Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hai, berjumpa lagi
kita.
Hari ni dewi nak cerita
sikit pasal pinjaman perumahan ni..
Dewi baru je selesai
urusan pinjaman perumahan bersama pihak Borneo Housing Mortgage Finance Berhad .
Alhamdullillah. Sebagai Penjawat Awam Negeri, prosedur pinjaman perumahan lain
sikit daripada Persekutuan. Rasanya
ramai yang nak tau, lagi-lagi yang nak
buat loan rumah menggunakan kemudahan pinjaman perumahan ni kan. Bagi Penjawat
Awam Kerajaan Negeri Sarawak, boleh buat pinjaman public dengan Bank lain atau
menggunakan kemudahan Pinjaman Perumahan Kerajaan Negeri dengan pihak Borneo
Housing Mortgage Finance Berhad. Cuma, bagi yang nak buat pinjaman perumahan
Kerajaan ni, dewi nasihatkan kena tunggu dah dapat pengesahan jawatan dulu
lah ye baru buat loan.. Sebab nak loan rumah ni bukannya sekejap.. berpuluh
tahun jugak … Dalam tempoh percubaan ini kita pun tak tahu sejauh mana
perjalanan career kita ni.. Lagipun, pihak pemberi pinjaman dia nak tengok kita
ni dah disahkan dalam jawatan atau tak..
Awalnya dewi tak nak
buat pinjaman perumahan ni, sebab fikirkan loan tu untuk jangka masa panjang,
serba salah jugak nak buat loan.. Tapi, sebab family dewi ni bukan orang
berada, bila balik Sibu, rumah sewa mak ayah dewi ni kecil, tak muat untuk kami
sekeluarga.. So, dewi decide nak ambik jugak pinjaman perumahan tu.. Rugi pulak kalau yak ambik, kan Kerajaan dah bagi kemudahan.. hehehe..
Dewi
bincang dengan my husband, alhamdullillah husband pun setuju, memandangkan kami
pun masih bekerja di area Mukah ni, family dewi di Sibu.. so, untuk memudahkan
masa kami balik Sibu, why not beli je rumah kat Sibu… Rumah ni dewi beli untuk
mak ayah dewi jugak sebenarnya, Kesian, mak ayah dewi masih menyewa sampai sekarang.. mak ayah dewi dapatla tolong jaga rumah masa kami ni kerja kat
Mukah, jadi tak perlulah mereka nak menyewa lagi.. masa ni la dewi nak
balas balik jasa mak ayah dewi ni.. Semoga Allah SWT memandang.. Aaaminnn ya Robb...
Okay.. kita tengok
satu-satulah pengalaman dewi buat pinjaman perumahan ni ye..
Kisahnya bermula dari
Disember 2018.
Tarikh
|
Perkara
|
Disember
2018
|
Dewi dan suami mula p tengok-tengok rumah-rumah yang sesuai di
sekitar Sibu ni. Sebab dewi ni jenis
malas menunggu , so, carikla rumah yang boleh siap dalam setahun – 2 tahun
gitu.. Antara kriteria utama yang kami semak :
1. Rumah Single Story dan hampir siap.( Dewi tak nak ambik Double story sebab harga pun boleh tahan kalau yang dah siap... Then, kalau boleh dewi nak Corner Lot.. Hehehe... So, single story je la yang mampu, tapi bila tengok harga Corner Lot pun boleh tahan jugak..huhuhu)
2. Area rumah yang dipilih mesti dekat dengan tempat kerja ayah dewi.
3. Keadaan persekitaran taman perumahan – Tengok keadaan tanah, risau turun nanti kalau dah duduk.. Then, mesti bersih dan
ada privasi dan menenangkan.
4. Kawasan laman besar untuk berkebun.(Ni paling penting, sebab dewi dan husband orang ladang, so, macam tak best kalau rumah takda tempat cucuk tanam)
5. Harga – Paling berbaloi (Buat perbandingan)
6. Design rumah yang cantek.
7. Syarikat developer yang establish. (Risau lak kena tipukan..)
|
23.12.2018
|
Pada hari ni dah cukup 7
buah rumah kami survey (kena cek
entri lain kisah kami survey ni).. Dewi berkenan dengan sebuah rumah ni..
Corner Lot, Laman Besar, dan kawasan perumahan ni terletak di kawasan berbukit.Harga RM360,000. (Maafla berkongsi harga pulak. Ni boleh dikatakan mahal, mahal hampir
sama dengan harga Double Storey Semi D di area SibuJaya.) Dewi dgn husband
fikir punya fikir, ambik je la rumah tu sebab jatuh cinta dengan lamannya
yang besar dan rumah tu terletak di hujung jalan. Risau pulak orang lain grab rumah tu, sebab area ni memang hot sikit.. (Rumah ni dewi story di entry yang lain ye..)
|
24.12.2018
|
Dewi start study and research cara buat loan Kerajaan ni.. Mula-mula Dewi call EPF sebab nak tahu cara keluarkan EPF
untuk pembelian rumah.
1. Sales Purchase Agreement mesti ada nama Pencarum.
Awalnya dewi dgn husband nak keluarkan EPF suami untuk bayar sikit jumlah
pinjaman, tapi tak boleh pula.. Sebab husband dewi kerja swasta, dewi state
govt. so tak boleh join loan.
2. Dapat keluarkan 10% daripada harga rumah @
keluarkan semua Akaun 2.
|
24.12.2018
|
Kemudian, dewi call Borneo Housing Mortgage Finance Berhad. Sebab dewi nak tahu cara permohonan. Memang ada
di website dia, tapi lagi bagus dengar sendirikan… hehe..
1. Kena
apply menggunakan Sistem e-GOHLAS.
2. Lepas
disahkan oleh Ketua Jabatan barulah print out Borang Permohonan dari sistem
tu dan kemukakan attachment berkaitan seperti yang ada dalam Senarai Semak.
3. Pihak BHM
akan minta Slip Gaji terkini untuk lihat kelayakan pinjaman. Biasanya yang ni
mereka akan kira bila tarikh bersara, dan berapa tahun kita dapat buat
pinjaman.
4.
Disebabkan
harga rumah yang dewi nak beli ni melebihi kadar kelayakan gred RM320,000,cdewi cuba Tanya boleh ke tidak buat pinjaman melebihi kelayakan. Jawapannya
boleh, Cuma untuk RM320,000 tu mereka akan guna Interest Rate 3% dan RM40,000
menggunakan Public Rate, 2 Interest Rate berbeza iaitu 5.5% bagi 3 tahun
pertama dan tahun-tahun seterusnya 7.5%. Untuk tambahan loan ni kena sediakan Surat Permohonan Peribadi melalui Ketua
Jabatan kepada pihak BHM.
|
26.12.2018
|
Call SFS – Sarawak Financial Secretary office
yang memaklumkan, untuk pinjaman ini hanya penama yang bekerja di State Govt
sahaja yang boleh diletakkan di dalam Sales Purchase Agreement (SPA). So,
means, tak boleh ada nama suami dalam SPA tu.
Call BHM balik – untuk pinjaman perumahan ni ,
diorang tak tengok sangat komitmen luar, tapi diorang ada semak jugak untuk
CTOS & CCRIS dan mereka hanya melihat pada Slip gaji. Risau jugak sebab
dewi ni banyak beno komitmen luar.. hehehe…
|
26.12.2018
|
Call Agen- Mr. Kong untuk sediakan Sales Purchase
Agreement.. Untuk kemukakan proses pinjaman perumahan ni segera.
|
29.12.2018
|
Jumpa Agen di rumah yang dipilih, suami g check
semua supaya nanti tak nyesal dah decide.. Bila dah puas hati , dewi pun sign
SPA. Walaupun loan belum approve, jangan risau tau, sebab dalam SPA ni ada
klausa revocation yang menyatakan kalau loan tak approve, SPA ni terbatal.
So, boleh proceed menggunakan SPA tu untuk apply loan. Dokumen SPA tu yang
jadi attachment beserta dengan Layout Design rumah size A3 sewaktu kemukakan
hardcopy Borang Permohonan.
Masa ni dewi dan suami serahkan Booking Fee
sebanyak RM2000 untuk booking rumah tersebut.
|
15.01.2018
|
Permohonan dalam sistem sudah disahkan oleh Ketua
Jabatan, dewi terus print, dapatkan sign untuk Surat Permohonan kemudian
fotostat 1 salinan (utk simpanan sendiri) sebelum post original ke BHM.
Dokumen :
1. Borang Permohonan Pinjaman GOHLAS
2. Sales Purchase Agreement.
3. Salinan resit Booking Fee
4. Layout
5. Surat-surat berkaitan Perkhidmatan
Lepas dewi
post, terus call Pegawai Incharge di BHM tentang permohonan dah dipost. (Make sure korang contact Pegawai yang
sama dari awal permohonan kita hingga selesai k.. Sebab dia yang tahu status
permohonan kita dah sampai mana nanti kalau kita nak follow up.)
|
21.01.2019
|
Ini paling lawak, bila call BHM rupanya salah
address dewi hantar. Address sebelum tu address lama BHM..( Korang kena semak betul-betul tau sebelum hantar).. Adduii
masa ni dah makan masa 6 hari, dewi terpaksa call Skynett Kuching minta
diorang hantar ke address terkini BHM. Nasib baik esoknya BHM dapat dah.
|
25.01.2019
|
Pegawai Incharge inform yang mereka perlukan dewi
untuk lengkapkan Borang Takaful MRTT. So, dewi maklumkan tunggu CNY nanti
dewi balik Kuching dan isi Borang Takaful tersebut.
|
07.02.2019
|
Dewi dan husband pergi ke ofis BHM di Kuching untuk
isi Borang Takaful.
|
11.02.2019
|
BHM minta
dewi emelkan Borang Opsyen Pencen.
|
22.02.2019
|
Cek dengan pihak SFS sama ada pihak BHM dah
kemukakan Borang Permohonan ataupun belum. – Jawapannya, belum terima.
|
01.03.2019
|
Call BHM – Masa ni BHM perlukan Penyata Gaji
latest, so korang kena pastikan perlu sertakan jugak Penyata Gaji terkini ye,
walaupun Borang Permohonan korang dah submit bulan sebelumnya.
|
04.03.2019
|
Emel Penyata Gaji terkini.
|
06.03.2019
|
Dewi dapat call dari BHM yang Borang Insurans tu
perlu diisi 2 salinan. So, dapat je emel dari diorang, dewi terus isi &
post pada hari yang sama.. Al maklum tak sabar nak dapat kunci rumah.
Hahaha..
|
12.03.2019
|
Dokumen belum sampai di BHM.
|
19.03.2019
|
Borang Permohonan Insurans telah dikemukakan
kepada Ibu Pejabat Insurans, masih menunggu kelulusan. Dewi dimaklumkan kelulusan
tu biasanya ambik masa sehingga satu bulan disebabkan Dewi ambik pakej
Tawarruq.. Aduuui… lamanya…
|
26.03.2019
|
Call BHM. Pending Approval Insurance.
|
03.04.2019
|
Call BHM. Pending Approval Insurance.
|
17.04.2019
|
Call BHM. Pending Approval Insurance.
|
02.05.2019
|
Finally , dimaklumkan Insurance telah diluluskan,
tapi masih menunggu kelulusan Upper Management untuk dikemukakan kepada pihak
SFS.
|
06.05.2019
|
Dokumen permohonan telah sampai di SFS. Pegawai
di SFS akan proses segera permohonan.
|
07.05.2019
|
Permohonan Pinjaman Perumahan telah diluluskan di
dalam sistem GOHLAS.
|
08.05.2019
|
Ambil surat kelulusan daripada SFS dan hantar ke
BHM. Walaubagaimanapun, pihak BHM belum dapat sediakan offer letter segera.
Kena tunggu jugak.
Pihak Lawyer pun tunggu original Offer Letter
baru la proses dokumen loan untuk di sign dengan developer.
|
10.06.2019
|
Lawyer call untuk sign dokumen. Inform lawyer
office kena tunggu masa ada balik ke Sibu.
|
29.06.2019
|
Sign Agreement di Lawyer Office & terus bayar
Lawyer Fee.
Lawyer Fee RM9500 sebab diorang terus proses
untuk tukar nama rumah dan tanah. Lepas dah sign ni, diorang refund balik
wang deposit. So, kiranya dalam RM7000 la kena bayar.
|
06.07.2019
|
Cek rumah bersama agen.
|
18.07.2019
|
Sign borang elektrik dan borang air di pejabat developer.
|
25.07.2019
|
Dapat call dari pihak developer borang yang
digunakan pulak salah… addduiii… kena sign semula di Sibu.
|
28.07.2019
|
Sign semula borang Lembaga Air.
|
05.08.2019
|
Cek dengan developer, dah okay or belum
permohonan, - jawapan masih belum.
|
06.08.2019
|
Developer inform yang dewi ada bil tertunggak di
Mukah, pergi cek rupanya memang ada tapi tak banyak RM90 je..
|
07.08.2019
|
Whatsapp & emel bil bayaran tunggakan.
|
08.08.2019
|
Follow up developer.
|
09.08.2019
|
Follow up developer.
|
13.08.2019
|
Follow up developer.
|
14.08.2019
|
Dokumen untuk meter elektrik dan air telah siap
dan boleh buat pembayaran deposit. So, hari ni dewi pergi settle kan semua.
Deposit Meter Air + Pemeriksaan + Kos pemasangan
= RM670
Deposit Meter Elektrik + Pemasangan = RM500
|
18.08.2019
|
Cek rumah , dah pasang meter air, meter elektrik
belum lagi.
|
27.08.2019
|
Meter elektrik akan dipasang keesokannya. Hari ni
dewi call developer, Tanya boleh ke tidak ambil kunci terus, developer maklum
, yang pihak mereka belum menerima bayaran penuh daripada pihak BHM. Mereka perlu pastikan cek bayaran dibank in
baru dapat serahkan kunci. Tambahan, dokumen masih dalam proses stamping dan
perlu dihantar ke Land & Survey, dan apabila siap, perlu dihantar semula
ke BHM untuk pembayaran baki. Aduuiii… masih lama la agaknya.
|
04.09.2019
|
Follow-up Lawyer, dokumen dan di L&S tapi
belum siap proses.
|
12.09.2019
|
Dokumen Perjanjian telah dikemukakan oleh pihak
Lawyer ke pihak BHM.
|
17.09.2019
|
Follow up BHM tentang cek bayaran dan pihak mereka
sudah mengemukakan kepada developer.
|
19.09.2019
|
Follow up, Lawyer belum menerima cek bayaran.
|
20.09.2019
|
Pihak Lawyer sudah menerima dan dah sudah di bank
in kepada developer. Developer inform boleh ambik kunci daripada pihak agen.
|
21.09.2019
|
Alhamdullillah.. Akhirnya, jumpa agen & sign
dokumen penyerahan rumah, dan menerima memorandum of transfer dan master key
rumah.
|
Haaaa, cer tengok proses dia lamakan.. addddduiii…
dari 29.12.2018 – 21.09.2019… dalam 8 bulan 24 hari.. merana jugakla tunggu.. kalau kena orang yang
sabar okay jugak… ni dewi ni jenis tak sabor, hahaha.. tapi sebenarnya kalau
ikutkan memang tempoh dia macam tu.. yang ni kan Pinjaman Perumahan Kerajaan,
memang agak lamalah.. kalau kita guna bank komersial mungkin cepat sikitkan.. Tapi,
tak apa, dalam masa tu dewi dan suami kumpul la duit sikit-sikit untuk adjust
rumah baru ni.. (yang ni entri lain dewi cerita k)
Total Kos Untuk Proses Loan sahaja :
Deposit
|
RM2000.00(Refund selepas approve loan)
|
Lawyer Fee
|
RM9500.00
|
Meter Elektrik
|
RM500.00
|
Meter Air
|
RM670.00
|
TOTAL
|
RM10,670.00
|
Itula kos semasa proses loan.. Takyah risau sangat,
sebab dalam masa beberapa bulan tu, kita boleh kumpul sikit-sikit untuk bayaran
tu.. Insha Allah, kalau ikhlas mesti Allah SWT permudahkan..
Oye, dewi ada doa yang diamalkan masa dalam proses
ni.. tiap lepas solat dewi baca doa ni..
Allahumma Robbal Bait, As aluka bijahi ahlil bait,
An tuyassiro li khoiro bait, Hattala naqul ya lait.
Dan kena rajin bersedekah jugak ye..
Insya Allah, kalau Allah izinkan, dipermudahkan
urusan korang.
Okayla, sekian sahaja coretan kali ni..
Panjang pulak cerita makcik ni.. hehehe…
Semoga yang memerlukan mendapat gambaran dan ilmu
sedikit.
Mana yang dewi tersalah buat tu jangan ikutlah ye,
nanti ambik masa pulak. Hehehe..
Semoga berjumpa lagi next entry..
Assalammualaikum.