Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Khamis, 17 Mei 2012

Faktor Sukar Dan Tips Kehamilan

Bagi setiap pasangan yang berkahwin , kehadiran anak atau permata hati adalah sesuatu yang dinantikan.Namun, apa yang pasti tidak semua pasangan bernasib baik untuk terus mandapat permata hati dengan kadar yang diingini. Aku sendiri sering melayari internet atau mencari sumber maklumat kenapa, mengapa yg menyebabkan masih tidak hamil…erm…mmg la, semua org cakap belum sampai rezeki kita lagi…tapi alangkah sedihnya apabila aku sekarang ni, dikelilingi oleh wanita yangg sedang mengandung, baru bersalin…sedihnya, hanya Allah yg tahu…tapi macam biasa, aku sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya sentiasa ceria dan sabar menghadapi semua ini…ini adalah dugaanNya utk kami suami isteri….tapi walau setabah mana seseorg tu, tatkala tengok satu keluarga jalan2, bawa anak, tersentuh juga hati yg dah sedia kecil, menjadi lebih kecil lagi…Justeru adalah amat penting bagi aku dan kita semua (yang ada masalah sama) untuk membuat sedikit research bagi permasalahan ini untuk memudahkan kita mengetahui serba sedikit tentang kesukaran hamil sebelum membuat medical check-up di hospital.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh HFEA(Human Fertilisation and Embryology Authority) pada tahun 2007, 1 daripada 7 pasangan di UK menghadapi masalah untuk dapat zuriat. Manakala berdasarkan satu statistik dari sumber yang lain, 15% daripada pasangan di US yang mencuba untuk dapat zuriat tetapi gagal untuk hamil. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, 10-15 % pasangan suami isteri di Malaysia menghadapi masalah kesukaran untuk mendapat zuriat.

Apakah penyebab utama kepada ketidaksuburan:
1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan
2. Tanda – tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid
3. Saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis
4. Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst


Penyebab2 lain ketidaksuburan ;
1. Umur
2. Stress
3. Pemakanan seharian yang tidak elok
4. Latihan olahraga/sukan yang melampau
5. Terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan
6. Merokok
7. Ketagihan alkohol
8. Penyakit kelamin
9. Masalah kesihatan yang disebabkan hormon


Tips-tips untuk mudah hamil :
1. Jangan minum ais dan juga makan ubi kayu ketika datang haid kerana angin boleh memudaratkan
2. Sekiranya anda mengikuti mana2 program kehamilan yang dicadangkan pakar, maka ikutlah segala pantang larang program tersebut. Sekiranya anda buat tanpa disiplin,mengakibatkan program yang anda sertai langsung tak berkesan,malahan tubuh badan anda mungkin merasai kesan ’side effect’ daripadanya
4. Niat dan fokus untuk hamil, fikir positif, elakkan stress
5. Elakkan makanan yg tajam seperti nenas, rebung, tapai, ubi kayu, tembikai, air kelapa dan tebu.
6.Isteri banyakkan makan tauge. 
7. Cuba cara urutan tradisional tapi yang penting cari orang yang betul-betul pandai mengurut untuk kehamilan dan selepas bersalin.

Elakkan juga:
- Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
- Makan junk food,
- Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk
mangga dan ceremai.
- Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza.
- Makan burger dan naget
- Makan jambu batu.
 
Suami pula dikehendaki meminum susu lembu tepung fullcream atau susu segar.
Kalau merokok perlu berhentikan tabiat ini. Tidak ketinggalandari petikan akhbar hari ini, si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.
Coca cola dan Pepsi Cola was invented by American Jews dengan satu objektif iaitu untuk merosakkan kesuburan manusia. Itulah sebabnya mereka begitu bersungguh-sungguh memasarkan produk ini diserata dunia. Namun ironinya ialah dinegara mereka sendiri iaitu Israel, produk Coca Cola dan Pepsi Cola tidak ada dijual kerana sememangnya mereka ingin meramaikan bangsa Yahudi.
 
Namun apa yang penting sekali sebelum melaksanakan tip atau petua ini ialah mendapat redha Allah. Jangan lupa untuk mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Jangan pernah putus asa meminta dariNya. Kita cuma mampu ikhtiar, selebihnya adalah urusan dan perancangan Allah S.W.T kerna Dia lah sebaik-baik perancang.


sumber: pakarhowto, www.shukur.org


Tiada ulasan:

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...