As-Salam semua..
Entri kali ni dewi nak share topik yang syahdu sikit.. "Pengorbanan Suami".
Bukan pasal suami orang ye.. suami sendiri.. hehehe..
Tapi, bila difikirkan sebagai isteri, kita mesti ingat setiap pengorbanan yang telah suami buat untuk kita..
Dari masa bercinta, bertunang sehinggalah dah bergelar suami isteri ni..
Suami itu sangat tinggi darjatnya.. sehinggakan ada hadis menyatakan ;
“ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya
sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah
suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu.
Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku
perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.” (HR. Al-Hakim)
Suami juga manusia kan...pastinya dia juga tak sempurna, bagaimana kita nak mengharap suami yang sempurna sedangkan kita sebagai isteri pun tak mampu menunaikan tanggungjawab dengan sempurna. Jadi, sebagai usaha memupuk rasa cinta,kasih dan sayang kepada suami seperti mula2 bercinta dulu, hendaklah kita mengingati setiap jerih payahnya untuk memastikan segalanya cukup untuk kita, ingatlah setiap pelukan kasih sayang yang dia pernah berikan, ingatlah setiap kata-kata indah yang dia pernah bisikan, ingatlah setiap titik keringat yang dia titiskan untuk menyara kita sebagai isteri dan keluarganya.. semoga dengan itu dapat membantu kita menghargai kasih sayang yang telah suami curahkan.
Memang ada suami yang pada mulanya sangat baik tapi setelah sekian lama isteri dibiarkan begitu saja, tapi kita perlu tahu pasti ada sebab mengapa suami kita begitu... mungkinkah disebabkan kesilapan kita sendiri, atau memang takdir Allah yang ingin menguji kita?.. Justeru, berbaliklah kepada pucuk pangkalnya masa kita memilih suami.. Suami bukan barangan yang dapat dipilih sesuka hatikan.. kita kena tau agamanya, sikapnya di rumah dan di luar, keluarganya... insyAllah, kita dapat membentuk keluarga bahagia..
Jujur sebak rasanya dada ini, kadang-kadang menitis airmata dewi mengenangkan pengorbanan sang suami.. dari memikat hati keluarga, menyediakan belanja kahwin, dengan tempat kerjanya jauh di ladang, kesusahan sewaktu belum punya apa-apa untuk keluar masuk dari ladang, dengan keadaan tempat kerja yang merbahaya terdedah dengan haiwan dan binatang liar, dengan keadaan rumah yang tak seberapa pada masa itu, hati mana yang tak terusik melihat pengorbanannya.. Hanya Allah yang tahu betapa hati ini tersentuh dan terharu dengan pengorbanan suami. Sehingga sekarang walaupun kami sudah tinggal bersama dan keadaan rumah yang alhamdullilah sangat bagus, hati ini masih lagi teringat kesusahan suami sebelum menyunting diri ini. Pernah dia menangis mengenangkan pengorbanan dewi yang sanggup mengikutnya untuk tinggal di ladang, jauh dari keluarga, jauh dari bandar, jauh dari kesenangan, mandi air telaga, minum air hujan semata-mata untuk bersamanya... Sesungguhnya cinta ini membuatkan dewi sanggup menempuhi segala dugaan bersama suami. Sentiasa terbayang di mata wajahnya suka, duka, ketawa, marah,kecewa.. wajahnya tersenyum memandang dewi, wajahnya yang tenang sewaktu tidur, wajahnya yang indah dengan basahan wudhuk nya, wajahnya yang tawaduk selepas solat..ya Allah, betapa hati ini bersyukur kerana menemukannya sebagai suamiku. Suami dewi alhamdullilah, tidak bersepah orangnya, pandai memasak, tidak pemarah, baik hati, jujur dan setia, suka bergurau dan ketawa (cuma kadang-kadang gurauannya mendatangkan marah..hehe). Dia juga seorang yang sangat menghormati orang tua, dan sentiasa lembut dalam tutur katanya.. yang paling penting, dalam segala hal, suami dewi, alhamdullillah, mementingkan dewi terlebih dahulu sebelum dirinya sendiri, baik dari segi makan,minum, pakaian, mahupun harta benda.. Alhamdullilah..
Dan ada satu pengorbanan suami yang benar-benar menyentuh hati dewi, dia sangat tenang walaupun sudah hampir 2 tahun bersama, kami belum dikurniakan cahaya mata. Walaupun dia ceria menyatakan tunggulah dulu, tapi dari sinar matanya dewi tahu dia pun kesunyian dan inginkan zuriatnya sendiri untuk menemani harinya. Saban hari dewi memohon maaf dari suami kerna belum mampu memberikan zuriat padanya. Saban hari hati ini menangis dan memohon rahmat dan kurnia dari Allah yang Maha Esa , semoga dimakbulkan permintaan kami. Sungguh hati ini sangat rasa bersalah kepada suami tercinta.. Sungguh hati ini rasa sangat malu... akan tetapi ketenangan suami menghadapi ujian ini mengajar dewi erti sabar dan redha.. Sesungguhnya Allah ingin menguji kami kerana Dia sayangkan kami...
Namun, di sebalik dugaan ini, ada hikmah yang Allah berikan. Dewi sangat-sangat-sangat bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan dewi, seorang suami yang walaupun tak sempurna seperti mana idaman setiap wanita, tetapi bagi dewi , dialah lelaki yang paling sempurna yang ada dalam hidup dewi. Selagi hayat dikandung dibadan, InsyaAllah dewi akan mengabdikan diri menjadi isteri yang terbaik buat suami dewi.. Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat kami, dan hingga ke Jannah.. InsyAllah.. Semoga kami dapat membentuk keluarga yang sakinah mawaddah warohmah, yang taat kepada Allah yang Maha Esa, cintakan Rasullullah S.A.W, sayangkan ibu bapa dan keluarga keduanya, serta sayangkan rakan-rakan muslimin dan muslimat yang ingin menjadi sahabat kami.
Dialah suamiku.. "Rosli Bin Ismail"
Dialah cinta hatiku.. penawar segala suka duka ku...
Doakan yang terbaik untuk kami ye kawan2.. Sama-samalah kita mengingati pengorbanan suami mahupun isteri agar kita mampu berbahagia di samping keluarga tercinta.