Assalammualaikum.
Hari ni dewi nak share kos pemeriksaan kesuburan di Klinik Dr. K.N Law Women Specialist Clinic Bintulu Medical Centre.
Dewi nak tekankan di sini, kos ni lain - lain ikut pemeriksaan badan kita ye.. Badan kita ni lain- lain, so mungkin keperluan untuk pemeriksaan dia pun lain - lain.
So, ni untuk panduan je ye guys...
Total kos untuk pemeriksaan dan untuk beli capsule untuk suami adalah seperti di bawah.
Bil |
Tarikh |
Ujian |
RM |
1 |
28.09.2020 |
Scan Rahim |
185.00 |
Ujian Semen |
|||
Review |
|||
2 |
08.10.2020 |
Review Report Semen |
80.00 |
3 |
21.11.2020 |
Ujian Hysterosalpingogram (HSG) + Ubat |
350.00 15.00 |
4 |
28.11.2020 |
Review HSG + Capsule suami |
360.00 |
5 |
09.12.2020 |
Ujian Darah + Review |
80.00 |
6 |
22.12.2020 |
Ujian Pap Smear Scan Polips (12.0mm) |
185.00 |
6 |
12.01.2021 |
Scan Polips (3.8mm) |
105.00 |
|
|
Jumlah |
1360.00 |
Kalau lihat kepada jadual tu, dewi ada buat scan di rahim dan didapati ada polips. Polips ni kira macam tisu lebihan yang ada di dinding rahim. So, awalnya Dr ada detect, kemudian bila scan kali kedua polips ni hilang mungkin ikut hormone wanita yang turun naik ni kot. hehehe.. Alhamdullillah,.. Risau jugak sebab awalnya tu Dr suggest dewi buat minor operation untuk buang polips tu. Kos dia dalam RM2000 sebab perlu warded kan so, husband dah standby siap-siap bajet untuk operation… dan masa scan tu, polips tu tinggal sikit je… Dr kata, yang ni tak menganggu.. jadi boleh lah dibiarkan dia untuk hilang sendiri..
Selepas dari pemeriksaan terakhir 12.01.2021 tu, kami stop buat treatment di Bintulu Medical Centre kerana kami dimaklumkan di sana tiada perkhidmatan untuk prosedur kehamilan yang seterusnya selepas kita ketahui masalah kesuburan kita. Di sana mereka akan suggest ubat apa yang kita perlu ambil untuk kesuburans sehinggalah kita dapat conceive..
Ok lah, next time dewi cerita lagi apa yang kami buat seterusnya k..
Doakan yang terbaik untuk kami..
Insha Allah…
Lots Of Love
Dewi Lee Hazle