda mengidap PID.Merawat PID
Sekiranya ia dapat dikesan dengan lebih awal, merawat dengan mengunakan antibitik sudah cukup untuk merawatnya. Sekiranya sudah menjadi teruk, anda mungkin terpaksa menjalani rawatan melalui pembedahan untuk membuat nanah yang terbentuk dalam pelvis.PID dan masalah ketidaksuburan
PID boleh menjadi sangat serius dan kadang-kadang membahayakan nyawa. Sekiranya tidak di rawat tepat pada waktunya, ia akan menyebabkan sistem peranakan menjadi rosak. Ini boleh menyebabkan ketidaksuburan atau masalah kehamilan diluar rahim.Mencegah PID
Sekiranya anda seorang yang aktif seksual, amat penting untuk anda tahu cara untuk mengurangkan risiko untuk mendapat PID.- Berhubungan cuma dengan satu pasangan
- Gunakan kondom setiap kali hubungan seks
- Membuat temujanji secara regular dengan doktor gynae anda
sumber: http://portal.alamhamil.com/
1 ulasan:
tQ for info.Banyak juga faktor ketidaksuburan ni yer.Takot pulak tgk faktor2 tu.
Catat Ulasan