27 Mei 2010 (Khamis)
Mulanya kalau ikutkan perancangan memang terus bertunang,
akan tetapi disebabkan kekangan waktu dan percaturan adat maka majlis mengikat tali janji seumur hidup dimulai dengan Majlis Pertekolan... (majlis buka mulut ta org sarawak)..Majlis dihadiri oleh kedua-dua ibu bapa pihak lelaki dan perempuan, wakil bagi pihak lelaki dan perempuan, ahli keluarga terdekat dan sahabat yang sempat dimaklumkan akan majlis tersebut.
Mengikut adat, majlis dimulai dengan bacaan doa dan buka mulut tentang maksud kedatangan pihak lelaki.
Pihak lelaki membawa sebentuk cincin tekol @ cincin tanda, wang buka mulut sebanyak RM50 dan wang adat sebanyak RM100. Hantaran diterima oleh wakil pihak perempuan dan cincin disarungkan oleh ibu si teruna ke jari manis si gadis..maka...bermulalah episod hidup sebagai tunangan orang dan semoga pertunangan ini hingga ke jinjang pelamin hendaknya dan semoga jodoh ini berpanjangan hingga ke akhir hayat.
Jumaat, 18 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti
Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...
-
Assalammualaikum & hai semuaa. Hari ni dewi nak story sikit pasal Pegawai Tadbir Negeri ni... Pegawai Tadbir Negeri (PTN) lain tau ...
-
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Hai, berjumpa lagi kita. Hari ni dewi nak cerita sikit pasal pinjaman perumahan ni....
-
27 Mei 2010 (Khamis) Mulanya kalau ikutkan perancangan memang terus bertunang, akan tetapi disebabkan kekangan waktu dan percaturan ada...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan