Assalammualaikum & hai semuaa.
Hari ni dewi nak story sikit pasal Pegawai Tadbir Negeri ni... Pegawai Tadbir Negeri (PTN) lain tau dengan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Dewi dapat tahu ni pun sebab dewi dah ada pengalaman buat permohonan Pegawai Tadbir Negeri dengan Pegawai Tadbir Diplomatik. Sangat berbeza la... Skop tugas dengan deskripsi gaji pun lain.
Antara perbezaan nya ialah:
1. PTN untuk Kerajaan Negeri , PTD untuk Kerajaan Persekutuan.
2. Permohonan PTN dibuat di Laman Web Kerajaan Negeri. Contohnya kalau Sarawak, E-Recruitment ( http://erecruitment.sarawak.gov.my/eRecruitment3_public/AnnualPostView_Browse.jsp ) . Permohonan PTD pula dibuat kat laman web SPA8 tu...
3. PTN ni dia punya prosedur recruit sama je dengan PTD.. Ada 4 tapisan. Kalau lepas satu baru kita ke next stage.. Mula-mula, Ujian Bertulis, Ke-2 Assessment Centre, Ke-3, Ujian Psikometrik, Ke-4 baru Temuduga.. Tapi, PTD punya ujian bertulis lagi susaaaaahhhhh..... hehehe... PTN senang je, tp byk soalan yang mencabar minda la, bukan fakta sangat pun, dia cuma nak tau kematangan fikiran kita je... Kalau soalan ujian PTD memang mencabar la, kena hafal banyak fakta tentang Malaysia dan Isu Semasa.. Kalau PTN ada jugak la, macam dewi ambik kat Sarawak, banyak la soalan pasal Sarawak dan Isu Semasa kan.. hehe... baca jugak la pasal Kerajaan Persekutuan dan Perkhidmatan Awam.
4. Assessment Centre PTN dgn PTD memang lain la.. Kalau kita lepas exam tu, baru dapat panggilan untuk assessment ni.. Assesment ni kalau ikutkan tym dewi assesment PTN Sarawak dulu, ada 5 seksyen.
Seksyen 1 : Dia bagi masalah & kita selesaikan.. begini contoh soalannya,
"Kita ditempatkan di suatu tempat yang dunia ini akan berakhir, kemudian ada satu pesawat ni yang boleh bawak cuma 7 orang untuk mewujudkan tamadun yang baru di suatu tempat yang lain.. Siapa yang kita akan bawa, lepas tu dia ada lah bagi senarai pekerjaan orang yang kita nak bawa dan kriteria dia contohnya.
1. Anak Kecil , 3 tahun. (perempuan)
2. Pesara tentera yang hilang kaki sebelah, 35 tahun.
3. Petani, 55 tahun (lelaki)
4. Lawyer, 37 tahun (perempuan)
5. Juruterbang, 40 tahun (lelaki)
adalah beberapa orang lagi yang saya tak ingat, pilih 7 dan buat alasan kenapa kita pilih dia untuk buat tamadun." Lepas tu kita kena tulis dekat 1 kertas majung & pamerkan kat depan serta jelaskan jawapan kita.. Juri nak tengok kita punya tulisan macam mana tau... Dia boleh tau kita puya peribadi macam mana dengan tulisan kita tu.
Seksyen 2 : Ujian Fizikal & Mental
Dia bagi kita 4 biji batu-bata, 4 helai kertas A4, 2 kaki slotep, gunting. Then, dia suruh kita bina tiang guna kertas dan selepas tu letakkan batu bata dekat atas tiang kertas yang kita dah buat. Buat pertama kali kita dengar arahan, memang tak logikkan, macam mana batu dpt diletakkan atas tiang kertas, 4 biji batu bata lak tu... huhuhu... but kalau kita gulung2 kertas tu dan balut dengan slotep mesti jadi tiang yang kukuh kan... buat 4 or 3 tiang... then letakla batu bata atas tiang tu, confirm jadila... diorang bagi masa 15 minit je...
Seksyen 3: Teamwork & ujian dengar arahan.. Kita bawa batang paip sambil jalan2 and jangan biarkan orang sentuh batang paip kita..
Seksyen 4 : buat artikel kita sendiri dengan tajuk yang mereka beri contohnya 'Konsep 1 Malaysia' & cara kita keluarkan data dari risalah-risalah dan artikel -artikel yang diorang dah sediakan. Diorang bagi masa tau.. 1 jam x salah...
Seksyen 5: Speaking time... hehe..Kita bercakap selama 5 minit kat depan panel... English tau.. so, kalau tahu anda dipanggil untuk Assessment , sebelum datang hafal la 1 artikel selama 5 minit so, time kat situ nanti takla gelabah nak hafal.. hehe...
5. Lepas Assessment, kalau lepas dia akan panggil untuk Ujian Psikometrik dengan Temuduga coz 2-2 tu pada hari yang sama.. Ujian Psikometrik tu macam Ujian Psikologi la.. Kita jawab je dalam tempoh masa diberikan...
6. Temuduga memang tak sama dengan Temuduga PTD. Temuduga PTN just nak menguji kepetahan kita bercakap sama ada diorang tanya 1 kita jawab 1 or kita elaborate jawapan kita.. Tak banyak fakta yang diorang tanya,. Contohnya soalan tentang siapa kita, aktiviti kita masa assessment, pengalaman kerja, apa tugas-tugas PTN dan pandangan kita tentang isu semasa. Kalau PTD banyak benda nak kena hafal... huhuhu...
7. PTN ni matlamat sama dengan PTD, boleh naik pangkat sampai jadi Pegawai Daerah , Ketua Jabatan or Bahagian..
Antara tugas-tugas Pegawai Tadbir Negeri ialah :
a. Merancang dan melaksana dasar-dasar kerajaan.
b. Merancang , melaksana dan memantau event2 yang dibuat contohnya Hari Inovasi.
c. Merancang, melaksana dan memantau lawatan-lawatan orang kenamaan.
d. Membuat belanjawan tahunan.
e. Menguruskan sumber manusia di bawah tanggungjawabnya.
f. Menguruskan peralatan dan infrastruktur jabatan.
g. Menguruskan sistem ICT dan teknologi maklumat.
h. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak atasan dari semasa-semasa.
ada banyak lagi sebenarnya, ini yang dewi ingat laa... apa-apa pun, jangan malas buat research ye... study banyak2 sebelum temuduga or ujian or mana2 stage yang kita akan hadiri. Kalau ada rezeki, tak kemana kan.. Berdoa banyak2... Semoga Allah perkenankan hajat kita..
Setiap usaha itu lebih berkat kalau disertakan dengan doa dan tawakal pada Allah S.W.T.
Okla... itu je yang dewi tau.. kalau dewi ada apa-apa lagi yg dewi ingat, dewi update lagi k..
don't forget... just never give up!.. Good Luck...
Love & Hugs...
DewiLeeHazzel