Hazle Love

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Jumaat, 14 Disember 2012

REDHA & SYUKUR



Setiap kehidupan menghadapi cabaran, dugaan dan ujian.. Terpulang kepada kita bagaimana untuk menghadapinya. Allah SWT berikan ujian kepada kita tanda Dia sayangkan kita dan Dia mahu kita faham bahawa Dia rindukan kita untuk beribadah padaNya dan mengingatiNya... Kita sebagai manusia biasa perlu faham dan jangan salahkan takdir atas segala apa yang berlaku. REDHA lah dengan apa yang terjadi.. Kita hanya merancang , Tuhan yang menentukan...  Allah itu Maha Adil..

Tidak semua kita ada kehidupan yang indah, dan tidak sepanjang waktu hidup kita penuh dengan warna-warni. Biar kaya bagaimanapun, pasti ada berlaku kesempitan, biar bahagia bagaimanapun,  pasti akan ada masa berlaku kecelaruan. Setiap apa yang berlaku ingatlah Dia yang Satu, yang menjadikan sesuatu atas kehendak Dia yang Maha Esa. Allah tidak saja-saja bagi kita bahagia dan derita... Pasti ada hikmah di sebalik semuanya... Yang bahagia dan yang sihat, sentiasa beringatlah kerana...


" Daripada Ibnu Abbas r.a , beliau berkata : Nabi s.a.w bersabda : 
Ada dua jenis nikmat yang selalu disia-siakan oleh sebahagian besar manusia, iaitu nikmat sihat dan nikmat kelapangan masa "

Yang derita, bersyukurlah kerana Allah sayangkan kita... Dia nak bagi kita pahala lebih dari orang yang hidup senang... Dia nak kita ingatkan diri kita sentiasa berdoa dan meminta padaNya..


"Berdoalah kepada-Ku .. nescaya Aku menerima doamu. - Surah al-Mukmin /Ghaafir :60 "

Setiap yang berlaku itu pasti ada sesuatu yang tersirat. Kita hanya perlu mencungkil apakah yang tersirat itu. Jawapan yang pasti mengambil masa yang panjang untuk kita ketahui. Itulah rahsia Allah. Allah Maha Mengetahui apa saja di dunia ini.

" Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya , di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkannya bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu."
" Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu , melainkan telah sedia ada dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya. - Surah al-Hadid:22 "

"Katakanlah (wahai Muhammad) : Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami."

Sesungguhnya , kesusahan, derita, musibah  yang menimpa kita itu dapat membuka mata hati untuk lebih mensyukuri nikmat yang Allah berikan dan agar kita sentiasa menghargai setiap detik yang berlaku dalam hidup ini. 

Kemewahan yang Allah kurniakan , kadangkala membuatkan hati dinodai rasa tamak. Hindarilah tamak haloba itu dengan rasa syukur padaNya, dirikanlah solat kewajipan kita, berbaliklah kepada ajaran agama, infakkanlah harta ke jalan Allah dan diredhaiNya. Semoga rezeki kita sentiasa diberkati. Bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah.... sentiasalah beringat dan muhasabah diri. Allah Maha Mendengar setiap rintihan hambaNya.

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan , “ Sesungguhnya jika kamu bersyukur , nescaya Aku akan menambahkan (nikmat) kepadamu , tetapi jika kamu mengingkari (nikmatku) , maka pasti azabKu sangat berat”. Surah Ibrahim:7

Allah Ta’ala berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ

Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat.” (QS. Al-Baqarah: 153)


Doa Menghadapi Kesulitan:


اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً


Allahumma Laa Sahla Illa Maa Ja'altahu Sahlaa Wa Anta Taj'alul Hazna Idza Syi'ta Sahlaa

"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan."




Kata-kata hikmah untuk membantuku dan suami redha dengan apa-apa pun yang berlaku...

 "Terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu dan jadikanlah dirimu daripada orang yang bersyukur.- Surah al-A'raf:144"

"Hendaklah kamu berazam dan kemudian bertawakallah kamu.- Surah al-Imran :159"

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan ) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan. - surah al-Insyirah" 

"Kerana itu , ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari (nikmat) Ku." surah al-Baqarah: 152




2 ulasan:

hafizan hajijah haneesa berkata...

Allah ada rahsia hebat untuk setiap hambaNya....rahsia yang akan sentiasa menjanjikan kebahagiaan... mutiara yang amat bercahaya di dalam hati setiap insan adalah kesabaran...semoga kita sentiasa tabah dalam meuju janji Illahi...

The Hazle Family berkata...

super true, jaa... huhuhu.. kmk mengubat hati dengan nulis di blog tok.. hurmmmm... lega dpt luahkan & motivate dimpun...

Hazle TTC Journey 3 - Serius Nak Buat Program Fertiliti

Assalammualaikum guys.. Alhamdullillah, tahun 2021 ni tahun ke 10 dewi dan suami bernikah. Alhamdullillah dewi dan suami dikurniakan 2 o...