Assalammualaikum dan Hai semua..
Alhamdullillah, kali ni dewi nak share pasal usaha nak memberikan pengalaman pidato Ros Alisha Hazle , anakanda dewi ni.. hehe...
Anak dewi yang perempuan ni, sederhana ja sifat enterframe nya.. hehehe.. Tapi boleh dididik dan dipupuk lah semangat dia nak berjuang tu,.. Alhamdulllillah.
Ni gambar cik Ros Alisha Hazle ni semasa sesi tu..
Bawah ni saya kongsikan Teks Pidato bertajuk
"Sarawak Ibu Pertiwiku"
Bismillahirrahmannirrahim. Terima kasih wahai pengerusi majlis,
Assalamualaikum pembuka bicara,
Kepada hakim yang bijaksana,
Tak lupa juga hadirin semua,
Yang di hormati barisan panel hakim yang berteraskan panji-panji keadilan, barisan guru , ibu bapa dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Nama diberi Ros Alisha Hazle Rosli , Sedidik Mutiara Balingian yang diwakili.Berdirinya saya di sini, ingin menyampaikan pidato bertajuk ‘Sarawak, Ibu Pertiwi’.
Baru
Sekali Pergi Ke Selat
Kain Pelekat Di Atas Peti
Baru Sekali Kamek Melihat
Udah Terpikat Di Dalam Hati
Sarawak, Ibu Pertiwi , adalah negeri kita ini , tempat kita bernaung, tempat kita berdikari, tempat tumpahnya darah sejati.
Di sini , kita membina sebuah kehidupan bahagia di bawah pemerintahan Kerajaan yang aman, damai dulu dan kini.Hadirin-hadirat yang dikasihi,
Sarawak adalah negeri terbesar di dalam Malaysia.Sarawak memiliki penduduk seramai 2.4 juta orang. Sarawak terdiri daripada 27 kumpulan etnik utama dengan bahasa, tradisi dan gaya hidup tersendiri. Antara etnik di Sarawak ialah Iban, Melayu, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah, dan lain-lain.
Sarawak juga mempunyai 12 bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri, dan juga Limbang.
Lihatlah… majmuknya komuniti di Sarawak.
Berbanggalah wahai tuan-puan sekalian. Bukan mudah untuk kita hidup aman dan bersatu dengan pelbagai kaum seperti di Bumi Sarawak ini.Sidang pendengar yang dikasihi,
22 Julai 1963 merupakan tarikh keramat, detik bersejarah Sarawak bebas dari jajahan British. Tarikh ini menjadi permulaan untuk anak jati Sarawak mentadbir tanah air yang dicintai. Juga, pada 16 September 1963, satu lagi sejarah telah tertinta. Sarawak menyertai Malaysia dan terus mengorak langkah ke depan menjadi semakin maju dan maju , tahun demi tahun walau apapun cabaran diterima.
Aduhai kitak sekalian…. bersyukurlah dengan nikmat merdeka dan keamanan ini. Kita harus berterima-kasih kepada pejuang masa lalu. Mereka telah bermandi darah dan keringat untuk memberikan kita ruang dan peluang mengecapi hidup sejahtera pada hari ini.
Hadirin-hadirat yang saya hormati.
Namun,
dalam kita menoleh masa lalu, melihat masa kini, dan merenung masa
depan,sesungguhnya banyak kejayaan tercapai sejak Sarawak merdeka. Dengan
arus pembangunan yang semakin pesat,
kita sebagai rakyat Sarawak harus menjaga keharmonian, mengekalkan adat warisan
dan budaya kita agar kedaulatan
Sarawak,keunikan Sarawak , keindahan
Sarawak , kemakmuran Sarawak , dan
perpaduan Sarawak,kekal terpelihara.
Negeri bertuah ini..
Di
sini kita dilahirkan
Di sini kita dibesarkan
Di sini taat setia dicurahkan.
Tanah
air tercinta,
Di mana bumi dipijak
Di situ jejak bertapak.
Di mana tempat bernaung,
Di situ taat dijunjung.
Di mana darah tumpah,
Di situ kasih dicurah.
Negeri
bertuah ini
Negeri kita!
Mari
kita bangunkan,
Mari kita makmurkan,
Mari kita pertahankan!
Akhir kata, hadirin yang dikasihi sekalian,
Izinkan saya mengundur diri ,
Memohon maaf andai ada terasa di hati,Insha Allah, kita akan berjumpa lagi, Semoga pidato ini memberi seribu erti.Sekian, Wabillahi taufik walhidayah, assalammualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.