Buat pengetahuan anda semua, aku dan tunang ku dah selamat mendirikan rumah tangga pada 03 Jun 2011 bersamaan 1 Rejab, Jumaat. Kami memilih tarikh ini kerana sebelum memilih tarikh yang sesuai untuk mendirikan rumah-tangga, kami mengambil kira aspek-aspek seperti keberkatan, dan kelapangan. Tarikh 3 Jun 2011 adalah pada minggu pertama cuti sekolah dan merupakan 1 bulan Rejab. Berdasarkan research kitorang tentang bulan Rejab, ianya dikategorikan antara 3 bulan terbaik dalam Islam. Bulan Rejab, Bulan Allah, Bulan Syaaban , Bulan Rasullullah.. Bulan Ramadhan, Bulan Umat Rasullullah. Jadi untuk mengambil keberkatan dr bulan ini , kami mengambil keputusan untuk mengadakan akad nikah pada hari Jumaat dan persandingan pada hari Sabtu.
So,nasihat ku pada teman-teman yang nak kahwin tu, paling penting tarikh akad nikah nya k... kalau nak sambut anniversary, adakan lah Majlis Kesyukuran ikut bulan Islam. Insya-Allah, mudah-mudahan kita mendapat berkat dariNya. Semoga rumah-tangga yang dibina bahagia hingga ke akhir masa. Kita semua inginkan benda yang sama kan....
Oh ya, nak tengok gambar kitorang akad nikah tak?... Ada kat sini.. tp, tak banyak... tak boleh nak upload banyak2.. line condemn la... hehehe....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan