Assalammualaikum & Hai suma...
Ok, hari ni aku nak story sikit pasal anak angkat. Apa yang buat aku terfikir pasal anak angkat ni, adalah sebab aku dan suami belum dikurniakan cahaya mata lagi walaupun dah setahun lebih dah get married. Memangla kan belum rezeki Allah, nak buat macam mana... Tapi, tak salah kalau kita ikhtiar nak tambah ahli keluarga dengan ambik anak angkat ni... Sebenarnya, aku dah lam fikir pasal ni sejak genap setahun kami kahwin, tapi nak buat macam mana, suami belum mahu lagi nak ambik anak angkat. Bagi aku, aku tak mahu tunggu lagi, kalau ikutkan, masa anak dara lagi aku dah ambik anak angkat sorang, tapi nak buat macam mana , tak kesampaian kan.. Sekarang, suami dah tanggung hidup kita, maka kenala minta pendapat suami ye tak... hehe...
Sebenarnya, suami aku ni nak keturunan dari dia jugak.. aku pun sama, cuma dia takut kalau ambik anak angkat perempuan nanti, tak bernasab... so, suatu hari aku ada terdengar dalam radio pasal kalau nak jadikan anak angkat kita ni mahram, kena menyusuinya masa dia bayi. Aku pun terfikir la benda ni dan bagitahu suami, but suami aku masih berfikir dan berfikir lagi.. huhuhu.. seo, sekarang, aku tengah nak pujuk suami aku ni... hehe...
Apapun, ini yang aku dapat bila aku google pasal maklumat lanjut tentang menyusukan anak ni:
PENYUSUAN YANG SEMPURNA
Terdapat 2 syarat utama yang menyebabkan penyusuan dianggap sempurna dan menjadikan hukum anak angkat seperti anak sendiri :
1) Penyusuan
berlaku sebelum bayi berumur 2 tahun. Ia berdasarkan hadis mauquf
kepada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Darul Qutni “Tidak dikira
penyusuan melainkan sebelum bayi berumur 2 tahun.” Ibnu ‘Aamir
al-San’aani berkata di dalam kitabnya Subul al-Salam bahawa penyusuan
tidak dianggap sempurna kecuali dalam tempoh 2 tahun pertama bayi
tersebut.
2) Bayi
mestilah menyusu paling kurang sebanyak 5 kali kenyang. Ini berdasarkan
hadis mauquf kepada Aishah r.a yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ( no
1452 ) katanya,“Pada peringkat awal penurunan al-Quran, penyusuan yang
sempurna adalah 10 kali yang mengenyangkan kemudian ia dinasakhkan
(dibatalkan) hukumnya kepada 5 kali kenyang, sehinggalah Rasulullah
s.a.w diwafatkan.” Di dalam kitab Subul al-Salam juga diterangkan bahawa
penyusuan yang mengenyangkan dikira apabila bayi mula menyusu dan
berhenti dengan sendiri apabila ia kenyang. Sekiranya terhenti
disebabkan bersin, terbatuk atau sendawa, kemudian menyambung
penyusuannya, ia masih dikira sekali.
IBU ANGKAT TIDAK MEMPUNYAI SUSU
Ramai yang mengambil anak angkat disebabkan tidak mempunyai zuriat
setelah lama berkahwin. Oleh kerana mereka tidak mengandung, maka tidak
mempunyai susu untuk dilakukan penyusuan kepada anak angkatnya. Kepada
mereka ini, ada 3 nasihat penting, moga-moga dimanfaatkan.
Fahamilah
bahawa ini adalah salah satu bentuk ujian Allah kepada anda. Ada
pasangan yang diuji memiliki zuriat, tetapi mengidap penyakit yang
kronik. Ada pula yang diuji dalam bentuk anaknya yang sihat, tetapi
menagih dadah apabila dewasa. Ada juga diuji dengan anak yang membesar
dengan sihat dan berjaya, tetapi derhaka kepada orang tuanya.
Sesungguhnya kehidupan ini adalah medan ujian Allah terhadap hambaNya
dalam musafir menuju akhirat yang kekal. Teruskan usaha dan jangan lupa
berdoa kepadaNya.
Ibu
angkat diharuskan memakan ubat yang mengeluarkan hormon bagi
menghasilkan susu dengan syarat mendapat nasihat daripada doktor muslim
yang pakar dan amanah.