Assalammualaikum semua..
Entri kali ni dewi nak share pasal Aidilfitri kami kali ni bersama Setuan Plantations.. Untuk yang tak tahu Setuan Plantations ni syarikat Ladang Kelapa Sawit yang bertempat di Balingian Mukah.. My husband dah dekat 10 tahun kerja kat sini selepas dia habis universiti dulu dia terus minta kat sini and dapat offer kerja kat sini..
Kebiasaan nya time raya GM Setuan Plantations akan wajibkan semua family ikut konvoi raya.. Konvoi raya ni kami beraya ke rumah semua ahli keluarga Setuan Plantations ni.. Dari sini kami dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara kami.. masa ni la baru dapat jumpa semua orang dalam family Setuan Plantations ni selain dari masa Iftar.
Trip konvoi raya tahun ni kami mulakan di Bintulu dulu kemudian keesokannya baru yang menetap di Bintulu beraya ke Ladang dan di Balingian. Konvoi ni kami buat 2 hari.. Takla penat sangat kan..