Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia....
Bersua kembali kita..... hai..hai..hai.. hehehe...
Ermmmm.. hari ni aku nak kongsi pasal kehamilan la.... Dah dekat setahun aku ni kahwin tapi belum ada rezeki lagi nampaknya nak ada permata hati. Selepas nikah, setiap bulan aku tunggu berita baik.. tapi... ermmmhhhhh... kecewa.. Apa-pun, aku dan suami tetap sabar sampai hari ni...
Aku dah banyak kali google pasal Petua Cepat Hamil.. Banyak la jugak info yang aku dapat, tapi belum cuba lagi.. cuba tapi tak sungguh-sungguh macam nak berhasilkan... hehehe... Means, aku dengan suami kena kuatkan semangat la kalau nak dapat baby,... Bukan apa, kalau balik dari ofis tu, sampai rumah terasa kesunyian... Cemburu jugak tengok jiran-jiran yang ada anak ... Meriah je rumah diorang... huhuhu...
Ok la... antara petua-petua yang aku googlekan....
Petua 1
1. Ambil segenggam kacang hijau.
2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
Menurut pengamal petua ini, mereka cuma mengamalkan petua ini sebulan saja. Lepas sebulan amal, dengan izin Allah dia mengandung, katanya. Menurutnya lagi, kawan-kawan nya yang lain yang mengamalkan petua ini juga, Alhamdulillah berjaya mengandung.

Petua 2:
Amalkan Asma Ul-Husna ”Ya Musawwir!” iaitu, sekiranya seorang isteri yang
sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa
selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu.
Di waktu hendak berbuka puasa, ambil
segelas air & dibacakan “Ya Musawwir” sebanyak 21 x, kemudian diminum air
tersebut untuk berbuka puasa.
Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang
sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak
berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak
yang soleh.
DAN banyakkan bersedekah dengan ikhlas kerana sedekah dapat memurahkan
rezeki… Dianugerahkan zuriat juga rezeki namanya…InsyaAllah…kerna ada kisah
tentangnya:
Dalam musnad Abu Hanifah Jabir meriwayatkan:-Bahawa suatu ketika ada seorang lelaki yang datang kepada Nabi saw dan berkata:“Wahai Rasulullah, aku belum dikurniakan seorang anak sama sekali dan sampai saat ini aku belum mempunyai anak.”Rasulullah saw bersabda: “Jika kamu memperbanyakkan istighfar dan bersedekah, kamu akan diberi rezeki disebabkan oleh kedua-duanya.”Lelaki itu pun memperbanyakkan bersedekah dan istighfar.Jabir berkata: “Akhirnya orang itu mempunyai sembilan orang anak lelaki.”

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.
Ni petua-petua yang aku googlekan dari website pakarhowto, petua ke-2 tu dari Dr.Siti Nor Baiyah, petua ke-3 tu tak ingat sumber mana... Apapun, terima kasih untuk yang berkongsi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan