Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 16 Mei 2012

Syukuri Nikmat Allah Padamu...

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." 
(Surah Ibrahim, ayat 7)




Thanks Allah for giving me this strength untuk merasai segala nikmatMu. Biarpun segalanya belum menampakkan hasil dan aku masih berusaha untuk mencapai impian ini, aku tetap mensyukurinya kerana Engkau memberiku jalan, petunjuk dan hidayahMu untuk menggerakkan hati ini melakukan ikhtiar dan usaha itu. 

Pujuklah hatiku Ya Allah untuk sentiasa mengingatiMu dikala suka dan dukaku,mengerjakan segala suruhanMu, meninggalkan segala laranganMu. Hanya Engkau yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu Ya Allah. Jangan biarkan hati ini alpa,lalai dan terleka.

Aku akan merasa cukup (qanaah) dengan apa yang Kau kurniakan kepadaku. Aku tahu, andai Kau memberikan aku nikmat yang lebih dari apa yang aku perlukan, ia akan menyebabkan sebuah kemusnahan kerana aku tiada mampu menerima ujian hebat sebegitu.

Andai Kau memberikan aku nikmat kurang daripada apa yang aku perlukan, aku mungkin akan terjatuh ke lembah kekufuran dek hati yang tidak kuat menghadapi dugaan. Maka, oleh itu Engkau memberikan apa yang aku perlukan dan apa yang terbaik untukku dan aku menerimanya sepenuh hati dan rasa kecukupan yang tidak berbelah bahagi

Aku melabuhkan syukur yang tidak terhingga kepada Ilahi yang memberikan jutaan nikmat bermula dari saat roh diciptakan hinggalah pada tarikh ini, jam ini dan saat ini. Sesungguhnya nikmat-nikmat itu tidak mampu ditulis dengan pena walaupun dakwatnya sebanyak seluas lautan - Allah Maha Besar!

Halakanlah nikmat harta yang dikurniakanNya itu untuk kebaikan dan sedekah seikhlas hati sehinggakan tidak tersampai berita kepada tangan kiri bahawa tangan kanan telah menyedekahkan sesuatu.

Setiap apa yang ALLAH janjikan memang benar. Kita merancang. DIA merancang. Namun perancangan DIA lebih sempurna buat kita hambaNYA. Ucapkan lah Alhamdulillah. Tiap detik,waktu,saat. Karna syukur itu taat. Dan Ya ALLAH, aku bersyukur padaMU atas apa yang KAU berikan. Jadikanlah kami dekat denganMU Tuhan. Ameen.....


Tiada ulasan:

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...