Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Rabu, 2 Januari 2019

Misi Mencari Home Sweet Home - Hazle Home

Bismillahirrahamannirrahim.

Assalammualaikum warahmatulahhi wabarakatuh.

Hari ni dewi nak cerita kisah dewi dan suami p survei rumah.. Macam sekejap je masa dewi dan suami p survei ni tau.. Sebab, kami takut rumah yang kami nak tu orang grab.. Hehehe...

Awalnya dewi dengan husband memang tak nak loan rumah.. Ye la, memikirkan loan tu ambik masa puluh tahun, sampai pencen tak habis hutang... Hahaha.. Tapi... dewi fikir lagi.. 
Takkan dewi nak selfish sangat kan...
Kalau ada yang baca blog dewi ni dari dulu, mesti maklum yang family dewi ni bukan orang berada.. Ayah dewi kerja buruh je dulu-dulu, sekarang kerja Pekerja Am sekolah.. Alhamdullillah, ada jugak la gaji kan.. Tapi kerja di Sekolah Bantuan je.. Sekarang mak ayah dewi menyewa di Sibu bersama dengan adik dewi yang nombor 2 dengan suami dan anak-anaknya..
So, dewi dan suami decide kena beli jugak rumah di Sibu, memandangkan keluarga dewi di Sibu, dan memang dewi dan suami balik Sibu jugak... Untuk memudahkan takla bersempit sangat di rumah adik dewi, so p la cari rumah sendiri. Asalnya, dewi dan suami nak bina je rumah di kampung suami.. Tapi bukan sekarang... Kalau ada rezeki lebih Insha Allah.. Kalau tak ada rezeki, maksudnya kami settle down di Sibu je la..

Balik ke story p survei rumah ni.. Dalam masa beberapa hari bulan Disember ni , dewi dan suami terus pilih rumah tau.. Hehehe..

09.12.2018 - Balik dari kampung, kami terus pusing-pusing area Bukit Aup, Jalan Wawasan, Taman Indah, Teku Road.. Malangnya semua rumah mahal-mahal, semua rumah tu second hand tau... Ingat loan government tak boleh loan rumah second.. tapi rupanya boleh,.. yang ni kami tau selepas kami decide... hehee...

10.12.2018 - 21.12.2018 - dewi dok screenshot semua rumah yang dijual di FB, Mudah.Com dan Page-page Agen Jual rumah... Lepas tu, dewi dapat tau seorang Agen ni dari kawan dewi yang baru je settle loan perumahan.
22.12.2018 - Dewi dan suami ada appointment tengok-tengok rumah bersama Mr. Wong (Ing Kuong Property).

Rumah Pertama :Siap 100%
Lokasi : Lorong 52, Ulu Sg. Merah (RM308,000.00)
Jenis : Single Storey (Terraced House) Intermediate
Land : Owner Land/Leasehold - Hilly Land + Ada tembok sikit tanah dia
Bilik Tidur : 3 - 1 MasterBedroom/ Bilik Mandi : 1 / Tandas : 1 
Jenis Gate : Besi
Size : 23 x 47
* Bench Kitchen dah ada , tapi perlu tiles

Rumah Kedua : Siap 100%
Lokasi : Lorong 52, Ulu Sg. Merah (RM390,000.00)
Jenis : Single Storey (Terraced House) Corner Lot
Land : Owner Land/Leasehold - Hilly Land + Ada tembok sikit tanah dia
Bilik Tidur : 3 - 1 MasterBedroom/ Bilik Mandi : 1 / Tandas : 1
Jenis Gate :Stainless Steel
Size : 23 x 47 - Area laman luas + Parking luas.
* Bench Kitchen dah ada tiles.

Rumah Ketiga : Belum Bina
Lokasi : Rantau Panjang Jaya (RM390,000.00)
Jenis : Single Storey (Terraced House) Intercorner Lot
Land : Leasehold - Hilly Land + Ada tembok sikit tanah dia
Booking Fee : RM2000
* Bench Kitchen dah ada tiles.

Rumah Keempat : Siap 100%
Lokasi : Taman Bourgainvilla (RM285,000.00)
Jenis : Single Storey (Terraced House)Intermediate
Land : Owner Land/Leasehold - Tanah Tembok
Bilik Tidur : 3 - 1 MasterBedroom / Bilik Mandi : 1 / Tandas : 1
Jenis Gate : Besi

Rumah Kelima : Siap 100%
Lokasi : Taman Bourgainvilla (RM325,000.00)
Jenis : Single Storey (Terraced House) Intermediate
Land : Owner Land/Leasehold - Hilly Land
Bilik Tidur : 3 - 1 MasterBedroom / Bilik Mandi : 1 / Tandas : 1
Jenis Gate :Besi
Design : Modern

23.12.2019 - Semalam dewi p search FB dan Google, then dewi terjumpa satu website ni  iProperty namanya.. Dalam page tu dewi ternampak iklan satu rumah ni di area Bukit Aup, nama agen dia Mr. Kong Sien Ming. So, dewi whatsapp Mr Kong dan buat appointment jam 1.30 tengahari di kawasan perumahan tu. Dewi fikir nak beli di area ni sebab area ni dekat dengan kawasan tempat kerja ayah dewi, seberang je... kena lalu jambatan lah..

Rumah Keenam- 60%
Lokasi : Lorong Quarry 38 (RM285,000.00)
Jenis : Single Storey (Terraced House)Intermediate
Land : 60 years Leasehold - Hilly Land
Bilik Tidur : 3  / Bilik Mandi : 1 / Tandas : 1
Jenis Gate : Stainless Steel / Parking : 2 buah kereta
Laman belakang 20'



Rumah Ke-6 - Intermediate


Rumah Ketujuh
Lokasi : Lorong Quarry 38 (RM360,000.00) Corner Lot
Jenis : Single Storey (Terraced House)
Land : 60 years Leasehold - Hilly Land
Bilik Tidur : 3  / Bilik Mandi : 1 / Tandas : 1
Jenis Gate : Stainless Steel / Parking : 2 buah kereta
Laman belakang & Laman tepi : Luas
Rumah Ke-7 - Akhirnya kami decide pilih rumah ni....
Kawasan ni la yang buat dewi jatuh cinta... hehehe

Alhamdullillah, setelah dewi dan suami p naik turun tengok rumah (rumah ni yang dewi & suami p tengok luar dalam, ada jugak yang dewi survei thru gambar je dalam whatsapp) akhirnya pada 29.12.2018 dewi dan suami decide nak pilih rumah ke-7 ni dan kami terus sign Sales Purchase Agreement & bayar wang deposit sebanyak RM2000.00. 
Alhamdulillah... Nasib baik masa tu Allah SWT bagi rezeki lebih sikit nak bayar deposit.. Selalunya tak ada jugak. hehehe..

Kalau kengkawan nak tau proses loan state govt dewi ni, boleh cek di entry lain di bawah Hazle's Home label ye...
Sekian dulu, untuk kali ni ye..

Lots of Love.

Dewi Hazle

Tiada ulasan:

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...