Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 27 September 2013

Rezeki Kerja Kerajaan (^_^)

Alhamdullilah..
Alhamdullillah..
Alhamdullillah..
Alhamdullillah Ya Allah..

Terima kasih Allah, akhirnya dewi dapat juga kerja tetap (government) yang ditunggu-tungu selama ini.
Ingat tak kawan-kawan, dewi pernah cerita yang dewi dah lalui 5 peringkat tapisan untuk jawatan Pegawai Tadbir Negeri? Alhamdullillah...
Tanggal 16 Mei 2013, jam 1.20 tengahari, dewi dapat call daripada Unit Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Sarawak dari Pn. Dayangku Shafinah yang memaklumkan dewi dapat kerja tetap ni..
Wahhhhhhh.... rasa nak melompat dewi masa tu.. huhuhuhu...
punyalaaa suka... Tuhan saja yang tahu...
lepas dapat call, mengalir jugak air mata dewi ini sambil melafazkan rasa syukur pada Allah yang Maha Esa.
Allahuakbar, sehinggakan dewi laksanakan sujud syukur atas meja ofis dewi.. hehehe.. nak sujud kat lantai bawah tu kotor, so naik lah atas meja.. hehehe..
Lepas dapat call, dewi terus download offer letter kat emel & tunggu original letter sampai untuk lengkapkan semua borang.
Sebelum lapor diri di Pejabat Residen Mukah, o yeeee.. lupe nak cakap .. jawatan dewi ni Pegawai Tadbir N41 di Pejabat Residen Mukah lantikan 1 Julai 2013. Sebelum report duty, semua officer yang dapat jawatan ni iaitu seramai 60 orang , menjalani Kursus Induksi Umum selama 9 hari di Centre For Modern Management, Kuching. Macam-macamlah input yang kami dapat untuk bekalan masa bekerja nanti.
 Selepas report duty, bermulalah episode baru dalam hidup dewi dan suami.
Kehidupan kami dah tak sama macam dulu.
Sekarang dewi kena pandai cari masa untuk suami dan keluarga.
Sibuknya tak payah cakaplaaa..
Mula-mula tu dewi condemn jugak sebab terlampau banyak benda nak masuk otak dan benda nak kena buat. tapi, selepas berehat beberapa hari, alhamdullilah dah mula ok sikit..
dewi kena belajar rilex la nampaknya kan.. yang ni betul2 Culture Shock.. hehehe...

Berbalik kepada rezeki kerja tu tadi, kepada kawan-kawan yang tak dapat kerja lagi banyakkan bersabar ye.. mesti ada lah rezeki tu nanti.. kalau tak rezeki kerja, rezeki lain kan.. yang penting kita tahu Allah itu Maha Adil.. Ada sebab kehidupan kita begitu.. ada sebab kehidupan kita begini.. so, redha dan tawakal banyak2 ye kawan2.. (^_^)

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam dewi..berapa lama tempoh masa nak tahu keputsan tue?

The Hazle Family berkata...

wsalam.. kitorang dulu lama.. sebab masa tu ada election. hampir setahun jugak prosesnya.. interview hujung tahun 2012, keputusan dapat jun 2013. :)

Tanpa Nama berkata...

Sis, need your help.. Assessment untuk Pegawai Tadbir Negeri ni mcm mana bentuk / format nya? wassap saya ya, 0135736461

Unknown berkata...

Ada tips utk temuduga tak ? Saya dapat tmuduga next week

N berkata...

Salam sis, blh xshare tips jwp ujian pgwai tadbir?kmk ujian mggu dpn online.tq

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...