Sebagai pasangan yang dikategorikan sukar mendapat cahaya mata atau belum mendapat cahaya mata setelah lebih setahun berkahwin, kita wajar mengambil tahu apa yang menyebabkannya, dan cara-cara untuk membantu kita hamil. Memanglah itu semua adalah kerja Allah yang Maha Esa, tapi kita perlu ingat Allah tak suka orang yang meminta-minta tanpa berusaha sendiri. So, kita patut buat apa yang kita perlu buat contohnya membaca artikel dan bahan ilmu yang berkaitan dengan kehamilan.
Perlu diingat, kehamilan hanya akan berlaku sekiranya terdapat ovulasi. Ovulasi berlaku apabila telur yang matang dilepaskan daripada ovari ke
salur fallopian dan bersedia untuk disenyawakan. Dalam masa yang sama,
dinding rahim menebal sebagai persediaan untuk menyambut kedatangan
telur yang sudah disenyawakan. Sekiranya tiada persenyawaan, dinding rahim akan gugur bersama darah dan haid terjadi.
Fakta utama Ovulasi
- Telur cuma berupaya hidup 12-24 jam selepas dilepaskan dari ovari.
- Selalunya cuma satu telur sahaja yang dilepaskan setip kali ovulasi.
- Ovulasi boleh dipengaruhi oleh tekanan, sakit atau kiranya terdapat gangguan pada rutin seharian.
- Sesetengah wanita mungkin mengalami pendarahan faraj semasa ovulasi.
- Implantasi selalunya terjadi 6-12 hari selepas ovualsi.
- Setiap wanita dilahirkan dengan berjuta-juta telur yang tidak matang yang menunggu untuk dilepaskan.
- Haid masih boleh berlaku walaupun ovulasi tidak berlaku.
- Ovulasi juga masih boleh berlaku walaupun haid tidak datang.
- Sesetengah wanita mungkin merasa sedikit sakit pada bawah perut semasa ovulasi terjadi.
- Sekiranya telur tidak disenyawakan, ia akan diserap kedalam dinding rahim dan akan gugur bersama-sama darah haid.
Tanda-Tanda Ovulasi
• Perubahan mukus serviks. Beberapa kajian mendapati bahawa
mengesan perubahan mukus serviks adalah cara yang tepat dan berguna bagi
wanita untuk meramalkan hari yang paling subur mereka. Apabila kitaran
anda berjalan, volum mukus serviks anda meningkat dan bertukar tekstur.
Volum yang banyak dan perubahan tekstur menunjukkan peningkatan tahap
hormon estrogen dan memberitahu anda bahawa ovulasi akan berlaku dalam
sedikit masa. Anda dianggap paling subur apabila mukus itu menjadi
jernih, licin dan anjal. Peranan mukus ini adalah bagi memelihara,
melindungi dan mempercepatkan sperma dalam perjalanannya naik melalui
uterus dan masuk ke dalam tiub falopio untuk pertemuan dengan telur
anda. Ramai wanita mengatakan yang mukus yang berlebihan dan berair pada
tahap ini sama seperti putih telur.
• Sakit pinggang/ Kram pada bahagian bawah perut. Sebanyak seperlima wanita dapat merasa aktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam. Jika anda perasan sakit serupa pada masa yang agak sama setiap bulan, periksalah kondisi mukus serviks anda juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka.
Mungkin ada tak menyedarinya, tapi mungkin ada tanda-tanda lain yang menunjukkan yang anda berada di masa yang paling subur. Kajian-kajian tentang perubahan penampilan dan perlakuan sepanjang kitaran haid telah menjadi lebih popular kebelakangan ini. Fikirkan kembali kitaran haid anda dan anda mungkin dapat mengesan bahawa separuh daripada yang berikut menjadi lebih ketara apabila anda mendekati ovulasi.
• Rasa seksi dan suka memikat. Libido meningkat, perasaan riang dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda berada di masa paling subur. Anda mungkin sedar akan peningkatan perasaan berahi semasa anda berada dalam fasa ovulasi di kitaran haid anda. Samada berkahwin atau tidak, semasa berada dalam ruang subur wanita suka keluar rumah, terutama ke tempat-tempat di mana mereka boleh bersosial dengan lelaki lain, bergurau dan cuba memikat. Jika berkahwin, anda mungkin sedar yang pada masa ini suami menjadi lebih cemburu dan lebih memberi perhatian.
• Kelihatan bergetah, bergetah, bergetah! Kajian mendapati bahawa kedua-dua aspek iaitu perasaan berahi dan kecantikan diri iaitu daya-tarik meningkat semasa anda mendekati ovulasi. Kajian baru-baru ini melaporkan yang wanita menyatakan mereka merasakan diri lebih menarik dari segi rupa dan bentuk badan pada masa subur ini. Anda juga akan kelihatan menarik kepada orang lain sebab wanita lebih mengambil berat tentang kecantikan diri semasa mereka subur. Dengan tidak disedari, anda mungkin memilih baju yang menambahkan daya-tarik anda dan lebih berusaha berdandan dan menghias diri; dan wanita kelihatan lebih bergetah lebih hampir kepada ovulasi. Walaupun kita tidak fikir kita juga menggunakan peragaan seksual, seperti terdapat di dunia haiwan, namun, kita tetap menggunakan muslihat feminin kita untuk menarik perhatian jejaka yang utama dalam hidup kita.
• Bau yang membuat lelaki gila. Anda bukan saja kelihatan cantik, bau anda juga amat, amat menghairahkan! Adalah didapati bahawa wanita berbau secara lebih menggodakan lelaki apabila mereka dalam fasa ovulasi berbanding masa-masa ruang subur telah berlalu. Anda mungkin menyangka yang tiada siapa mengetahui yang anda sedang ovulasi, tetapi feromon yang sememangnya ada, membuka rahsia.

• Perubahan Suhu Badan. Biasanya suhu badan akan turun sedikit pada hari pengeluaran benih dan
sejurus kemudian ianya akan meningkat naik sebanyak 0.2 darjah celcius
dan kenaikan suhu badan ini akan berlarutan sekurang-kurangnya 10 hari
atau lebih. Sekiranya bentuk carta sedemikian tidak diperolehi maka
seseorang wanita itu mungkin alami masalah tidak mengeluarkan benih dan
seterusnya tidak boleh hamil .Catatan suhu perlu dilakukan dengan menggunakan jangka suhu atau
thermometer khas yang digelar "ovulation thermometer". Catatan suhu
badan ini perlu dilakukan sebaik sahaja bangun dari tidur (sebelum
mandi). Persediaan awal perlu dilakukan pada malam sebelumnya iaitu
dengan menggoncangkan thermometer supaya tanda raksa akan turun ke paras
yang paling rendah. Apabila hendak mengambil suhu badan, thermometer
tersebut perlu dimasukkan ke dalam mulut selama dua atau tiga minit.
Catatan suhu badan ini sepatutnya dilakukan setiap hari kecuali pada
masa datang haid.
Okay, itu saja untuk entry kali ini. Apa-pun, ini ilmu yang saya cedok dengan mengOOgle ye.. ~O ye, sini saya letakkan link untuk mengira waktu subur anda. Saya rasa web ni agak tepat la dalam kiraan waktu subur. (bagi saya la..) Apapun, kalau nak tahu, just click.. (n_n) ~
Tak salah untuk membaca sebagai pengetahuan. Semoga usaha kita untuk mencapai impian sebagai ayah dan ibu tercapai. Yang penting, usaha, tawakal dan doa. Semoga Allah makbulkan. Ameen Ya Rabbal-alamin.